Thursday, May 26, 2011

Future


Time kecik-kecik dulu apa korang nak jadi?

Cita-cita korang tu tercapai tak bila dah habis belajar??

Korang rasa korang boleh pilih tak nak jadi apa?

Tak semua orang bernasib baik boleh pilih apa yang korang nak jadi. Betul tak?? 

Dulu kat sekolah rendah pun kita diberi 3 pilihan nak jadi apa bila dah besar nanti. Dan setiap tahun jugaklah cita-cita aku tu berubah-ubah. Tak pernah stick to the one. Dan dalam banyak-banyak cita-cita aku tu 1 pun tak tercapai. Wawawaw~~ Rasa macam loser je..huhuhu..

Sampai sekarang still tak tahu apa yang nak dicapai dalam hidup. Sekarang ni kerjaya adalah Jurutera Projek. Tapi sampai bila? 

Adakah akan meneruskan pelajaran di peringkat yang lagi tinggi? 
Ataupun membuka syarikat kontraktor sendiri? Tak mungkin kot sebab lesen kontraktor dah dibekukan.
Atau mungkin lari dari cabang kejuruteraan. Ini boleh jadi jugak.. Bukan disebabkan hilang minat dalam bidang kejuruteraan. Tapi memikirkan untuk mengutamakan keluarga yang bakal dibina nanti.

Bercinta selama 10 tahun bersama Mr. J, tak pernah kami tinggal berdekatan untuk tempoh masa yang lama. Ye kawan-kawan sekalian. Percintaan kami adalah percintaan jarak jauh. Atas dasar saling percaya antara satu sama lain.

Time sekolah dulu, asal cuti sekolah je aku balik Sabah. Lepas tu bila lepas SPM, aku kat Kuantan dia di Johor. Lepas tu aku di Shah Alam, dia di Johor lagi. Then bila dah dapat kerja, kerja aku on site basis pulak tu. Dia dapat kerja dekat dengan rumah je and the best part is work only on Mon-Fri okay.. Sangat jeles.. (o_0)...My 1st site was at Kota Bharu. Then to Desaru. Lepas tu dapat kat Subang. Ni jelah masa yang aku berdekatan dengan dia. Lepas tu transfer pulak kat Bukit Gambir, Muar.

Adakah nasib yang sama akan berulang selepas berkahwin nanti.. Adakah aku akan menjadi weekend wife kepada Mr.J? Oh tidak sama sekali. Aku tak sanggup nak duduk jauh lagi. Suami is my priority. Im willing to throw away my career for him. Bukan keduniaan je yang kita nak kejar okay. Melayan suami adalah tanggungjawab utama seorang isteri. Isteri yang bekerja adalah untuk membantu meringankan beban suami saja. Bukan satu kewajipan.

So berbalik kepada tajuk utama, my future is my husband actually. Masa depan aku nanti akan difikirkan bersama-sama dengan Mr.J nanti. Buat masa ini aku masih seorang Jurutera Projek. For how long? Depends to my rezeki given by Allah.

Amin~~

Wednesday, May 25, 2011

Trip to Thailand (Part 3 - Bangkok)

Kat Bangkok rasanya macam tak berapa seronok macam kat Pattaya. Maybe sebab dia just bandar kot.. Just same with KL.. Tapi lagi crowded than KL.. OMG, we've stuck in traffic jam for almost 3 hour just for a very short journey.. 

Our day in Bangkok start with visiting Gems Factory. But no photos attach here because we are not allowed to. Here I buy gems for Mr. J's wedding ring.. Its a blue gems..Forgot what the name..huhu..

Then, we proceed to Natural Herb Center. Also no photos attach here.. Kat sini ada macam-macam herba.. Kami diberi penerangan pasal semua herba yang ada. Dan kami juga diberi mencuba bantal herb.. Fungsi dia adalah untuk memberi kelegaan kepada sakit sendi, lenguh dan migrain. Bantal ni diisi dengan herba. Bila nak pakai kena panaskan dulu kat dalam oven (janganla sampai terbakar lak bantal tu ye).. Tapi tak beli pun bantal tu sebab mahal. Dah tak cukup duit nak beli..Sdey.. Tapi bila dah balik Malaysia, rasa menyesal pun ada sebab tak beli.. (-_-')

After that, we go to Siam Niramit Show.  This place is all about Thai cultural. Kat sana ada perkampungan Thailand yang menampilkan rumah tradisi Thai. Tapi yang bulls**tnya time ni battery handphone aku dah mati..So, gambar pun tak ada. Ada sikit je tapi disebabkan malam, camera hp aku tu pun blur bila snap picture.. Menyakitkan mata dan hati je bila dipamerkan dalam blog aku yg cun ni.. ^^ The shows start at 8 pm. This stage is on the list of Guiness World Record because of the highest stage ever.. Memula tu memang kitorang have no idea of what is all about in the show. Whether it is a 3d or theater or 2d or whateva.. Rupa-rupanya show ni macam teater musical yang selalu kat Istana Budaya tu ha.. Tapi stage dia memang canggih habis, siap ada air sungai bagai kat dalam tu.. Gajah pun ada tau..Jadi jakun sekejap..Hehe.. But this is the best shows ever that I've ever seen in my life..^^

Bila hari pun dah nak melabuhkan tirainya (ayat nak tatabahasa je..apa jadah), kitorang pun check-in kat hotel.. 5 star tau..hehe..Hotel Sofitel Bangkok..


Tempat aku dan Shuddei beradu.. Memula masuk kami dikejutkan dengan keadaan toilet lutsinar dia.. Dan yang paling tak boleh blah, Shuddei siap tanya aku, "Wei, cam mana nak mandi ni??".. Sangat kelakar okay soalan dia. Godek punya godek, ada tirai la boleh turunkan. Nasib baik la tak sempat lagi dia nak lepas hajat. If tak memang free show je la aku tengok dari atas katil tu ha..Hahaha~~

Second day at Bangkok we proceed to Chaoprhaya River.. Bak kata Shuddei, "Sungguh tak sangka kita sampai jugak kat sungai yang dulu belajar kat Geografi." Dan aku pun dengan blurnya, "Wei, sungai apa tu? Napa pulak ada kat subjek Geografi??" Muahaha... Sila abaikan aku yang sangat tak suka subjek Geografi menyebabkan Geografi aku dapat B je time PMR. (perlu ke nak heboh benda ni??dushhh.. -_-" )


Inilah Sungai Chaophraya..

Diriku yang sangat murah hati beli roti bagi ikan makan kat sungai tu... (^_^)

Ini pulak kat Wat Arun.. Bukan Wak Harun okay.. My ISB family.. (>_<)

Sila abaikan saya yang sangat seronok berlatarbelakangkan Wat Arun..

Lepas je kitorang selesai kat Sungai Chaophraya tu, we go to the Bangkok City.. City Hunter time... Muahahaah~~ 

Signboard dia dengan tulisan yang beralun-alun..

The toll~~ Cantik lagi PLUS Toll...hehe..

The colorful taxi.. Pink Color..Striking gila kan..Dari jauh orang da berebut taxi kot.. ^^

The CIMB......

Bila dah puas city tour terus balik ke hotel untuk dance practice for the ISB Gala Night Dinner.. Masalahnya disini, tau menari ke?? Hahahahaha... Sungguh tak ku sangka berjaya jugak aku menari.. Siap gelek lagi okay walaupun tak sehebat Shakira...hehe..

Group tarian yang diketuai oleh Ms. Sivagami..

This is me in Punjab's.. (^_^)v

Besoknya, kitorang pun berangkat balik ke Malaysia.. Tamatlah sudah cerita ku ini.. Kesimpulannya, Thailand is worth to go.. Pergilah bercuti.. Macamkan aku ni duta pelancongan Thailand.. hehe.. Semoga berjumpa lagi pada entri perlancongan seterusnya. Bak kata Dato', "If project Selayang siap bulan 3 next year, kamu boleh pergi bercuti kat mana yang kamu nak". Dan of courselah destinasi itu Europe..Muahahaha...

p/s: Thanks to Dato' and Datin for the amazing company trip to Thailand..







Wednesday, May 18, 2011

Trip to Thailand (Part 2 - Pattaya)

From Bangkok, kitorang proceed to Pattaya. Singgah lunch at Jansiew Muslim Restaurant. The food is okay. Not so bad and not so good. Almost same with Malaysian food. Dah sudah makan, terus pergi Sriracha Tiger Farm. Memang banyak gile harimau okay kat sini. Sangat cute harimau-harimau dia. Bak kata our tourist guide, harimau kat sini jinak sebab diorang diberi minum susu babi sejak kecil. Believe it or not, babi kat sini semuanya gemok-gemok belaka. Dan pink color okay.. hahaha.. Mual tekak aku tengok babi sehat-sehat belaka.. +_+

Muka ceria dapat pegang harimau + muka tengah menahan keberatan pakcik harimau..

Dah sudah tengok harimau, terus proceed to Elephant Camp. Dah sampai, terus excited nak naik gajah. Bila dah naik rasa sangat takut sebab gajah sangat tinggi. Terus terbayang kat kepala, macam mana if tetiba ada tikus lalu depan gajah and menyebabkan gajah amuk lalu menjatuhkan aku dan Shud. Mau patah tengkuk ni ha.. Inilah akibatnya suka sangat tengok kartun + CSI.. (Tetiba menyalahkan CSI yang tiada kena mengena pun dalam hal ni)...Muahahaha...

Ini gajah kami. Aku dengar gembala gajah tu panggil dia Song. Entah betul entah tidak tu nama dia. Tapi kami punya gembala gajah sangat sporting. Tak cukup duit Thai nak bagi tips, duit RM pun dia amik je. Lagipun dah bayar 500baht okay nak naik gajah so duit tips kitorang bagi sebab dia baik hati ambik gambar kami.. ^^


Adakah ini bermakna aku sangat ringan sampai gajah tu angkat aku dengan sangat tinggi..hehe.. Nasib baik tak kena campak..huhu..

Shuddei beli ini, "Mango sticky rice". Memula memang standard aku takut nak makan benda pelik-pelik. Sekali rasa terus sedap daa benda alah ni.. Makan 1 pun tak cukup.. Berazam nak beli lagi.. Rasa sangat manis berlemak..

Dah puas tengok menatang besau-besau, kita pergi terjah menatang kecik-kecik pulak. Kat Big Bee Farm Pattaya ni memang teruja nak beli madu lebah. Tapi, fikir hari ni macam dah banyak keluar ongkos, so duduk senyap je la tak beli apa pun. Oooppss, lupa pulak. Sebenarnya ada beli jugak. Honey Choc with Cashew Nuts dan 2 Aloevera Honey Jam. (1 bagi my mom and 1 lagi for mak Mr.J)

Tak tau kenapa muka jadi cenggini bila pegang benda alah ni. Seriau kot takut kena sengat dek lebah.. Huhu..

Comey je honey bee ni. ^^ (Yang tengah tu lagi comey kot..Muahahaha)

Kitorang check inn kat Sunbeam Hotel Pattaya.. Masuk-masuk je bilik ni terus tergoda. Interior dia sangat cute and very minimalist. Kat tengah katil tu siap ada tilam dan bantal-bantal for lepaking.. Yang peliknya, bilik kitorang jer yang ada menatang tu.. hehe..

Syoknye tengok katil ni.. Tetiba rasa ngantuk pulak..+_+


Day 2 at Pattaya dimulakan dengan aktiviti di Coral Island. Tak tau apa yang ada di Coral Island. Maybe sama je kot dengan Pulau yang ada di Malaysia. 


Gambo ni diambik sebelum naik bot laju ke Coral Island.


Ini bot laju kami. Aku of course tiada dalam gambar sebab tengah syok conquer tempat duduk kat depan bot laju. Bajet nak buat aksi Titanic tapi bila tengok bat laju dia sangat laju terus batalkan niat takut terpelanting pulak kat dalam laut Thai ni ha..

Yang ni aktiviti paling seronok... Parasailing.. Im flying without wings but with baloon..Hehe.. Sangat syok sampai rasa tak puas naik sekali je.. -_- .. Aktiviti ni bukan di Coral Island ye.. Ini hanya tempat persinggahan sebelum sampai ke Coral Island..

Ini Coral Island..Betul tak saya cakap, mesti sama je dengan pulau kat Malaysia.. Rasanya, pulau kat Sabah lagi cun kot..hehe.. Kat Coral Island ni just wat aktiviti sukaneka biasa bersama ISB family.. Tak sempat pun nak buat aktiviti sendiri.. Ingat nak naik Banana Boat.. Tapi...masa tak mengizinkan..

Gambar diambil semasa on the way nak naik bot laju balik pulang ke bandar Pattaya..

Lepas dah sudah main kat laut, kami dibawa ke Noongnooch Village.. Our tourist guide kata, owner Noongnooch Village ni orang paling kaya kat Thailand sebab tanah dia sangatlah besar.. Tak tahu macam mana owner dia boleh conquer tanah yang begitu besar. Tempat ni dipenuhi dengan kebudayaan negara diorang. Ada persembahan tarian dan macam-macam lagi la.. Kat sini serius tak beli apa-apa pun sebab rasa macam tak menarik.. Hmmm....

Sempat lagi amik gambar dengan binatang tahun kelahiran sendiri iaitu lembu.. hehehehe...

Yang ini tak tahu binatang tahun kelahiran siapa. Yang pastinya, nak duduk even kat atas patung pun rasa geli semacam.. hehehehe..


Day 3 at Pattaya start with a journey to Floating Market. Time ni dah checkout sebab nanti terus proceed ke Bangkok..


Muka excited. Sampai-sampai je kat situ carik signboard yang ada tunjuk Pattaya Floating Market..


The scene..Macam tempat aku dilahirkan..Kg Sim-Sim.. Aku memang dilahirkan di dalam rumah atas air.. Sebab itu aku orangnya sangat cool macam air..^^ hehehe..



Bergambar bersama makcik jual makanan kat atas perahu..If aku yang meniaga atas perahu dah lama tergolek akibat tak tahu nak mengimbangi diri sendiri.. -__-'


Beli lagi Mango Sticky Rice ni.. Kali ni harga dia murah skit...Just 50 baht..Sedapnyelah benda alah ni..

Lepas dah sudah shopping-shopping bermacam souvenir kat Floating Market tu, kitorang pun terus proceed ke Bangkok, ibu negara Thai.. Apa ada di Bangkok?? Wait for Part 3... ^^

Monday, May 16, 2011

Trip to Thailand (Part 1)

Sejak balik dari company trip hari tu, aku ni tersangat la busy. Mana tak nya, progress claim aku no.7 dah kena reject. That's mean, progress claim no. 8 and 9 automatically rejected too. Sangat super tension nak kena betulkan semua tu in 1 week time. Al-hamdulillah all the claim are in order now..Fffuhhh..

So sekarang boleh berceritera pasal trip kali ni ke Thiland. Kali ni bos aku yang baik hati lagi budiman bawak semua staf-stafnya yang rajin-rajin belaka bercuti ke Bangkok-Pattaya. So, pada 1/5/11 bertolak la kitorang ke Thailand naik Thai Airlines. 5 hari 4 malam tu kat sana. Berbaloi-baloi.. Ngee...

Passport "baru" aku... If passport tak hilang, dah banyak cop negara.. Sdey..Sob..sob.. (Macamkan banyak sangat negara kau dah pergi kan Wanie =p )

Rombongan kami adalah sebanyak 51 orang. Datang dari segenap cabang. Maksud aku, from Selayang Site ada, Bukit Gambir Site ada, Kuari Nyalas ada, Kuari Kota Tinggi ada and ISB Plantation pun ada wakil jugak. Ops terlupa lak..Site Glanmarie pon ada wakil jugak sorang iaitu my best buddy lone ranger, Shuddei..Huhu..

Ada yang bertolak dari KLIA and ada yang bertolak dari Changi Airport, Singapore. Ada 2 group.. Aku of course la naik kat KLIA okay.. ^^

Group from KLIA fly pukul 8.05 pagi and sampai kat Bangkok pukul 9.15 pagi. Aku ingat sejam je.. Rupanya 2 jam naik flight. Jam 9.15 pagi tu adalah waktu Thailand. Malaysia awal 1 jam dari Thailand. Bak kata our tourist guide, "orang Malaysia datang Thailand umur muda 1 jam."


Muka ceria aku time sampai kat Bangkok.. ^^

Sampai je kat airport Suvarnabumi, ada makwe Thai mengkalungkan we all semua bunga dan sesi snap-snap pun bermula. Lepas tu kitorang proceed ke Pattaya.. Bak kata our tourist guide lagi, Pattaya adalah syorga kaum jantan..

Apa ada kat Pattaya??

Tunggu di Part 2 nanti..ngeh ngeh...

Friday, April 22, 2011

Solemnization Checklist


Everything was on track actually for the preparation. Not much thing to do since aku disini dan majlis di Sabah. I leave everything to my mom and my sis in law (but of course she'll hear my opinion too). Apa yang pasti, aku nak majlis berjalan dengan lancar. Tak perlu majlis yang gah dan besar-besaran. Cukup sekadar majlis yang sweet dan minimalist untuk menjadi memori aku dan Mr.J. ^^


*as 23/04/2011 (will be update accordingly)
*as 26/05/2011 (update no. 1)
*as 30/05/2011 (update no. 2)
*as 07/06/2011 (update no. 3)

Hantaran for Mr. J:
1) Buku agama (ilmu for him to guide me to be isteri solehah)
2) Jam (dah beli, I love his watch =D)
3) Handphone (Want to buy BB for him)
4) Camera (For our use --> honeymoon.. ^^)
5) Kemeja & tie
6) Leather shoes
7) Wallet & Belt set
8) Perfume Set
9) Sirih Junjung and Bunga Rampai
10) Buah-buahan
11) Macaron (of course want to do this by myself)

Hantaran for Ms. W:
1) Quran & Terjemahan (a guidance to led our life after marriage)
2) Telekung and Sejadah
3) Wang Hantaran + Mas Kahwin
4) Cincin (tak beli lagi) & Set Barang Kemas 
5) Jam
6) Perfume set 
7) Kasut and Handbag 
8) Sirih Junjung and Bunga Rampai
9) Hamper Famous Amos

Langkah Bendul:
Sebentuk cincin (for my older sister that not yet marry)

Doorgift:
1) Kids : Still not decide yet. Maybe chocolates in a box or macaron.. =)
2) Adults : Still not decide yet. Idea adalah untuk bagi surah Yassin and Kismis.

Venue:
My House --> No. 240, Lorong 1 Rendah, Taman Merpati, Sandakan Sabah

PA System / Entertainment:
Leave it to mum

Catering:
Leave it to my mom to choose and decide

Tok Kadi:
Still not arrange yet. Habislah aku if tak ada tok kadi.

Gubahan Hantaran: 
I want to have fresh flower. But then my penggubah said, "Why just dont you buy the hantaran  from nilai 3? There was a lot of choices there." Hmmm.. Still thinking about it..

Borang2 permohonan berkahwin:
Belum start buat apa-apa lagi

Photographer and Videographer: 
En. Fadzlie (dah bayar deposit)

Kad Jemputan: 
Deposit 50% paid. Vendor - Vision Greetings. Galeri dia ada kat Jalan Pudu, Bangi and Shah Alam. Kitorang confirmed kat Shah Alam

Make Up, Pelamin & Deco:
Doris (Paling top kat Sandakan.. ngeh ngeh =D )

Baju Nikah:
Already sent to tukang jahit.. :)

Pulut Kuning 
My mom want us to have this on our solemnization. Maybe in the evening. Nak 3 tier la.. Hehehe..

Monday, April 18, 2011

Moist Chocolate Cake

Just want to share to all of you that I've been success on making my moist chocolate cake..I'm using the recipe that I've been google. The result is really satisfied me since this is my first trial.


 Step no. 1
    a) tepung - 2 cawan
    b) baking powder - 1 tbsp
    c) soda bikarbonat - 1 tbsp
Bahan-bahan ni dicampurkan sekali..



Step no. 2
Koko - 2 cawan
Gula - 1/2 cawan
Air - 1 cawan

Bahan-bahan ni digaulkan bersama-sama..



Step no. 3
a) mentega - 1 buku (saya guna jenama anchor-salted)
b) gula - 2 cawan

Pukul bahan ni sampai kembang



Step no. 5
a) Lepas bahan tadi dah kembang, masukkan 6 biji telur satu-persatu. 
b) Lepas tu masukkan pula vanilla essence - 1/2 tbsp


Step no. 6
Selepas itu, masukkan tepung tadi berselang-seli dengan koko tadi dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga.


Step no. 7
Bila dah siap digaulkan semua bahan tadi bersama-sama, masukkan ke dalam loyang untuk dibakar dalam oven.. (^^)



Step no. 8
Sebelum bakar kek tadi, make sure panaskan dulu oven. Aku pakai api atas bawah dengan suhu 175C. Bakar selama 45 minit or sampai masak. If nak tau macam mana dah masak, cucuk kek tu dengan lidi. If dia tak melekat that's mean kak tu dah masak la.



Step no. 9
Lepas kek tu dah masak, let it cool first then barula take it off from the loyang. Takut nanti dia melekat kat loyang pulak.



Step no. 10
For the topping, saya pakai 100gm coklat dicairkan bersama 75gm whipping cream. See the result? Tempting right?? ^^




Kek tu dibahagi empat untuk diagih-agihkan kepada yang memerlukan..Hehehe... (Bukan memerlukan, tapi lebih kepada mengidam). 2 untuk Mr. J's family, 1 untuk Mr. J's aunt, 1/2 for me and the other 1/2 for my sister, Nani... Sangat sedey bila kek yang sedap ni tak cukup for everyone.. Hehehe.. Sedap ke?? Hanya orang yang dah makan je yang boleh komen.. To Mr. J, sedap kan??? (^_^)v



Nota kaki: Kek ni serius moist.. Tak rugi pun if cuba.. ^^

Monday, April 11, 2011

macaron tour @ empire gallery

"Madness about macaron"

I am truly insane with this tiny appetites. Yesterday I met my best buddy, Shuddei at her site then we proceed to Empire Gallery searching for this tiny creature.

First we go to Popular. I am searching for this book, Mad About Macaron by Jill Colonna. Previously I've tried search this book at MPH and the result is nothing about macaron there in MPH Mid Valley. Same goes at Popular got none of the book of Macaron. OMG!! Why is it so hard to search for macaron book here in KL?? Whoever that ever see this book or other macarons book, do inform me. I'll immediately go there to buy it..Hehe..I found this book at Amazon but I dont want to buy online because of the delivery charge..want to save money as much as I can..(stingy fella ^^)

My desirable book.. (-_-)' *Pic from Google*

After my journey came to an end, we wondering around the Empire searching for nice place to eat nice things.. ^^ Shuddei want to eat some sort of creatures called Pavlova.. Okay, Serai is choosen by us and landing our butt there and start gossiping about the makcik's near us. Huhu.. Why that type of makcik's can go eat in a place like this? I think those makcik's is datin type kot.. ^^ Wondering if my mom like to eat at this place. I bet she dont know how to order those weird creature's in the menu. (+_+) sorry to say mom..

 Serai..Shuddei said that the name taken because of so much rempah they used as ingredients of the food. Hmmm.. Dunno whether she's telling the truth or just making fun of me.... =P

Pavlova.. This is the creature that i think so mahal. It costs us RM14.90 per slice. I thought it just RM8 per slice according to the look. But the texture is good. The cream doesn't make you so muak. But I don't like the strawberries. So masam actually.. I don't like sour food.. (+_+) So picky girlz.. 


Milky Bandung. It just a milk and the rose syrup. But it cost me RM7.. So cekik darah.. Hmmm.. The glamorous need extra money i think.. (But i do think it is unreasonable price due to my stingy mind)


Macaron...OMO..So lovely..Just looking at it make me drooling.. I just want it more. But this tiny creature is so expensive. Each of it costs me RM3.90.. But I don't care about the price since I just LOVE it..<3 <3 <3


 This is chocolate fill and it is so heavenly delicious.  o_0


 What you eat is what you get. In the end, I've to pay this price for 4 macarons.

Then we enter another 1 place that also sold macaron. Whisk is operate by Malay people, as I read about them from internet. I forgot where I've read about them. (Forgive me for my 'forget' sickness)

The size of the macaron was so cute. I think Rm0.50 is much larger than each of them.. Hmmm.. Sangat tak puas nak puaskan nafsu saya.. Huhuhu... Each of this tiny macaron costs me RM2. I bought RM10 and sekali ngap all of the 5 macaron has finished. Huhu..This macaron is not so perfect as the previous macaron at Serai. I do prefer Serai's macaron.


From my tour, there is about 4 restaurant that sold this macaron in Empire Gallery. But I've tried only 2 restaurant, Serai and Whisk due to my not enough money.. I like to eat them but I do not afford to buy them. It makes my heart hurt.. Huhu.. But dont worry Wanie.. You'll master the macaron soon.. Yeah, I must try to make it on my own despite of finishing my money buying them.. 

Nota kaki: Shuddei, nanti kita go Empire for macaron tour lagi ye.. Love hanging out with best buddies.. =P