Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Red Velvet Cake @ Kek Baldu Merah



..Si cantik merah yang gebu lagi menawan.. 

Kek ni recently become so famous. Everyone will talk about 'her'. I purposedly pointed 'her' because this cake looking so damn gorgeous like an elegant women. haha dah merepek.. Enough about that..

At first baking this cake it taste so bitter.. Tak tau kenapa kek ni rasa pahit sangat.. Naluri hati maybe sebab guna vinegar biasa yang jumpa kat kedai runcit Muthu.. tetiba..(-_-)
Then aku buat lagi skali but this time using distilled vinegar from Heinz.. Hasilnya sudah tak pahit..yeay.. Tepuk tangan untuk distilled vinegar.. lagi sekali tetiba.. (-_-')

Tapi overall aku belum puas hati lagi dalam pembikinan kek ni.. Sebab aku belum pernah lagi dapat color merah yang aku idam-idamkan untuk kek ni.. 


Aku nak merah cenggini..

Tapi selalu dapat merah gini.. T_T


But its okay.. I'll try until I get it.. :)




This cake untuk mother of my junior @ aunt of my bff.


This cake for a friend of my bff.

Saturday, January 5, 2013

Carrot Cake


This cake was made for my first wedding anniversary on 10/9/2011. Ini first time aku bake carrot cake ni. Resepi ni was followed Mat Gebu punya resepi but aku tak letak pineapple cube tu. 

Kek ni bagi aku memang moist dan lemak manis. Yang aku suka ialah part kacang walnut kat dalam tu. Memang best makan crunchy-crunchy gitew..

Frosting kek ni agak fail bagi aku and aku pun tak tau kenapa.. Frosting kali ni agak melepet. Adakah sebab butter? Entahla.. Aku pun tak cukup ilmu lagi bab-bab frosting kek ni.. Nantilah aku ngaji lebih bab-bab frosting ni okay..


Sila abaikan frosting dan sila teliti rupa kek.. ^_^


Sekali lagi sila abaikan frosting yang melepet dan sila fokus pada tulisan yang cantik.. haha..

Monday, December 31, 2012

Rainbow Cake


Rainbow Cake ni aku try guna resepi Whisk Kid.. Untuk pengetahuan kek ni tak menggunakan kuning telur sebaliknya hanya menggunakan putih telur sahaja.. Aku rasa tu saja kot beza nya dengan kek lain. Tekstur kek ni moist ala-ala rapuh skit.. Bila nak handle layer by layer kek tu dia agak sticky kat tangan.

Original frosting untuk kek ni bagi aku memang plain je. So untuk frosting aku tak follow resepi Whisk Kid tu. Aku pakai cream cheese frosting and I add a swirl of choc on every layer of the cake untuk menambahkan lagi kesedapan dan tambah lemak si pemakan kek ni. ^^

Rainbow Color

--Ombre--


Saturday, December 29, 2012

Kek Lapis India @ Kek Lapis Cadbury



Nama sebenar kek ni adalah Kek Lapis India. But for me, aku lebih prefer nama Kek Lapis Cadbury.. (Memandai je aku tukar nama kan. huhu...) Nampak lebih terserlah kek ni setelah diberi nama baru.. chewah..

Aku pun tak tau kenapa kek lapis ni diberi nama Kek Lapis India. Kek ni bukanlah color gelap pun.. Maybe ni India Hindustan sana nun.. Ala, yang India Bollywood tu ha..  haha.. Memandai je aku ni..

First time aku rasa kek ni time aku still in my secondary school. Kakak ipar aku pergi Sarawak time tu and then dia bagi ni kat kitorang. Memang makan berebutlah ngan adik-adik aku al-maklum lah kitorang ni memang hantu coklat. huhu.. Then dah jadi peristiwa bersejarah lah kek ni kan.

Sampailah tetiba rasa macam refresh balik kesedapan kek ni time memula timbul minat aku dalam dunia bakery ni ha.. Apa lagi aku pun google la resepi kek ni.. Memang susah jugak la nak carik resepi ni but I manage to get the recipe. So, aku pun try and error that recipe, plus minus the ingredients and hasilnya adalah....

************************
******************
************
******
***
*

sangat jadik okay dan sangat lazat..^^ terasa coklat cadbury tu cair di mulut.. ahakzz...


Ginilah ghupenye bila dah dipotong-potong..

So, interested? Email me at wanie2425@yahoo.com.. ^^

Friday, December 28, 2012

Moist Chocolate Cake






Moist Chocolate Cake ni aku pakai resepi Chef Zubaidah. Kek ni kukus dan memang sangat-sangat moist. Sesiapa yang gile coklat mesti suke giler kat kek ni..

Kalau cenggini simple harganya RM35. Kalau nak tambah stroberi or other deco harganya bisa dirunding. Depends on what deco would you like for me to deco.. ^^

Cheese Cake Seputih Salju





Selama aku meniaga kek kecil-kecilan ni, kek cheese ni lah yang paling laris sekali. Memang aku boleh guarantee sesiapa yang rasa kek ni pasti nak lagi.. hehe.. Tapi itu pun bagi peminat cheese la kan. Bagi yang tak berminat pada cheese tu bagi free pun takmo ye dok.. huhu..

Kek ni aku jual previously RM45. Tapi sekarang bila calculate balik kos, aku revise balik harga menjadi RM50 ye.. So harga baru cheese cake seputih salju ni adalah RM50.. Berat kek ni pulak lebih kurang 1.2kg-1.4kg..

Ada tak orang yang tertanya-tanya cam mana rasa kek ni? Meh le aku describe skit ye. Kek ni asasnye adalah kek sponge gebu yang mana bahagian tengah dan atas dilepa dengan cheese yang lemak lagi manis giteww.. Finishing bagi kek ni pulak diparutkan cheddar cheese sebagai toppingnya.. So kat dalam mulut kita ada rasa lemak manis kek gebu, lemak manis krim cheese dan lemak masam manis parutan cheese. Ada macam-macam rasa giteww bercampur jadi satu.. Memang best dan aku sendiri pun memang akan makan non stop..

Close-up dekat sikit rupa kek ni cam mana..


Yang ni aku buat mini version.. 


Yang ni ada orang request nak angry bird untuk birthday anak dia.. ^^


Tuesday, March 27, 2012

Candy Buffet vs Fondant Cake




As-salam dan hola!!! ^___^

Entri ni sebenarnya dah lama terperuk. Dah nak jadi entri basi dah kot.. 
Nak dijadikan cerita ye, al-kisahnya my best buddies Shuddei have been married on 11 March hari tu. She did ask me to make a cake for her hantaran. But that is not in the part of our master plan oke. 

Memula tu aku dengan dia yo-yo la plan nak buat candy buffet. Bagi sesiapa yang belum tau candy buffet tu apa, meh sini I explain sikit. Candy buffet ni actually dah meluas kat wedding omputih. Biasanya dalam sesuatu majlis tu akan ada satu sudut khas untuk candy buffet ni la. 

Apa ada kat candy buffet tu? Dah namanya pun candy kan, of course lah akan ada gula-gula, coklat dan bermacam benda yang manis-manis la. Kadang-kadang kita jugak boleh letakkan kek, cupcake, muffin, macaron or popcake. Macam sekarang ni kat Malaysia yang aku tengok common jugakla orang buat, akan ada sudut cendol ye tak? Ha, candy buffet ni lebih kurang cenggitu la.. Panjang lebor aku explain kan.. Korang baca je la ye..

Aku ni ha siap dah merangka la menu apa yang aku nak letak kat candy buffet si Shuddei ni.. Nak tau apa ada dalam list aku?

1) Of course la my sweet macaron... ^___^
2) Red velvet cupcake.. 
3) Popcake..
4) Marshamellow with choc dip..
5) Choc Fountain
6)  Fruits untuk cicah dengan choc fountain.
7) Choc cake...

Tapi semua tu hanya tinggal bembayang je la.. aku memang tak cukup masa nak buat oke.. Dua kek hantaran yang Shuddei tempah tu je la yang aku sempat buat. Sekali dengan macaron.. (Sebab dulu time dia tunang aku janji nak sponsor kat dia macaron tower ^ ^).. Ikutkan hati memang nak sangat buat.. Tapi ikutkan tangan memang ada 2 je la kan.. hoho..

Fondant ni memang first time aku buat. My first comment about this fondant was, LECEHNYA...!!! sangat tak suka oke nak gelek-gelek fondant.. memang tak cukup tido aku dibuatnya. Memula aku buat marshamellow fondant. Lagi sangat mencabar aku dibuatnya. Dapur memang dah selerak lah.. Nasib baik hubby tak ada. If tak memang dah kena bebel.. Hehe.. Tapi fondant mellow aku tu macam tak jadi sangat.. Lembik sangat kot.. Maybe tak cukup icing.. Disebabkan aku memang dah tak ada masa, aku beli je la ready made fondant. Senang kerja aku.. Hehe..

Untuk kek hantaran Shuddei, setelah discuss dengan dia, aku buat Red Velvet and Rainbow Cake. Red Velvet tu memang bagi aku dah tak ada masalah sangat lah.. Macam sangat pro je kan ayat aku.. huhu.. Tapi Rainbow Cake ni memang first time la aku buat. Aku ikut je resepi Whisk Kids ni ha sebab memang dia yang create pun kan kek ni.. ^^

Okla.. Layan pic kat bawah ni ye.. 

Candy buffet yang tak terlaksana.. *sobs*.. Pic source from uncle google..


My Red Velvet..

Red Velvet yang dibaluti fondant..

Red Velvet with Macaron Strawberry..

Kek Pelangi.. Wee...^^

Last but not least.. Pelangi yang dibaluti fondant.. Cute kan.. huhu..


Monday, April 18, 2011

Moist Chocolate Cake

Just want to share to all of you that I've been success on making my moist chocolate cake..I'm using the recipe that I've been google. The result is really satisfied me since this is my first trial.


 Step no. 1
    a) tepung - 2 cawan
    b) baking powder - 1 tbsp
    c) soda bikarbonat - 1 tbsp
Bahan-bahan ni dicampurkan sekali..



Step no. 2
Koko - 2 cawan
Gula - 1/2 cawan
Air - 1 cawan

Bahan-bahan ni digaulkan bersama-sama..



Step no. 3
a) mentega - 1 buku (saya guna jenama anchor-salted)
b) gula - 2 cawan

Pukul bahan ni sampai kembang



Step no. 5
a) Lepas bahan tadi dah kembang, masukkan 6 biji telur satu-persatu. 
b) Lepas tu masukkan pula vanilla essence - 1/2 tbsp


Step no. 6
Selepas itu, masukkan tepung tadi berselang-seli dengan koko tadi dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga.


Step no. 7
Bila dah siap digaulkan semua bahan tadi bersama-sama, masukkan ke dalam loyang untuk dibakar dalam oven.. (^^)



Step no. 8
Sebelum bakar kek tadi, make sure panaskan dulu oven. Aku pakai api atas bawah dengan suhu 175C. Bakar selama 45 minit or sampai masak. If nak tau macam mana dah masak, cucuk kek tu dengan lidi. If dia tak melekat that's mean kak tu dah masak la.



Step no. 9
Lepas kek tu dah masak, let it cool first then barula take it off from the loyang. Takut nanti dia melekat kat loyang pulak.



Step no. 10
For the topping, saya pakai 100gm coklat dicairkan bersama 75gm whipping cream. See the result? Tempting right?? ^^




Kek tu dibahagi empat untuk diagih-agihkan kepada yang memerlukan..Hehehe... (Bukan memerlukan, tapi lebih kepada mengidam). 2 untuk Mr. J's family, 1 untuk Mr. J's aunt, 1/2 for me and the other 1/2 for my sister, Nani... Sangat sedey bila kek yang sedap ni tak cukup for everyone.. Hehehe.. Sedap ke?? Hanya orang yang dah makan je yang boleh komen.. To Mr. J, sedap kan??? (^_^)v



Nota kaki: Kek ni serius moist.. Tak rugi pun if cuba.. ^^