Wednesday, December 27, 2017

Ramalan Jantina Bayi Dalam Kandungan

Mostly wanita bila dapat tahu je mengandung, mesti akan tertanya-tanya jantina anak dalam kandungan samada lelaki ataupun perempuan. Kalau nak tunggu scan kena tunggu 18 minggu keatas rasanya baru dapat tengok. Like my previously pregnancy, 18 minggu tu memang confirm dah Dr. Anita nampak 'bebird' anak-anak aku tu. Huhu..

Kalau korang jenis yang tak sabar macam aku, boleh je gunakan ramalan jantina berdasarkan kalender cina. Tak ada bukti saintifik pun yang mengesahkan ramalan jantina ni tepat. Tapi sebab kita just ada 2 choices - whether its a boy or girl - 50% dah tentu betul, ye tak? Apa pun, it is just for fun ok? Janganlah 100% percaya and then bila tak dapat apa yang diramalkan, frust menonggeng. Allah nak bagi rezeki anak pun dah syukur Al-hamdulillah.

Carta Ramalan Jantina Bayi Cina Purba


Ada 2 maklumat yang diperlukan:
  • umur mengikut kalender Cina (Chinese Lunar Age) semasa mengandung
  • bulan kalender Cina (Chinese Lunar Month) semasa persenyawaan berlaku

Klik sini kalau nak kira umur korang ikut kalender Cina.


Masukkan tarikh lahir dan tekan butang untuk kira.


Bila dah tahu umur mengikut kalender Cina, boleh gunakan kalkulator carta kuno Cina untuk meramal jantina bayi.

Klik sini untuk tahu jantina bayi dalam kandungan.

Masukkan umur mengikut kalender Cina yang korang dah dapat tadi, and masukkan bulan pertama mengandung (bulan persenyawaan).

"Contoh: Umur aku ikut kalender Cina 33 tahun. Hari pertama period last sebelum mengandung adalah pada 24 Jun 2017. Maknanya bulan pertama mengandung adalah bulan Jun (bulan persenyawaan)."

Keputusan ramalan jantina my baby is ...... TADA!!!!!



Dapat baby gegirl uolllz.. Haha.. Seronok kan? Kalau dapat memang Alhamdulillah. Sebab dah dikurniakan dengan 2 boboi, so kalau dapat seorang gegirl ni memang anak abah la jawabnya.. 😜

Meh kita tengok pulak ramalan kuno Cina ni masa aku pregnantkan Darwisy and Danish dulu.

Yang ni time Darwisy. Memang betul dapat Boy.

Yang ni pulak time Danish. Ikut chart ni patut Girl, tapi yang keluarnya is boy.

See..! Like I told previously, ramalan ni is 50-50. So aku anggap ini sekadar penyedap hati untuk ibu-ibu mengandung. 

Carta ramalan jantina bayi Cina kuno ni dikatakan 95% tepat. Kalau tak betul mungkin adalah disebabkan: 
  • Tak guna umur ikut kalender Cina
  • Salah kira bulan bayi disenyawakan

So, selamat mengira untuk sesiapa yang mencuba menggunakan carta ramalan jantina bayi Cina kuno ni. Ingat! Untuk seronok-seonok je tau.

Gender Prediction Tester


Makin canggih dunia sekarang. Jangan tak tau sekarang ni ada pula Test Jangkaan Jantina. Untuk yang tak tau, test ni sama je dengan Urine Pregnancy Test tu. Cuma bezanya kalau pregnancy test akan keluar result samada single atau double line. Gender prediction tester ni pulak result dia akan keluar line biru untuk boy dan line merah untuk girl. Best ke best? Of coz best!

Aku punyalah excited bila tau pasal test ni. Baru je tau pregnant hari tu, terus beli tester gender ni pulak. Sesiapa yang berminat boleh terjah IG @niababyworld. Tester ni seawal 5weeks of pregnancy dah boleh buat tau.

 Gender Prediction Tester


Result aku. Line merah means Gegirl.


Scan Gender di KPMC, Kajang


Appointment pertama dengan doktor favourite aku kat KPMC, Dr. Anita adalah waktu usia kandungan aku 22weeks. Bila dia scan je baby terus aku pun dengan sopan santunnya tanya dah boleh nampak jantina baby tak? Hihi.. Dr. Anita godek punya godek punya godek dan TADA!!! Nampaklah 'bunga' dia. Eh? 😂😂😂 

In Sha Allah girl katanya.

So sekarang mommy, abah dan abang-abang awak just boleh tunggu awak keluar je la ye Baby D. Apa-apa pun jantina awak, kami tetap terima dengan syukur dan gembira. Kita kan satu family. 💕💕💕










9 comments:

  1. Comfirm la dpt bby girls... Tahniah,,

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Berapa harga kit gender tu sis

    ReplyDelete
  3. Saya pernah beli kit gender tu, line merah tp Baby keluar boy...Kira suka2 tak tepat jugak 100%

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Sama la .. Saya pun tapi dlm perancangan tak tahu nk kira ncm mana

      Delete
    2. Kan saya pon dlm perancangan tapi xtau mcm mna ahahhaa

      Delete
  5. Klu peroid last 3 month ago 2 kli sebulan and normal back after 3 month tu nak kira period ke2 tu bulan jun atau may.?

    ReplyDelete
  6. Kalau last period 28/11 jadi bulan persenyawaan 11 ke 12??😅😅

    ReplyDelete