ASID FOLIC
Pernah tak dengar nama menatang ni?
Tau tak apa kebendanya ni?
Ce-teka benda ni makanan or something else?
If benda ni makanan, korang rasa dengan nama asid kat depan nama dia tu, ada berani korang nak makan?
E' eh ko Wanie, banyak tanya pulak kan.. huhu..
First time aku dengar asid folic ni time my project manager pregnant. Shuddei bagi tau aku yang she's taking the acid folic 3 months before her wedding. Agak jahil juga aku sebenarnya pasal ubat-ubatan ni. Umur dah dekat 26 baru nak tau pasal asid folic. (-_-").. Al-maklum aku bukanlah orang yang suka makan ubat. Pendek kata dalam hal pemakanan ubat, aku memang FAIL!! ngeh ngeh..
Apa yang bagus sangat kat asid folic ni?
Hasil dari peng'google'an aku kat inetrnet, asid folic ni adalah sejenis vitamin B9. Selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijirin.
Can you see the green vegetable? I hate it.. Baik makan asid folic dari makan sayur hijau tu.. huhu..
Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida).
**Jika memerlukan penerangan lanjut sila ke sini.
Last Sunday, jalan-jalan with Mr. J kat Alamanda. Aku pergi la cari asid folik ni kat Guardian. Dengan penuh semangat aku bertanya kat staff dia, "Asid Folik ada? Nak jenama Appeton." Siap bagi jenama lagi tu. Hehe.. Malangnya staff tu cakap kat Guardian tu hanya ada asid folik yang pakai papan punya. Sepapan berharga RM0.60. Cakap kat Mr. J tak nak beli sebab murah sangat. Takut nak makan. Sangat mengada-ngada tak? ^^
Then pergi kat Watson. Excited lagi tanya staff kat situ. Al-hamdulillah ada.. Terus sengih lebar.. :)
This is it. Tak mahal pun. RM29 sekotak. Yang ni stok untuk 3 bulan. 1 bijik = 400mcg, so
makan sebijik saja la sehari seperti yang disarankan.
Hari ni baru hari kedua aku ambik asid folik ni. Apa perasaan lepas makan? Rasanya wow! Tak ada rasa apa-apa pun. Hehehe.. Rasa pelik bila tablet sekecil ini memainkan peranan penting pada tubuh kita. Semoga dengan pengambilan asid folik ni kesihatan aku akan bertambah baik dan tubuh badan akan bersedia untuk masa hadapan yang lebih gemilang. huhu..
p/s: can't wait to be Mr. J bride.. ngeh ngeh ngeh..
No comments:
Post a Comment