Thursday, May 26, 2011

Future


Time kecik-kecik dulu apa korang nak jadi?

Cita-cita korang tu tercapai tak bila dah habis belajar??

Korang rasa korang boleh pilih tak nak jadi apa?

Tak semua orang bernasib baik boleh pilih apa yang korang nak jadi. Betul tak?? 

Dulu kat sekolah rendah pun kita diberi 3 pilihan nak jadi apa bila dah besar nanti. Dan setiap tahun jugaklah cita-cita aku tu berubah-ubah. Tak pernah stick to the one. Dan dalam banyak-banyak cita-cita aku tu 1 pun tak tercapai. Wawawaw~~ Rasa macam loser je..huhuhu..

Sampai sekarang still tak tahu apa yang nak dicapai dalam hidup. Sekarang ni kerjaya adalah Jurutera Projek. Tapi sampai bila? 

Adakah akan meneruskan pelajaran di peringkat yang lagi tinggi? 
Ataupun membuka syarikat kontraktor sendiri? Tak mungkin kot sebab lesen kontraktor dah dibekukan.
Atau mungkin lari dari cabang kejuruteraan. Ini boleh jadi jugak.. Bukan disebabkan hilang minat dalam bidang kejuruteraan. Tapi memikirkan untuk mengutamakan keluarga yang bakal dibina nanti.

Bercinta selama 10 tahun bersama Mr. J, tak pernah kami tinggal berdekatan untuk tempoh masa yang lama. Ye kawan-kawan sekalian. Percintaan kami adalah percintaan jarak jauh. Atas dasar saling percaya antara satu sama lain.

Time sekolah dulu, asal cuti sekolah je aku balik Sabah. Lepas tu bila lepas SPM, aku kat Kuantan dia di Johor. Lepas tu aku di Shah Alam, dia di Johor lagi. Then bila dah dapat kerja, kerja aku on site basis pulak tu. Dia dapat kerja dekat dengan rumah je and the best part is work only on Mon-Fri okay.. Sangat jeles.. (o_0)...My 1st site was at Kota Bharu. Then to Desaru. Lepas tu dapat kat Subang. Ni jelah masa yang aku berdekatan dengan dia. Lepas tu transfer pulak kat Bukit Gambir, Muar.

Adakah nasib yang sama akan berulang selepas berkahwin nanti.. Adakah aku akan menjadi weekend wife kepada Mr.J? Oh tidak sama sekali. Aku tak sanggup nak duduk jauh lagi. Suami is my priority. Im willing to throw away my career for him. Bukan keduniaan je yang kita nak kejar okay. Melayan suami adalah tanggungjawab utama seorang isteri. Isteri yang bekerja adalah untuk membantu meringankan beban suami saja. Bukan satu kewajipan.

So berbalik kepada tajuk utama, my future is my husband actually. Masa depan aku nanti akan difikirkan bersama-sama dengan Mr.J nanti. Buat masa ini aku masih seorang Jurutera Projek. For how long? Depends to my rezeki given by Allah.

Amin~~

1 comment:

  1. hi dear, salam kenal b2b :)

    link and folo u =)

    nora
    http://norapurplebridez.blogspot.com

    ReplyDelete