Wednesday, May 18, 2011

Trip to Thailand (Part 2 - Pattaya)

From Bangkok, kitorang proceed to Pattaya. Singgah lunch at Jansiew Muslim Restaurant. The food is okay. Not so bad and not so good. Almost same with Malaysian food. Dah sudah makan, terus pergi Sriracha Tiger Farm. Memang banyak gile harimau okay kat sini. Sangat cute harimau-harimau dia. Bak kata our tourist guide, harimau kat sini jinak sebab diorang diberi minum susu babi sejak kecil. Believe it or not, babi kat sini semuanya gemok-gemok belaka. Dan pink color okay.. hahaha.. Mual tekak aku tengok babi sehat-sehat belaka.. +_+

Muka ceria dapat pegang harimau + muka tengah menahan keberatan pakcik harimau..

Dah sudah tengok harimau, terus proceed to Elephant Camp. Dah sampai, terus excited nak naik gajah. Bila dah naik rasa sangat takut sebab gajah sangat tinggi. Terus terbayang kat kepala, macam mana if tetiba ada tikus lalu depan gajah and menyebabkan gajah amuk lalu menjatuhkan aku dan Shud. Mau patah tengkuk ni ha.. Inilah akibatnya suka sangat tengok kartun + CSI.. (Tetiba menyalahkan CSI yang tiada kena mengena pun dalam hal ni)...Muahahaha...

Ini gajah kami. Aku dengar gembala gajah tu panggil dia Song. Entah betul entah tidak tu nama dia. Tapi kami punya gembala gajah sangat sporting. Tak cukup duit Thai nak bagi tips, duit RM pun dia amik je. Lagipun dah bayar 500baht okay nak naik gajah so duit tips kitorang bagi sebab dia baik hati ambik gambar kami.. ^^


Adakah ini bermakna aku sangat ringan sampai gajah tu angkat aku dengan sangat tinggi..hehe.. Nasib baik tak kena campak..huhu..

Shuddei beli ini, "Mango sticky rice". Memula memang standard aku takut nak makan benda pelik-pelik. Sekali rasa terus sedap daa benda alah ni.. Makan 1 pun tak cukup.. Berazam nak beli lagi.. Rasa sangat manis berlemak..

Dah puas tengok menatang besau-besau, kita pergi terjah menatang kecik-kecik pulak. Kat Big Bee Farm Pattaya ni memang teruja nak beli madu lebah. Tapi, fikir hari ni macam dah banyak keluar ongkos, so duduk senyap je la tak beli apa pun. Oooppss, lupa pulak. Sebenarnya ada beli jugak. Honey Choc with Cashew Nuts dan 2 Aloevera Honey Jam. (1 bagi my mom and 1 lagi for mak Mr.J)

Tak tau kenapa muka jadi cenggini bila pegang benda alah ni. Seriau kot takut kena sengat dek lebah.. Huhu..

Comey je honey bee ni. ^^ (Yang tengah tu lagi comey kot..Muahahaha)

Kitorang check inn kat Sunbeam Hotel Pattaya.. Masuk-masuk je bilik ni terus tergoda. Interior dia sangat cute and very minimalist. Kat tengah katil tu siap ada tilam dan bantal-bantal for lepaking.. Yang peliknya, bilik kitorang jer yang ada menatang tu.. hehe..

Syoknye tengok katil ni.. Tetiba rasa ngantuk pulak..+_+


Day 2 at Pattaya dimulakan dengan aktiviti di Coral Island. Tak tau apa yang ada di Coral Island. Maybe sama je kot dengan Pulau yang ada di Malaysia. 


Gambo ni diambik sebelum naik bot laju ke Coral Island.


Ini bot laju kami. Aku of course tiada dalam gambar sebab tengah syok conquer tempat duduk kat depan bot laju. Bajet nak buat aksi Titanic tapi bila tengok bat laju dia sangat laju terus batalkan niat takut terpelanting pulak kat dalam laut Thai ni ha..

Yang ni aktiviti paling seronok... Parasailing.. Im flying without wings but with baloon..Hehe.. Sangat syok sampai rasa tak puas naik sekali je.. -_- .. Aktiviti ni bukan di Coral Island ye.. Ini hanya tempat persinggahan sebelum sampai ke Coral Island..

Ini Coral Island..Betul tak saya cakap, mesti sama je dengan pulau kat Malaysia.. Rasanya, pulau kat Sabah lagi cun kot..hehe.. Kat Coral Island ni just wat aktiviti sukaneka biasa bersama ISB family.. Tak sempat pun nak buat aktiviti sendiri.. Ingat nak naik Banana Boat.. Tapi...masa tak mengizinkan..

Gambar diambil semasa on the way nak naik bot laju balik pulang ke bandar Pattaya..

Lepas dah sudah main kat laut, kami dibawa ke Noongnooch Village.. Our tourist guide kata, owner Noongnooch Village ni orang paling kaya kat Thailand sebab tanah dia sangatlah besar.. Tak tahu macam mana owner dia boleh conquer tanah yang begitu besar. Tempat ni dipenuhi dengan kebudayaan negara diorang. Ada persembahan tarian dan macam-macam lagi la.. Kat sini serius tak beli apa-apa pun sebab rasa macam tak menarik.. Hmmm....

Sempat lagi amik gambar dengan binatang tahun kelahiran sendiri iaitu lembu.. hehehehe...

Yang ini tak tahu binatang tahun kelahiran siapa. Yang pastinya, nak duduk even kat atas patung pun rasa geli semacam.. hehehehe..


Day 3 at Pattaya start with a journey to Floating Market. Time ni dah checkout sebab nanti terus proceed ke Bangkok..


Muka excited. Sampai-sampai je kat situ carik signboard yang ada tunjuk Pattaya Floating Market..


The scene..Macam tempat aku dilahirkan..Kg Sim-Sim.. Aku memang dilahirkan di dalam rumah atas air.. Sebab itu aku orangnya sangat cool macam air..^^ hehehe..



Bergambar bersama makcik jual makanan kat atas perahu..If aku yang meniaga atas perahu dah lama tergolek akibat tak tahu nak mengimbangi diri sendiri.. -__-'


Beli lagi Mango Sticky Rice ni.. Kali ni harga dia murah skit...Just 50 baht..Sedapnyelah benda alah ni..

Lepas dah sudah shopping-shopping bermacam souvenir kat Floating Market tu, kitorang pun terus proceed ke Bangkok, ibu negara Thai.. Apa ada di Bangkok?? Wait for Part 3... ^^

No comments:

Post a Comment