Monday, May 16, 2011

Trip to Thailand (Part 1)

Sejak balik dari company trip hari tu, aku ni tersangat la busy. Mana tak nya, progress claim aku no.7 dah kena reject. That's mean, progress claim no. 8 and 9 automatically rejected too. Sangat super tension nak kena betulkan semua tu in 1 week time. Al-hamdulillah all the claim are in order now..Fffuhhh..

So sekarang boleh berceritera pasal trip kali ni ke Thiland. Kali ni bos aku yang baik hati lagi budiman bawak semua staf-stafnya yang rajin-rajin belaka bercuti ke Bangkok-Pattaya. So, pada 1/5/11 bertolak la kitorang ke Thailand naik Thai Airlines. 5 hari 4 malam tu kat sana. Berbaloi-baloi.. Ngee...

Passport "baru" aku... If passport tak hilang, dah banyak cop negara.. Sdey..Sob..sob.. (Macamkan banyak sangat negara kau dah pergi kan Wanie =p )

Rombongan kami adalah sebanyak 51 orang. Datang dari segenap cabang. Maksud aku, from Selayang Site ada, Bukit Gambir Site ada, Kuari Nyalas ada, Kuari Kota Tinggi ada and ISB Plantation pun ada wakil jugak. Ops terlupa lak..Site Glanmarie pon ada wakil jugak sorang iaitu my best buddy lone ranger, Shuddei..Huhu..

Ada yang bertolak dari KLIA and ada yang bertolak dari Changi Airport, Singapore. Ada 2 group.. Aku of course la naik kat KLIA okay.. ^^

Group from KLIA fly pukul 8.05 pagi and sampai kat Bangkok pukul 9.15 pagi. Aku ingat sejam je.. Rupanya 2 jam naik flight. Jam 9.15 pagi tu adalah waktu Thailand. Malaysia awal 1 jam dari Thailand. Bak kata our tourist guide, "orang Malaysia datang Thailand umur muda 1 jam."


Muka ceria aku time sampai kat Bangkok.. ^^

Sampai je kat airport Suvarnabumi, ada makwe Thai mengkalungkan we all semua bunga dan sesi snap-snap pun bermula. Lepas tu kitorang proceed ke Pattaya.. Bak kata our tourist guide lagi, Pattaya adalah syorga kaum jantan..

Apa ada kat Pattaya??

Tunggu di Part 2 nanti..ngeh ngeh...

No comments:

Post a Comment