Minggu lepas time aku balik kl hari tu aku ada beli some tools for my self. Actually lebih kepada weight management tools or health management tools or body contour management tools. Sila pilih yang mana berkenan. hehe..Nak tengok rupa tools tu tak..Jeng jeng...
Ini adalah lompat tali @ skipping
Yang ini pulak adalah gegelung @ hola hoops
Bila unwrapped pulak macam ini la rupanya:
Ini la tali skipping yang akan menyihatkan jantungku nanti
Dan ini adalah hola hoops yang belum dicantum-cantumkan lagi
Bila dah pasang jadi macam ini. Smile version :)
Rasa-rasa boleh hoop tak dengan hoop yang tak bulat ni? S-Version..
Ta-daaa.. Hola hoops dah siap.
Sekarang ni aku dah ada aktiviti baru dah dekat rumah tu. Yela..duduk pon sorang kan so kenalah cari aktiviti untuk diri sendiri.
Bila aku search kat enjin carian (skema gila ayat macam tengah ambil kesusateraan bahasa melayu), aku dapat knowledge baru yang lompat tali @ skipping ni baik untuk jantung kita. Antara kebaikan dia:
- Meningkatkan tahap kesihatan jantung
- Mempercepatkan kadar denyutan jantung & dapat mencapai sasaran “Heart Rate Zone”
- Membakar lemak & kolesterol
- Membina otot dan stamina
*Credit to MARSIS
Dan yang paling cool aku jumpa kebaikan dia ni adalah jika kita melakukan skipping selama 10 minit maka akan setara dengan berlari selama 45 minit. Dan jika kita melakukan skipping selama 1 jam dapat membakar lemak sebanyak 1300 kalori. Banyak tu..
MARSIS tu pulak adalah Persatuan Lompat Tali Malaysia. Barulah aku tau yang skipping ni pun dah dijadikan sebagai sukan yang formal malah siap ada persatuan lagi. Banyak jugak la aktiviti yang dibuat oleh MARSIS ni. Sila pergi ke website dia jika berminat nak jadi ahli persatuan ye. Aku ingatkan skipping ni main bodo-bodo macam tu ajer.
Hola hoops pulak boleh membakar hingga 600 kalori untuk satu jam latihan. Berlatih hola hoops sambil dengar muzik boleh memberi motivasi untuk membakar kalori, menguatkan irama jantung, membuat perut menjadi rata dan memperkuat tulang punggung..(*Bak kata website ini). So, bila aku skipping selama satu jam dan hola hoops selama satu jam lagi bermakna aku dah membakar sebanyak 1900 kalori. Masalahnya rajin ke aku nak bersenam selama dua jam?? Konflik diri betul la..
Okla.. kat sini korang tengokla sendiri cara hola hoops ni. Aku tak berapa nak expert lagi. Tapi takpe..Akan ku cuba juga bertahan selama 5 minit hoops tak jatuh. hehehe..
Okla.. kat sini korang tengokla sendiri cara hola hoops ni. Aku tak berapa nak expert lagi. Tapi takpe..Akan ku cuba juga bertahan selama 5 minit hoops tak jatuh. hehehe..
P/s: Napa aku rasa macam aktiviti baru aku ni akan bertahan selama satu bulan saja. And then tools aku tu akan terbiar berhabuk di penjuru rumah. Hang on wanie... U can do it..
No comments:
Post a Comment