Ini adalah aktiviti di site office Bukit Gambir pada hari ini yang sepatutnya cuti sempena Awal Muharram ni kan. Tapi malang kepada staff Iswarabena Sdn Bhd dan VN Sunrise kerana majikan kami tidak mengambil bahagian dalam cuti ini. Sangat boring tahap cipan yang tengah mengawan kat zoo negara. Gambar kat atas tu adalah gambar pasangan bahagia kat dalam office aku yg hanya dibuat dengan cabin ini. Yang lelaki tu bukan orang kurang upaya ye. Tapi sebenarnya lebih kepada kurang matang..hehehehe..(please dont get mad of me, Mohd Norazmi Abdul Rashid)
Dan gambar yang kedua ini pulak adalah gambar dua orang pekerja VN Sunrise yang nampak macam tengah tekun buat kerja tapi sebenarnya telah menukar site office aku ni daripada office menjadi cyber cafe Bukit Gambir. Sangatlah tak matang dua orang pekerja VN Sunrise ini. (Credit kepada Mr. Nadarajan kerana mendapat pekerja yang sangat berdedikasi). Dan yang selebihnya tengah melantak kat dapur makan cucur ikan bilis yang mak midah masak.. :)
Gambar yang last ni adalah gambar meja aku yang sangat serabut konon-kononnya macam tengah ada kerja yang sangat banyak. Tapi sebenarnya tak ada la kerja sangat sampai sempat lagi mengepost something untuk blog yang tak seberapa nak jadi blog ni.
Kesimpulannya, hari ni sangat lah boring. Sebenarnya azam baru pada tahun ni adalah nak jadi pekerja yang berdedikasi dan rajin. Nampaknya pada hari ni, misi tak tercapai disebabkan hari yang sepatutnya cuti tak cuti pulak. Ermm...Nasib la ek..
p/s: Selamat menyambut tahun baru kepada semua muslimin da muslimat. Hope this year better than last year.
No comments:
Post a Comment