Hari ni hari cuti sebab hari ni Christmas Day. Hari dimana orang-orang Kristian menyambut perayaan mereka. Tapi malangnya ISB tidaklah mengambil bahagian untuk cuti pada hari ini. So, here I am at office doing nothing with my empty mind. T_T
Sebenarnya kerja ada banyak jugak. Tapi bila malas menguasai diri, hilang kewarasan diri sekejap. hohoho.. Apa punca malas? Malas tu ada punca ke? Adakah disebabkan office aku ni ada kemudahan streamyx, so dengan sebab itu aku dengan mudahnya boleh mengaccess internet yang digemari? Mula lah nak menyalahkan internet padahal internet yang ada kat sini adalah untuk kemudahan bekerja. Aku yang menyalahgunakannya. Hehehe...
Today Im going to KL. Yeay yeay..Nak jumpa En. Tunang hari ni. Sebenarnya hari ni nak balik sebab besok nak pergi tengok keadaan rumah yang dah dimasuki pencuri. Rumah yang aku duduk time jaga projek Subang dulu. Sekarang ni PM aku still duduk kat sana lagi sebab dia jaga projek Selayang sekarang ni. Tapi nasib baiklah time kejadian, tak ada orang kat dalam rumah tu. But unfortunately, my PM said that all my Korean CD's are gone!!!!! Bastard punya penyangak. CD pun dia nak sapu sekali.
Rumah yang ada guard pun tak selamat kan. Baik tak payah pakai guard. Orang punyalah beria-ia bayar maintenance untuk bayar perkhidmatan guard. Tapi ada jugak terjadi kejadian-kejadian macam ni. Membazir duit je bayar perkhidmatan diorang tu.
Kat dalam entri ni je dah cover 3 story. Cuti hari Krismas, balik jumpa En. Tunang dan kejadian rumah dimasuki pencuri. Tak ada makna punya entri. T_T
kepala hotak pny pencuri laaa...
ReplyDeleteaku br nak pinjam segala cd korea yang kau ada...
cissss...
xde benda lain ke dia nak rembat??
mungkin perompak juga merupakan salah seorang peminat cite korea....
danggg!!!