Friday, December 28, 2012

Cheese Cake Seputih Salju





Selama aku meniaga kek kecil-kecilan ni, kek cheese ni lah yang paling laris sekali. Memang aku boleh guarantee sesiapa yang rasa kek ni pasti nak lagi.. hehe.. Tapi itu pun bagi peminat cheese la kan. Bagi yang tak berminat pada cheese tu bagi free pun takmo ye dok.. huhu..

Kek ni aku jual previously RM45. Tapi sekarang bila calculate balik kos, aku revise balik harga menjadi RM50 ye.. So harga baru cheese cake seputih salju ni adalah RM50.. Berat kek ni pulak lebih kurang 1.2kg-1.4kg..

Ada tak orang yang tertanya-tanya cam mana rasa kek ni? Meh le aku describe skit ye. Kek ni asasnye adalah kek sponge gebu yang mana bahagian tengah dan atas dilepa dengan cheese yang lemak lagi manis giteww.. Finishing bagi kek ni pulak diparutkan cheddar cheese sebagai toppingnya.. So kat dalam mulut kita ada rasa lemak manis kek gebu, lemak manis krim cheese dan lemak masam manis parutan cheese. Ada macam-macam rasa giteww bercampur jadi satu.. Memang best dan aku sendiri pun memang akan makan non stop..

Close-up dekat sikit rupa kek ni cam mana..


Yang ni aku buat mini version.. 


Yang ni ada orang request nak angry bird untuk birthday anak dia.. ^^


Wednesday, August 29, 2012

Blogsy - Aplikasi Mudah Untuk Update Blog

Memang dah lama sangat aku tak update blog ni. Banyak sebenarnya yang nak diceritakan, tapi jari jemari ni malas sangat nak menaip.

Sekarang ni tengah menyesuaikan diri di tempat kerja baru. Peralihan skop kerja dari management ke quality control memang memerlukan effort yang sangat besar. Jika ditanya yang mana pilihan hati, memang minat lebih terarah pada management. Skop kerja akan aku ceritakan kemudian.

Sebenarnya ni baru lepas purchase application Blogsy from Apple Store dengan harapan semoga diri ini lebih rajin lagi nak update blog ni. Pening juga memilih yang mana nak purchase antara Blogsy or Blogpress. Tapi bila google sana sini baca review orang, akhirnya purchase Blogsy sebab banyak komen positif from user. Application ni berharga USD4.99. Convert sendirila ke RM ye.

Blogsy Icon. Comey kan.. ^^

Sekarang ni memang harap update blog using iPad je sebab komputer office sangatlah old school + lembab giler asyik hang je. Rasa nak tumbuk skrin pc and baling ke tanah. Laptop aku kat rumah pun macam nak nazak je button dia bukan main payah lagi nak klik. InsyaAllah ada duit lebih nak beli macbook pulak nanti.. :)

Dikesempatan ini aku nak wish jugak lah pada yang membaca blog aku, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir batin. Semoga raya korang bermakna dan diberkati Allah s.w.t.

 

Thursday, May 24, 2012

HARI ULANG TAHUN MY MR. J


5pm - Rushing from Bukit Gambir to Semenyih. Then dalam kepala dok memikir hadiah apa yang nak dibelikan untuk suami tersayang untuk hari lahir beliau. Memang tak ada idea nak bagi apa.

7.00pm - Dapat idea dalam perjalanan tadi dan tiba di lokasi yang difikirkan -- Alamanda, Putrajaya.

7.15pm - Terus menuju ke Parkson. Hadiah yang dipilih adalah kemeja jenama Valentino Rudy (antara kegemaran beliau).

7.30pm - Order 2 sets of quarter meal at Kenny Rogers Roaster. Sementara menunggu pergi solat dulu.

7.45pm - Ambil order kat KRR then menuju ke Cold Storage. Cari apa kat sini?? Cari belon..Muahahaaha~~

8.15pm - Sampai kat rumah Semenyih terus bergegas ambil candle kat bilik then nyalakan di sepanjang walkway from entrance to meja makan. (Rumah tak besar sangat so walkway kecil aku hanya boleh menempatkan 8 candle di kiri dan kanan)

8.20pm - Tiup belon dan isi 'sesuatu' ke dalam belon sambil cari idea macam mana nak bagitau beliau yang wife dia ni tetiba je dah sampai kat Semenyih.

8.30pm - Call Mr. J suruh  balik rumah Semenyih. Urgent.. Berulang-kali beliau bertanya, "Ada kat mana ni?".. huhu.. Lepas call beliau, aku pun mandi, solat dan berdandan...(Bukan dandan apa sangat pun. Ikat rambut bagi kemas sikit, pakai seksi-seksi and wangi-wangi)

8.50pm - Mr. J pun sampai. Bukak pintu rumah and komen pertama beliau, "Ni kenapa dah macam India pasang lilin banyak-banyak??"...Cheh, memang spoil romantic mood betul. 

8.55pm - Kami pun menikmati dinner yang dimasak oleh Pak Kenny yang dihidangkan oleh aku sambil dengar lagu romantik yang di download dari Pak Google. 


9.30pm - Dah sudah makan, it's time to play a game in the bedroom...Tapi bukan play-play ye..huhu.. Birthday boy diarahkan untuk memecahkan belon dan membaca ayat yang tertera di kertas yang sebelum tu telah aku sumbat ke dalam belon... hehe.. Semua yang tertera di kertas merupakan hadiah bonus yang akan beliau dapat sebelum mendapat hadiah utama beliau..Ayat-ayatnye adalah ayat-ayat jiwang seperti, 'I Hug U', 'I Kiss U', dan yang seantero dengannya.. ^^

Belon-belon untuk dipecahkan oleh birthday boy


9.45pm - Last sekali barulah belon terakhir dipecahkan yang bertulis, 'Valentino Rudy with Love'.. Senyuman beliau mencairkan diriku.. Ucapan terima kasih dari beliau ku sambut dengan syukur diatas rezeki yang diberi oleh-Nya untuk ku kongsi bersama yang tersayang..

Tamatlah kisah sambutan hari lahir Jamaludin Azmi yang ke-27. Ini merupakan sambutan hari lahir beliau yang pertama disambut oleh kami sebagai pasangan suami isteri. Hasil cubaan yang pertama dariku yang ku kira agak romantis untuk menceriakan lagi hubungan kami.

p/s: Aksi diatas hanya boleh ditiru oleh pasangan halalan thaiyiban sahaja..(Pasangan suami isteri la tu).. Bagi pasangan yang belum berkahwin, silalah berkahwin dahulu sebelum mencuba aksi tersebut diatas kerana sesungguhnya Allah sedang melihat kita.. ^^


Tuesday, March 27, 2012

Candy Buffet vs Fondant Cake




As-salam dan hola!!! ^___^

Entri ni sebenarnya dah lama terperuk. Dah nak jadi entri basi dah kot.. 
Nak dijadikan cerita ye, al-kisahnya my best buddies Shuddei have been married on 11 March hari tu. She did ask me to make a cake for her hantaran. But that is not in the part of our master plan oke. 

Memula tu aku dengan dia yo-yo la plan nak buat candy buffet. Bagi sesiapa yang belum tau candy buffet tu apa, meh sini I explain sikit. Candy buffet ni actually dah meluas kat wedding omputih. Biasanya dalam sesuatu majlis tu akan ada satu sudut khas untuk candy buffet ni la. 

Apa ada kat candy buffet tu? Dah namanya pun candy kan, of course lah akan ada gula-gula, coklat dan bermacam benda yang manis-manis la. Kadang-kadang kita jugak boleh letakkan kek, cupcake, muffin, macaron or popcake. Macam sekarang ni kat Malaysia yang aku tengok common jugakla orang buat, akan ada sudut cendol ye tak? Ha, candy buffet ni lebih kurang cenggitu la.. Panjang lebor aku explain kan.. Korang baca je la ye..

Aku ni ha siap dah merangka la menu apa yang aku nak letak kat candy buffet si Shuddei ni.. Nak tau apa ada dalam list aku?

1) Of course la my sweet macaron... ^___^
2) Red velvet cupcake.. 
3) Popcake..
4) Marshamellow with choc dip..
5) Choc Fountain
6)  Fruits untuk cicah dengan choc fountain.
7) Choc cake...

Tapi semua tu hanya tinggal bembayang je la.. aku memang tak cukup masa nak buat oke.. Dua kek hantaran yang Shuddei tempah tu je la yang aku sempat buat. Sekali dengan macaron.. (Sebab dulu time dia tunang aku janji nak sponsor kat dia macaron tower ^ ^).. Ikutkan hati memang nak sangat buat.. Tapi ikutkan tangan memang ada 2 je la kan.. hoho..

Fondant ni memang first time aku buat. My first comment about this fondant was, LECEHNYA...!!! sangat tak suka oke nak gelek-gelek fondant.. memang tak cukup tido aku dibuatnya. Memula aku buat marshamellow fondant. Lagi sangat mencabar aku dibuatnya. Dapur memang dah selerak lah.. Nasib baik hubby tak ada. If tak memang dah kena bebel.. Hehe.. Tapi fondant mellow aku tu macam tak jadi sangat.. Lembik sangat kot.. Maybe tak cukup icing.. Disebabkan aku memang dah tak ada masa, aku beli je la ready made fondant. Senang kerja aku.. Hehe..

Untuk kek hantaran Shuddei, setelah discuss dengan dia, aku buat Red Velvet and Rainbow Cake. Red Velvet tu memang bagi aku dah tak ada masalah sangat lah.. Macam sangat pro je kan ayat aku.. huhu.. Tapi Rainbow Cake ni memang first time la aku buat. Aku ikut je resepi Whisk Kids ni ha sebab memang dia yang create pun kan kek ni.. ^^

Okla.. Layan pic kat bawah ni ye.. 

Candy buffet yang tak terlaksana.. *sobs*.. Pic source from uncle google..


My Red Velvet..

Red Velvet yang dibaluti fondant..

Red Velvet with Macaron Strawberry..

Kek Pelangi.. Wee...^^

Last but not least.. Pelangi yang dibaluti fondant.. Cute kan.. huhu..


Thursday, February 2, 2012

Tahan Ke?

Sampai saja aku kat rumah balik kerja malam tadi, terus disapa oleh kakak jiran.

"Baru balik kerja ke?"
"Ha'ah kak."

"Mana yang sorang lagi?" (Merujuk pada bekas housemateku)
"Dah transfer Selayang. Sekarang ni saya seorang je kat sini." T_T

"Ooo.. Dia dah transfer. Awak tak transfer ke sana ke?"
"Saya tak boleh transfer ke sana. Mesti tunggu projek ni siap." TT__TT

"Lama lagi ke projek ni?" 
"Phase 1 ni sampai bulan 8 ni kak." TTT____TTT

"Lama lagi tu. Boleh tahan ke jauh-jauh?" (Merujuk kepada jauhnya aku dengan my husband, Mr.J)
"Ni tengah bertahan la ni kak..." Jawabku dengan perasaan yang tetiba nak emo tak tentu pasal..

Pastu tetiba kakak tu punya anak dengan selamba bertanya ibunya, "Ibu, kakak sebelah rumah tu asyik kerja je ke? Balik pun hari dah malam." 

Tsskkk....Sungguh menusuk kalbu..

_________________________________________________________________

Memang rutinku balik kerumah antara 7 - 8 malam. Walhal rumah dengan site office hanyalah 3km. Mungkin aku memikirkan kalau aku balik awal pun apa nak buat kat rumah?

Nak tengok TV? TV takde Astro pun.

Nak masak? Aku duduk sorang je pun. Baik beli je.

Nak kemas rumah? Aku duduk sorang je pun. Takkan nak kemas rumah setiap hari.

Nak baking-membaking? Oven pulak dah bawak pergi rumah Semenyih.

So, baik aku stay kat office buat kerja. Or even takde kerja boleh layan tenet. ^_^

Mr. J memang dah berbuih mulut asyik suruh aku balik awal je kan. But for those reason given above, dia pun tak boleh nak kata apa.Hehehe.. Tapi lain cerita pulak if husband ada disisi. Of course aku akan balik awal. Nak masak untuk dia, nak iron baju dia, nak melayan dia.. Ehem ehem... >_<

Kadang-kadang aku terfikir jugak, sampai bila aku nak hidup berjauhan dengan suami? Dahlah time bercinta pun cinta jarak jauh, ni dah kahwin pun PJJ (perkahwinan jarak jauh) jugak.. Tapi nak buat macam mana. Aku terikat dengan kerja. I must complete what I've started. So, apa-apa hal akan difikirkan selepas selesai projek aku kat Bukit Gambir ni. Full stop.





Monday, January 16, 2012

Mari Meroti

Fuhhh...fuhhh... Bersawang dah blog aku ni ha.. 

Dah lama sangat tak update blog padahal setiap hari mesti tak miss nak bukak blog sendiri and blogwalking ke blog lain. Asal nak menaip entri baru je tak ada idea yang datang. Sekarang ni pun tak ada idea jugak sebenarnya tapi still jugak nak mengarang dengan harapan idea akan datang mencurah-curah kala jari bertemu keyboard. *Ayat tak boleh blah punya skema..^^

Macam mana life aku sekarang ni??
Still lagi jadi weekend wife yang setia travel bila tiba hari jumaat tak menyabo nak balik and bila tiba hari isnin kemain liat lagi nak balik Bukit Gambir.

Aktiviti di hujung minggu??
Tak ada aktiviti yang menarik pun. Balik kejap rumah FIL and then pergi jalan-jalan buang masa and duit dengan Mr. J. Lagipun ini je la masa yang ada untuk bersama hubby ye dok? ^^

Ada baking-membaking lagi ke??
Of course la.. Kali ni minat telah dikembangkan ke pembikinan roti pulak.. Tetiba mengidam nak makan roti fresh.. Mengidam ke?? ngeh ngeh..

Apa-apa pun kita layan hasil air tangan ku ini..

Bun Coklat

Yummy..^^

Bun Manis Vanilla

Hmm~~

Mau resepi ke??

Google je.. Mesti berlambak kat tenet.. ^^

Adios~~



Monday, November 7, 2011

First Time di Dapur Sendiri

Last Friday aku balik rumah Semenyih dengan dapur baru. Ye, kami baru ada dapur sendiri setelah berkahwin selama hampir 2 bulan. Disebabkan aku just ada kat Semenyih weekend saja, so sebelum ni dapur tak ada lagi pun takpe. Baru sekarang ni ada kesempatan beli dapur.

Semalam lepas balik beli barang dapur kat Alamanda, aku pun mengemas la rumah sikit-sikit. Sebelum balik kampung raya haji hari tu, aku ada buat kek span. So aku nak sambung la buat dia punya filling keladi. 

Filling keladi ni kena double boiler kat atas periuk. Disebabkan filling tu dah memercik-mercik, aku pun nak kemas la balik stove aku tu. So, dengan bijaknya aku pun angkat la stove yang tengah panas lagi tu. Apa lagi, terus melecur ibu jari. Nasib baik tak teruk sangat. Dengan muka mengada pergi mengadu kat Mr. J.

"B, jari dah terbakar"..(guna istilah teruk skit nak tarik simpati suami.. ^.^)

"Macam mana boleh kena? Kat dapur janganlah cuai sangat. Pergi rendam dengan air garam"..

"Okay".. Menurut kata dan terus ke dapur bancuh air garam untuk rendam ibu jari..

Lepas tu aku pun meneruskan misi dengan menggoreng nugget dan misi menggoreng selesai tanpa sebarang musibah.

Then, masak air panas untuk buat air teh o untuk Mr. J. Dah sudah masak air, bubuh air panas kat dalam jag free beli air sunquist. Sedar-sedar jag dah kecut dibubuh air panas. Daripada jag tinggi lampai terus jadi jag kemetot. Aku pun letak la jag tu kat kabinet and nak tukar pakai jag kaca. Tak sedar jag kemetot tak stabil and terus tumpah kat lantai kena kaki aku..

Aku pun menjerit la.. Bukannya menjerit sakit kena air panas, tapi menjerit sebab terkejut.. Nasib baik sangat lah air tu tak panas sangat. Tak lah melecur kaki aku ni ha.. Mr. J dengan muka terkejut menjengah ke dapur ingat aku kena minyak panas ke apa.

Dengan muka sedih aku tunjuk jag kemetot. 

"Takpelah, nanti kita beli jag baru. Beli yang mahal sikitlah yang tahan kena air panas. Jag free memang tak tahan", kata Mr. J.

Dengan muka kesian, Mr. J tolong aku kemas dapur yang dah bersepah tu.

Lepas dah kemas, baru lah boleh makan nugget dengan tenangnya.

Mr. J komen nugget aku, "Nugget ni macam hangus je?"..

Aku pun, "Taklah, memang macam tu lah. If masak sekejap sangat dalam dia tak masak. So kena lah masak lama sikit bagi dia masak and lagi rangup. Tu yang hitam tu".. Muahaha.. Jawapan selamat.. ^_^

*****

****

***

**

*

Cerita pagi ni, sebelum balik Bukit Gambir bancuh air nescafe untuk Mr. J. Komen pada hari ini, "Lain kali nescafe ni bubuh nescafe lebih skit ek. Yang ni macam krimer lebih."

"Okay, baiklah." Jawab si isteri..(akulah tu~~)

Kesimpulannya, I love to hear comment from him. It makes me want to give him the best. Permulaan hidup sebagi suami isteri memang akan ada banyak komen antara satu sama lain. Bukannya komen yang menjatuhkan, tapi lebih kepada komen membina yang akan melengkapi antara satu sama lain. That is how you should live your life as husband and wife.. ^^

*Gambar hiasan dari Pakcik Google