5pm - Rushing from Bukit Gambir to Semenyih. Then dalam kepala dok memikir hadiah apa yang nak dibelikan untuk suami tersayang untuk hari lahir beliau. Memang tak ada idea nak bagi apa.
7.00pm - Dapat idea dalam perjalanan tadi dan tiba di lokasi yang difikirkan -- Alamanda, Putrajaya.
7.15pm - Terus menuju ke Parkson. Hadiah yang dipilih adalah kemeja jenama Valentino Rudy (antara kegemaran beliau).
7.30pm - Order 2 sets of quarter meal at Kenny Rogers Roaster. Sementara menunggu pergi solat dulu.
7.45pm - Ambil order kat KRR then menuju ke Cold Storage. Cari apa kat sini?? Cari belon..Muahahaaha~~
8.15pm - Sampai kat rumah Semenyih terus bergegas ambil candle kat bilik then nyalakan di sepanjang walkway from entrance to meja makan. (Rumah tak besar sangat so walkway kecil aku hanya boleh menempatkan 8 candle di kiri dan kanan)
8.20pm - Tiup belon dan isi 'sesuatu' ke dalam belon sambil cari idea macam mana nak bagitau beliau yang wife dia ni tetiba je dah sampai kat Semenyih.
8.30pm - Call Mr. J suruh balik rumah Semenyih. Urgent.. Berulang-kali beliau bertanya, "Ada kat mana ni?".. huhu.. Lepas call beliau, aku pun mandi, solat dan berdandan...(Bukan dandan apa sangat pun. Ikat rambut bagi kemas sikit, pakai seksi-seksi and wangi-wangi)
8.50pm - Mr. J pun sampai. Bukak pintu rumah and komen pertama beliau, "Ni kenapa dah macam India pasang lilin banyak-banyak??"...Cheh, memang spoil romantic mood betul.
8.55pm - Kami pun menikmati dinner yang dimasak oleh Pak Kenny yang dihidangkan oleh aku sambil dengar lagu romantik yang di download dari Pak Google.
9.30pm - Dah sudah makan, it's time to play a game in the bedroom...Tapi bukan play-play ye..huhu.. Birthday boy diarahkan untuk memecahkan belon dan membaca ayat yang tertera di kertas yang sebelum tu telah aku sumbat ke dalam belon... hehe.. Semua yang tertera di kertas merupakan hadiah bonus yang akan beliau dapat sebelum mendapat hadiah utama beliau..Ayat-ayatnye adalah ayat-ayat jiwang seperti, 'I Hug U', 'I Kiss U', dan yang seantero dengannya.. ^^
Belon-belon untuk dipecahkan oleh birthday boy
9.45pm - Last sekali barulah belon terakhir dipecahkan yang bertulis, 'Valentino Rudy with Love'.. Senyuman beliau mencairkan diriku.. Ucapan terima kasih dari beliau ku sambut dengan syukur diatas rezeki yang diberi oleh-Nya untuk ku kongsi bersama yang tersayang..
Tamatlah kisah sambutan hari lahir Jamaludin Azmi yang ke-27. Ini merupakan sambutan hari lahir beliau yang pertama disambut oleh kami sebagai pasangan suami isteri. Hasil cubaan yang pertama dariku yang ku kira agak romantis untuk menceriakan lagi hubungan kami.
p/s: Aksi diatas hanya boleh ditiru oleh pasangan halalan thaiyiban sahaja..(Pasangan suami isteri la tu).. Bagi pasangan yang belum berkahwin, silalah berkahwin dahulu sebelum mencuba aksi tersebut diatas kerana sesungguhnya Allah sedang melihat kita.. ^^
Kelaka la. Hehehe. Anyway good idea. Salam kenal.
ReplyDeleteHttp://isabellaidura.blogspot.com
Kelaka la. Hehehe. Anyway good idea. Salam kenal.
ReplyDeleteHttp://isabellaidura.blogspot.com