Thursday, February 2, 2012

Tahan Ke?

Sampai saja aku kat rumah balik kerja malam tadi, terus disapa oleh kakak jiran.

"Baru balik kerja ke?"
"Ha'ah kak."

"Mana yang sorang lagi?" (Merujuk pada bekas housemateku)
"Dah transfer Selayang. Sekarang ni saya seorang je kat sini." T_T

"Ooo.. Dia dah transfer. Awak tak transfer ke sana ke?"
"Saya tak boleh transfer ke sana. Mesti tunggu projek ni siap." TT__TT

"Lama lagi ke projek ni?" 
"Phase 1 ni sampai bulan 8 ni kak." TTT____TTT

"Lama lagi tu. Boleh tahan ke jauh-jauh?" (Merujuk kepada jauhnya aku dengan my husband, Mr.J)
"Ni tengah bertahan la ni kak..." Jawabku dengan perasaan yang tetiba nak emo tak tentu pasal..

Pastu tetiba kakak tu punya anak dengan selamba bertanya ibunya, "Ibu, kakak sebelah rumah tu asyik kerja je ke? Balik pun hari dah malam." 

Tsskkk....Sungguh menusuk kalbu..

_________________________________________________________________

Memang rutinku balik kerumah antara 7 - 8 malam. Walhal rumah dengan site office hanyalah 3km. Mungkin aku memikirkan kalau aku balik awal pun apa nak buat kat rumah?

Nak tengok TV? TV takde Astro pun.

Nak masak? Aku duduk sorang je pun. Baik beli je.

Nak kemas rumah? Aku duduk sorang je pun. Takkan nak kemas rumah setiap hari.

Nak baking-membaking? Oven pulak dah bawak pergi rumah Semenyih.

So, baik aku stay kat office buat kerja. Or even takde kerja boleh layan tenet. ^_^

Mr. J memang dah berbuih mulut asyik suruh aku balik awal je kan. But for those reason given above, dia pun tak boleh nak kata apa.Hehehe.. Tapi lain cerita pulak if husband ada disisi. Of course aku akan balik awal. Nak masak untuk dia, nak iron baju dia, nak melayan dia.. Ehem ehem... >_<

Kadang-kadang aku terfikir jugak, sampai bila aku nak hidup berjauhan dengan suami? Dahlah time bercinta pun cinta jarak jauh, ni dah kahwin pun PJJ (perkahwinan jarak jauh) jugak.. Tapi nak buat macam mana. Aku terikat dengan kerja. I must complete what I've started. So, apa-apa hal akan difikirkan selepas selesai projek aku kat Bukit Gambir ni. Full stop.





2 comments:

  1. insyaALLAH cek nnt mesti dpt dok dgn suami cek

    ReplyDelete
  2. @ctah harap-harap macam tu la ceq.. doakan kami bersatu.. hehe..

    ReplyDelete