Wednesday, January 15, 2014

Third Pregnancy Check-up @ Klinik Kesihatan Beranang - #7


Masih belum terlambat kah aku nak wish "Happy New Year"?  Apa-apa pun selamat menyambut tahun baru kepada yang membaca blog ni. Moga tahun ini kita dapat menggandakan lagi amal ibadah pada Pencipta kita, Allah s.w.t.

Seperti yang maklum dalam entri sebelum ni, aku ada buat MGTT iaitu minum air gula untuk bacaan kencing manis. Result aku al-hamdulillah ok tapi ada sedikit kepelikan sehingga nurse tu suruh ulang balik test ni pada minggu yang ke-28 nanti. 

Apa yang pelik sangat tu?
Mari kita rujuk keputusan ujian air gula aku ni.

1) FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
Bacaan aku adalah : 4.0 mmol/L --> NORMAL

2) 2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal :  < 7.8 mmol/L
Bacaan aku adalah : 4.1 mmol/L --> NORMAL

Yang menjadi persoalan, kenapa selepas minum air gula reult aku tu tak naik pun. Macam aku tak minum je air gula tu kan. Adakah pankreas aku ni bekerja keras menghasilkan hormon insulin yang lebih dari mencukupi? Aku belum ada jawapan lagi pada persoalan ni. Tak sempat nak mencari. In Sha Allah akan aku kongsikan jika dapat jawapannya. Sesiapa yang sudi berkongsi, sila kongsikan untuk manfaat bersama.

Check-up kali ini pulak aku akan disuntik dengan suntikan ATT. 

Apakah itu ATT?
Anti Tetanus Toxoid (ATT) ni adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Bilakah perlunya ATT?
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-28 (aku diberi suntikan pada minggu ke 23), ibu hamil akan diberikan suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) Pertama.

Suntikan ATT Kedua akan diberikan minima jarak selama 4 minggu.. Ini bermakna pada usia kandungan ke 32 minggu atau lebih ATT kedua akan diberikan. Jarak ini penting bagi memastikan pemindahan antibodi dari ibu ke bayi berlaku dengan efektif.

Kesan sampingan ATT?
Tangan akan berasa lenguh-lenguh dalam masa 2-3 hari. Selain itu ada sesetengah orang yang demam selepas suntikan. Al-hamdulillah aku tak demam. Just tangan aku je yang lenguh.

Check-up kali ni aku dinasihatkan oleh nurse supaya mengawal berat badan. Terlebih suda~ -__-'

Sepatutnya pada bulan ni, berat badan aku maksimum hanya boleh naik 2.5kg saja, tapi berat badan aku dah naik sebanyak 3.5kg. Lebih 1kg. Nurse siap tanya, "Awak ni baru ada selera makan ke?"  Semestinya tidak lah.. Selera makan saya tak pernah tak ada sejak saya disahkan hamil.. Hoho...

Tekanan darah is normal but a bit low, 100/60. But I got a compliment from nurse about my Hb. She said I got a perfect mark for my Hb, 12.0. Susah ibu hamil ni nak maintain Hb 12.0 katanya.

Then tiba lah waktu nurse nak cek perut aku pulak. Mula-mula dia ukur perut aku dulu pakai pita pengukur. Then dia pasang alat kat perut untuk dengar hearbeat baby. Sebelum tu dia tanya samada aku dah rasa pergerakan baby aku ke belum. Semestinya aku belum lah rasa baby aku ni gerak. Then boleh pulak nurse tu cakap,"Awak ni biar betul. Dah 23 minggu ni awak tak rasa lagi ke? Patutnya dah boleh rasa". 

Habis tu nak buat macam mana. Tak kan lah aku nak tipu kata aku rasa baby gerak pulak kan. Kot lah lemak kat perut aku ni tebal sangat lah kot sampai aku tak rasa baby aku gerak. Huhuhu.. Bila nak cari heartbeat baby bukan main payah lagi nurse tu. Then dia panggil lagi seorang nurse untuk cek heartbeat baby. Aku dah mula risau dah time tu.

Datang lah seorang nurse yang muda sikit dari nurse sebelum ni. Nurse memula tu bagitau yang aku still tak rasa apa-apa pergerakan baby lagi. Nurse yang baru ni tanya aku samada ni 1st baby ke? Bila aku jawab ye, dia pun kata keadaan ni normal lah. 1st baby memang kita akan lambat rasa dia bergerak. Pengalaman dia yang baru lepas bersalin, dia pun kata yang dia rasa baby dia bergerak time dah 28 minggu. Lama kot tu. 

Nurse yang ke-2 ni dapat cari heartbeat baby aku tapi dia kata heartbeat tu hilang-hilang. Macam mana pulak boleh hilang-hilang? Aku dah confuse.. Dia kata maybe baby tu lari-lari kot bila orang nak dengar heartbeat dia. Alolololo... Comeynya anak mummy main sorok-sorok ye sayang dengan aunty nurse? Huhu.. Tak apalah, asalkan kita boleh dengar heartbeat tu ye. 

Check-up kali ni pun tak jumpa doktor. Aku dibekalkan dengan zincofer selama sebulan. Next appointment pada 10 Feb 2013.



No comments:

Post a Comment