Kali ni aku pergi terjah Kajang Plaza Medical Centre pulak untuk check-up minggu yang ke-20 ni. Kenapa nak check-up kat sini pulak? Ini kerana aku dan Mr. J mengambil keputusan untuk melahirkan anak kami disini, In Sha Allah.. Setelah puas meng'google' review orang yang bersalin di KPMC ni, pakar O&G yang menjadi pilihan aku ialah Dr. Anita Rina.
Sebelum ni, aku ada call Hospital Putrajaya untuk pakej Full Payment Patient (FPP) tu. Bila aku call nak book appointment, doktor pilihan yang ada hanyalah doktor lelaki sahaja. Satu-satunya doktor perempuan yang ada untuk FPP dah tak boleh book memandangkan dia dah ada ramai patient. Bila bincang balik dengan Mr. J, dia memang tak galakkan dengan doktor lelaki. Selagi kita boleh pilih, pilihlah doktor perempuan. Aku pun setuju jugak lah dengan dia. Bila puas mencari di alam internet, maka KPMC Kajang lah menjadi pilihan kami.
Dengan Dr. Anita Rina ni, check-up hanya boleh dibuat pada malam hari saja memandangkan pada siang hari dia bekerja di Hospital Serdang. Bagi aku memang ok sangat lah check-up waktu malam since tak lah kacau waktu bekerja aku nanti.
Pada hari kejadian, time jumpa Dr. Anita Rina tengok dia ni lembut dan ayu je memakai tudung labuh. Yakin sedikit diri aku ni jika diizinkan Allah doktor ni lah yang akan menyambut anak kami nanti. Dia just tanya sebelum ni check-up kat mana? Aku bagitau check-up kat Klinik Kesihatan. Then next visit dia suruh aku bawak buku pink tu untuk rujukan dia. Aku boleh terlupa bawak pulak buku tu. Selalu ada je menyemak kat handbag aku, tapi malam tu jugak lah buku tu tinggal kat rumah. Hmmmm...
Time scan baby lah yang paling seronok sekali. Lama jugak lah dapat tengok baby. Kali ni doktor tunjuk tangan baby, tapak kaki baby, kepala baby dan semualah aku rasa dia tunjuk. Since alat scan dia tu boleh tunjuk 3d, dia tunjuk lah kat kitorang 3d tapi tak berapa jelas sangat muka anak aku. Doktor kata dia kecil lagi dan air pun banyak sangat menyebabkan tak clear tu.. Next visit In Sha Allah boleh nampak katanya. Excited nak tengok muka anak sendiri kot-kot ada iras muka pelakon korea yang hensem/cantik nun.. haha.. Tak kesahlah muka ikut siapa pun, yang penting sihat dan sempurna anak mummy nanti kan?
Kali ni Dr. Anita Rina pun nampak jantina yang sama dengan Dr. Jamaliah nampak hari tu. Hmmmm... Dah 2 orang doktor yang kata jantina anak aku tu &*#%$. Nak tau ke apa jantina anak aku tu? Tunggu dia lahir nanti aku bagitau ye. Huhuhu..
Lots of love~~ 5 months in my tummy~
No comments:
Post a Comment