Hari Jumaat lepas masa Mr. J ambik aku kat Bukit Gambir, aku pun berborak lah dengan beliau.
Aku: "Hari ni mesti tak sempat nak tengok Gulliver's Traveller kan kat Melaka".
Mr. J : Ermmm...
Aku: "Besok nak tengok cerita The Tourist's pun mesti dah penuh dah. Tula.. Hari tu saya suruh awak beli tiket awal-awal. If besok nak pergi tengok baru nak beli tiket mesti tak dapat punya".
Dan dengan tiba-tiba Mr.J mengeluarkan 2 keping tiket cerita The Tourist's yang telah dibeli beliau. Aku pun terkejut jugak la. Tak pernah-pernah lah beliau dengan begitu rajin nak membeli tiket wayang. Tiba-tiba pada tahun baru ni dah berubah sikap. Azam baru kah? Rasa sangat terharu dengan tindakan beliau. >.<
Mesti ada orang yang feel like "Entah apa-apa. Benda tu pun nak rasa terharu".
Tapi pada aku sekecil mana pun tindakan beliau akan menyebabkan aku terharu dan feel more blessed for having him by my side. Seseorang yang tak suka tengok movie macam Mr. J sanggup melayan karenah aku yang sangat kaki wayang ni. So sweet of him~~ ^^
Aku selalu mengimpikan Mr. J menunjukkan sifat romantisnya padaku.
Tapi malangnya Mr. J bukanlah seorang yang romantik @ romantis. T_T
Satu persoalan yang timbul disini. Pentingkah sifat romantik pada diri pasangan kita? Haruskah kita menyenaraikan sifat romantik sebagai salah satu ciri yang perlu ada pada pasangan hidup kita? Terpulang pada individu itu sendiri.
Pada aku, cukuplah kalau dia menyayangi aku seadanya aku dan dapat membimbing aku ke jalan yang lebih baik. Dia tak romantik?? Tak ada masalah. Dia akan belajar menjadi romantik jika dia menyayangi dirimu seadanya. Percayalah.. He will try to make you laugh when you are not in a good mood. He will protect you when you need it. He will be your hero's whenever you need him. What is that for? It's all because he love you. And because he love me, I'll living to love him. ^^
I'll living to love you, Mr. Jamaludin Azmi ^_^
Insya-Allah
Insya-Allah
No comments:
Post a Comment