Entri ini bukanlah untuk bercerita pasal Parameswara yang memerintah Melaka zaman dulu kala ye adik-adik. Tapi adalah entri untuk bercerita pasal makan-makan kat kedai di Umbai, Melaka.
Semalam (6/1/2011) aku dan geng-geng ofis ISB telah pergi menjamu selera di Umbai sempena meraikan seorang staf yang nak meninggalkan ISB. Patut meraikan ke meratapi? Tidaklah sampai ke tahap meratapi, cuma nanti mesti ada rasa kekosongan kat kerusi sebelah aku ni nanti. Ermmmm... Tiba-tiba rasa benci pulak. T_T
Oklah, tak mau sedih-sedih. Tanpa membuang masa lagi, saya memperkenalkan staf-staf ISB yang mengikuti rombongan meraikan Solehudiin. (Bajet kau ni pengacara AF ke apa ^^)
Ini lah kedai makan yang menjadi tempat kami melantak di Umbai. Kenapa nama dia Parameswara? Jangan tanya aku.. Maybe kedai ni cucu cicit dia punya ke? huhu..
Ini Mak Mida. Orang yang tiap-tiap hari memasak untuk kami di office ^^
My site clerk Ina yang sangat ayu pada luarannya tapi sangat ganas pada dalamannya. Betul tak Ina?? ^^
Time ni Ina ngah lapar. Tengok muka dia pun macam nak telan Mak Mida hidup-hidup ^^
Ini adalah our driver merangkap our bank sebab dia yang belanja kami makan ^^ Tak dapat ambik gambar dia depan-depan sebab beliau adalah sangat pemalu (pemalu kah?wth)
Ini adalah saya. Macam kanak-kanak periang yang baru lepas minum ribena..huahaha..
Desert ni adalah hidangan pertama yang sampai di meja kami.
Then rempah-rempah yang aku tak tau apa kejadahnya ni..
Ini adalah lala. Sama spesis dengan kerang dan seantero dengannya. Masak apa tu aku kurang pasti.
Udang masak black pepper kot :)
Ikan siakap masak tiga rasa. Tapi lebih kepada rasa manis kot aku rasa.
Ini sotong goreng tepung. Ini saya suke ^_^
Antara hidangan yang Parameswara masak. Apa jadah Parameswara nak masak untuk kau lak kan? Tiba-tiba terbayang Parameswara keluar dari makamnye dan terus memasak untuk kami..Tssskk..So scary..
Lupa nak kenalkan tadi. Ini lagi seorang site clerk aku, Eton. Dia adalah juara makan-makan pada malam itu. Bak kata our driver, "MAJLIS".. Hhehehe..Jangan marah ye ton. Nanti kena jual.. ^^
Kesimpulannya makanan kat kedai tu sedap jugakla. Tapi aku tak berapa suka ikan siakap dia. Rasa manis semacam je.
Rasa dah lama tak bersosial dengan kawan-kawan malam-malam ni. If dulu time belajar selalu jugak la hu-ha malam-malam. Bila dah kerja ni rasa malas. Baik duduk kat rumah rehat. Tu yang badan pun asyik lemah je. Kurang bergerak. Chewah saja nak bagi alasan kurang bergerak lak padahal kau boleh je exercise kat rumah. Kata pun ada skipping kan. Memang hipokrit betul la.. T_T
No comments:
Post a Comment