Tuesday, January 11, 2011

PARAMESWARA

(Entri yang sepatutnya dipost pada 7/1/2011 hari tu tapi disebabkan tersangat "busy", so telah terlupa untuk mengepost entri ini).

Entri ini bukanlah untuk bercerita pasal Parameswara yang memerintah Melaka zaman dulu kala ye adik-adik. Tapi adalah entri untuk bercerita pasal makan-makan kat kedai di Umbai, Melaka.

Semalam (6/1/2011) aku dan geng-geng ofis ISB telah pergi menjamu selera di Umbai sempena meraikan seorang staf yang nak meninggalkan ISB. Patut meraikan ke meratapi? Tidaklah sampai ke tahap meratapi, cuma nanti mesti ada rasa kekosongan kat kerusi sebelah aku ni nanti. Ermmmm... Tiba-tiba rasa benci pulak. T_T

 Oklah, tak mau sedih-sedih. Tanpa membuang masa lagi, saya memperkenalkan staf-staf ISB yang mengikuti rombongan meraikan Solehudiin. (Bajet kau ni pengacara AF ke apa ^^)


Ini lah kedai makan yang menjadi tempat kami melantak di Umbai. Kenapa nama dia Parameswara? Jangan tanya aku.. Maybe kedai ni cucu cicit dia punya ke? huhu..


Ini Mak Mida. Orang yang tiap-tiap hari memasak untuk kami di office ^^


My site clerk Ina yang sangat ayu pada luarannya tapi sangat ganas pada dalamannya. Betul tak Ina?? ^^


Time ni Ina ngah lapar. Tengok muka dia pun macam nak telan Mak Mida hidup-hidup ^^


Ini adalah our driver merangkap our bank sebab dia yang belanja kami makan ^^ Tak dapat ambik gambar dia depan-depan sebab beliau adalah sangat pemalu (pemalu kah?wth)


Ini adalah saya. Macam kanak-kanak periang yang baru lepas minum ribena..huahaha..


Desert ni adalah hidangan pertama yang sampai di meja kami.


Then rempah-rempah yang aku tak tau apa kejadahnya ni..


Ini adalah lala. Sama spesis dengan kerang dan seantero dengannya. Masak apa tu aku kurang pasti.


Udang masak black pepper kot :)


Ikan siakap masak tiga rasa. Tapi lebih kepada rasa manis kot aku rasa.


Ini sotong goreng tepung. Ini saya suke ^_^


Antara hidangan yang Parameswara masak. Apa jadah Parameswara nak masak untuk kau lak kan? Tiba-tiba terbayang Parameswara keluar dari makamnye dan terus memasak untuk kami..Tssskk..So scary..


Lupa nak kenalkan tadi. Ini lagi seorang site clerk aku, Eton. Dia adalah juara makan-makan pada malam itu. Bak kata our driver, "MAJLIS".. Hhehehe..Jangan marah ye ton. Nanti kena jual.. ^^

Kesimpulannya makanan kat kedai tu sedap jugakla. Tapi aku tak berapa suka ikan siakap dia. Rasa manis semacam je. 

Rasa dah lama tak bersosial dengan kawan-kawan malam-malam ni. If dulu time belajar selalu jugak la hu-ha malam-malam. Bila dah kerja ni rasa malas. Baik duduk kat rumah rehat. Tu yang badan pun asyik lemah je. Kurang bergerak. Chewah saja nak bagi alasan kurang bergerak lak padahal kau boleh je exercise kat rumah. Kata pun ada skipping kan. Memang hipokrit betul la.. T_T


Monday, January 3, 2011

Romantik kah?

Hari Jumaat lepas masa Mr. J ambik aku kat Bukit Gambir, aku pun berborak lah dengan beliau.


Aku: "Hari ni mesti tak sempat nak tengok Gulliver's Traveller kan kat Melaka".
Mr. J : Ermmm...
Aku: "Besok nak tengok cerita The Tourist's pun mesti dah penuh dah. Tula.. Hari tu saya suruh awak beli tiket awal-awal. If besok nak pergi tengok baru nak beli tiket mesti tak dapat punya".


Dan dengan tiba-tiba Mr.J mengeluarkan 2 keping tiket cerita The Tourist's yang telah dibeli beliau. Aku pun terkejut jugak la. Tak pernah-pernah lah beliau dengan begitu rajin nak membeli tiket wayang. Tiba-tiba pada tahun baru ni dah berubah sikap. Azam baru kah? Rasa sangat terharu dengan tindakan beliau. >.<

Mesti ada orang yang feel like "Entah apa-apa. Benda tu pun nak rasa terharu".

Tapi pada aku sekecil mana pun tindakan beliau akan menyebabkan aku terharu dan feel more blessed for having him by my side. Seseorang yang tak suka tengok movie macam Mr. J sanggup melayan karenah aku yang sangat kaki wayang ni. So sweet of him~~ ^^

Aku selalu mengimpikan Mr. J menunjukkan sifat romantisnya padaku.

Tapi malangnya Mr. J bukanlah seorang yang romantik @ romantis. T_T

Satu persoalan yang timbul disini. Pentingkah sifat romantik pada diri pasangan kita? Haruskah kita menyenaraikan sifat romantik sebagai salah satu ciri yang perlu ada pada pasangan hidup kita? Terpulang pada individu itu sendiri.

Pada aku, cukuplah kalau dia menyayangi aku seadanya aku dan dapat membimbing aku ke jalan yang lebih baik. Dia tak romantik?? Tak ada masalah. Dia akan belajar menjadi romantik jika dia menyayangi dirimu seadanya. Percayalah.. He will try to make you laugh when you are not in a good mood. He will protect you when you need it. He will be your hero's whenever you need him. What is that for? It's all because he love you. And because he love me, I'll living to love him. ^^


I'll living to love you, Mr. Jamaludin Azmi ^_^
Insya-Allah



Sunday, January 2, 2011

Azam Baru 2011

Setelah lama berfikir tentang azam baru aku, I have nothing in my mind. This is it.. Aku tiada azam baru..

Kenapa perlunya ada azam baru pada tahun baru?

Suka hati aku lah nak ada azam baru bila-bila pun. Tak payah nak ada spesifik masa. Kena tahun baru, baru boleh ada azam baru kah? Tu pendapat aku lah. Seperti yang pernah aku bagi tau kat sini, rambut sama hitam hati lain-lain. ^^

Walau bagaimanapun, aku still ada benda jugak yang nak dicapai pada tahun 2011 ni iaitu I'm Getting Married This Year. I'll pray for that time. 9/9/11 tolong datang dengan cepat. huhu.. Ada rasa nak lempang tak statement tuh?

Yesterday when I was sent my little sister at UiTM Shah Alam, I saw this car with this plate number. Lepas tu aku pun terus la jerit kat Mr. J, "B, tengok tu kereta tu. No plate dia 2425 la". Then Mr. J pun tengoklah kereta tu.

Ok. Thic picture tak berapa nampak kan nombor tu.


This picture shows the number very clearly. 2425 ^^

Then my little sis shout like this, "Jamal Love Hazwani". But right after that, she shout "Jamal Love Hanani" pulak. Budak ni memang nak kena sekeh. Apasal nak love dia pulak. Mr. J kat sebelah aku pun sengih je. Huhu.. ^^

Apa salahnya kan, abang ipar sayang adik ipar. Macamkan dah jadi abang ipar. ^^

Kan best if aku dapat nombor plate kereta tu. JLH 2425. Jamaludin Love Hazwani 2425. Ngeh ngeh.. ^^ Tapi without those thing pun, Jamaludin memang love Hazwani pun. Exactly like Hazwani love Jamaludin. Tetiba rasa macam geli geleman pulak kat statement tu. Pastikan kat sebelah korang ada baldi merah untuk menadah muntah korang akibat baca statement tu.. ^^

Ooo ye..Bagi sesiapa yang tertanya-tanya what the hell is the number 2425 meaning for me. It does have a very sentimental value for me and Mr. J. 24 stand for Mr. J's birthday that is 24/5/85 and 25 stand for my birthday that is 25/9/85. So sweet isn't it? Ada rasa annoying tak kat statement tu? Hahaha..

Full stop.