Monday, May 17, 2021

Aidilfitri 2021


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu di blog ku yang sendu ini. Sedikit throwback ye. Last update from me in this blog was 2018. It was a story about delivering my 1st princess, Dian Medina. Now she's already have a baby sister, Dian Marissa which is now 1 years and 5 months old. Hmmmmm... Later I story2 about my experience delivering a second princess (hopefully last child --- hahaha)..

Today was already 5th Syawal. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan maya, sahabat dan saudara mara yang membaca blog ini.

Sebenarnya sangat-sangat rindu untuk menulis di blog ini. Tapi bila dah ada 4 orang anak yang semuanya inginkan perhatian mommy yang hanya seorang ni....😩 Harap faham apa yang sebenarnya ingin ku sampaikan. 😆

Hopefully this post will be a booster for me to continue publishing some good info in this blog, InsyaAllah.



Tema Royal Blue giteww 💓💓💓

        

          Love~



 

Wednesday, June 27, 2018

Dian Medina

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni genap tiga bulan aku melahirkan my only baby girl. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. So macam biasalah setiap kelahiran anak-anak memang akan aku coretkan kat blog sebagai tanda ingatan. Harap-harapnya dapat memberi manfaat pada yang membaca dan pada masa akan datang diharap anak-anak aku akan baca blog mommy diorang ni.

Perkara yang paling membuatkan kelahiran anak aku kali ni bermakna sama macam abang nombor 2 dia, Danish Hadif ialah kedua-duanya lahir sehari selepas mak aku datang dari Sabah. Sweet sangat kan pe-el dua-dua ni. Maybe sebab time my first born lahir, mak aku datang selepas aku bersalin. Haha.. Yang penting, semuanya dah selamat.



27 Mac 2018


Selepas solat Subuh aku dah start rasa contraction, tapi tak kerap. Aku pun tak count masa contraction tu sebab jarak masa dia jauh kot. Then pukul 9 pagi, ada show blood kat panties. Sama macam abang-abang dia jugak tandanya. Sebagai mommy yang dah ada 2 kali pengalaman beranak, aku dengan tenangnya pun bersiap nak ke hospital. Bila kami anak beranak dah siap, mak aku yang terkejut tanya kitorang bersiap cun-cun ni nak pergi mana? Bila aku jawab nak pergi beranak, terkejut beruk orang tua tu. Dia kata, "Bontot mama tak panas lagi duduk kat rumah ni".. Huhu.. Mana taknya, flight dia sampai jam 12.++ tengah malam. Then kitorang sampai rumah almost jam 2 pagi. Lepas tu pulak pagi-pagi dah rasa sakit nak beranak. Memang terbaik percaturan Allah s.w.t untuk aku.

Hospital Putrajaya @ 11am

Kami sampai ke Hospital Putrajaya jam 11 pagi. Aku terus je ke Dewan Bersalin, bagitau nurse yang contraction dah datang and dah ada tanda-tanda nak bersalin. Nurse bagitau yang wad kat Hospital Putrajaya penuh dan maybe aku akan ditransfer ke hospital lain. Aku pun request Pusat Bersalin Berisiko Rendah since anak nombor 2 aku pun bersalin kat sana.

Then doktor cek aku and dia tanya history sepanjang pregnant. Bila confident yang pregnancy aku ni memang tak berisiko, barulah direcommend ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah tu. Bila cek bukaan rahim, dah 3cm dilated dah pun.

Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Precint 8 @ 1pm

Merasa lagi aku naik ambulans untuk kali kedua. First time masa nak bersalinkan yang nombor 2 tu. Aku sampai kat Pusat Bersalin pukul 1pm. Dapat bilik yang sama macam previously. Time ni memang dah lapar sebab breakfast tadi makan roti je. Aku suruh husband bawak mak dan anak-anak pergi lunch and tapaukan sekali lunch aku since kat Pusat Bersalin tu baru lepas serve makanan kat patient pukul 12 tengahari. Masa ni contraction aku still tak regular lagi. Masa contraction tu kadang 20minit, kadang 40 minit, kadang 10minit and still bearable sakit dia.

Pukul 3.30pm, aku suruh husband bawak balik mak and anak-anak then datang sini balik. Pukul 5pm tu contraction dah makin kerap like every 5 to 10minutes. Solat Asar pun memang dah tak khusyuk sampai nak berdiri pun aku paut katil. Harap-harap diterimalah solat aku. Yang bestnya kat Pusat Bersalin ni, nurse tak adalah berkali-kali nak cek bukaan rahim tu. (Malu tau kena seluk walaupun perempuan yang seluk and walaupun dah dua kali beranak). Nurse cakap, panggil je dia kat depan kalau kita rasa dah sakit sangat and nak cek bukaan. So, aku pun selagi boleh bertahan aku tahan and tunggu sampai rasa sakit 'sangat' tu datang.

Dewan Bersalin @ 5.30pm

Jam 5.15pm, aku panggil nurse suruh cek bukaan rahim since memang dah tak tertahan sakitnya. Bila cek dah 7cm dilated, so ke Dewan Bersalin lah kita. Yang bestnya aku jalan kaki ok ke Dewan Bersalin tu. Nurse tu tanya aku, "Nak naik wheel chair ke? Nampak boleh jalan lagi ni." Aku pun bila dengar ayat last tu dengan confidentnya kata boleh je jalan. Ambik ko, separuh jalan dah gigil menahan contraction. Habis tangan nurse tu ku picit. Husband sampai time aku tengah berjalan ke Dewan Bersalin. Terus dia tanya kenapa tak naik wheel chair? Aku dah tak daya nak menjawab dah.

Yang lagi bestnya, aku sampai je kat Bilik Bersalin tu wheel chair pun sampai. Apa function ku pun tak tahu. Nasib baik lah dari bilik aku ke Dewan Bersalin tu tak jauh sangat. Tak jauh pun gigih aku doa supaya janganlah tercicir anak kat tengah jalan. Haha..

Aku sampai je kat Dewan Bersalin, nurse tanya dah berak ke lepas lunch tadi? Memang belum lah kan. Aku ni bukannya sejenis yang terus berak lepas makan. Kalau berak lepas makan tu is my husband. Sejenis aku ialah simpan makanan 2-3 hari baru berak. Haha.. Then nurse tu kata, "Ok, kalau tak berak lagi kita akan bagi awak ubat berak lepas tu awak berak je kat sini." Aku pun dalam keadaan yang tengah menahan sakit, ingatkan ada toilet kat dalam Dewan Bersalin ni. Lepas je nurse masukkan ubat berak, memang terus rasa nak terberak. Aku cakap kat nurse yang aku dah rasa nak berak. Dia kata, "Ok, awak berak je". I was like, WHAT THE FISH??? Berak kat sini means berak kat atas katil okay. Dah lah husband ada kat tepi. Apa lagi, terus ku halau dia keluar. Ingat aku tengah sakit-sakit ni tak ada rasa malu ke? Malu kot!!!

Time nurse suruh berak tu aku risau nak berak sebab takut yang keluar tu baby. Tapi memang yang keluar tu bukan baby la kan. Bila dah sudah membuang, boleh pulak nurse tu cakap, Ok bagus!! Memang taboleybla.. Lepas sudah membuang, nurse pun tukar sheet yang baru. Lepas tu jugak, nurse angkat kaki aku terus suruh aku meneran. Aku pun terkujat la, "Aik, tak kasi aku rehat dulu ke lepas membuang?" Haha.. Proses meneran kali ni memang yang paling mudah aku rasa. Start teran 5.45pm, baby keluar 5.50pm. Baby kali ni keluar automatically air mata aku pun keluar. Macam ada rasa sayu sikit. (Adakah sebab ini baby last? Huhu..)

Bila nurse angkat baby tunjuk kat aku tanya apa gender dia, dengan sebaknya aku jawab "Gegirl". Bila baby diletakkan atas dada aku, lagi sebak aku rasa. Aku rasa sangat-sangat bersyukur dikurniakan seorang bayi perempuan pelengkap keluarga kecil kami ini. Bersyukur kerana menjadi insan terpilih untuk merasa kebahagiaan ini meskipun diri tak lekang dengan dosa.

Bersalin kali ni memang dipermudahkan. Dahlah proses meneran senang, proses jahit pun tak menyakitkan macam previously. Nurse dah cakap, "Koyak sikit je ni tapi kita jahit jugak ye". Aku pun ye kan je lah. Takkan nak biar tak dijahit. Nanti longgar kesian husband hakak. Opps.. Haha..

Bilik Wad @ 8pm

Dah selesai proses dokumen dan uri pun dah diserahkan pada husband, aku dan baby pun dihantar ke bilik untuk berehat. Tinggallah aku berdua dengan baby je. Malam tu memang baby every hour bangun menyusu and poopoo. Baby pun sangat pandai latch. Senang mommy. Alhamdulillah jugak kat Pusat Bersalin ni, kat dalam bilik ada bilik air siap dengan water heater tau. Selesa sangat.


28 Mac 2018

Pagi-pagi nurse datang cek both mommy and baby. Tanya if mommy and baby dah buang air kecil and poopoo. Aku of course lah belum poopoo lagi but Alhamdulillah baby dah buang air kecil and dah poopoo pun. Mana taknya selepas je dia lahir every hour dia akan bangun nak susu and nak poopoo tau. Dari poopoo color hitam sampailah siang tu poo-poo dah color hijau kekuningan. 

Thats why baby kali ni jaundice tak berapa tinggi sangat. Maybe sebab dia kerap bangun untuk menyusu and membuang. Abang-abang dia sebelum ni memang lepas lahir suka nau tidur. Aku yang kena paksa diorang bangun untuk menyusu. Itu pun kadang-kadang bila dah sua nenen boleh diorang buat dek je tak nak bukak mulut. Adoyai.. Kecik-kecik dah tau tidur tu nikmat kan. Haha..

By noon tu Alhamdulillah both mommy and baby dah boleh discharge.

 Fresh from my tummy


1 months old

 2 months old

 3 months old

  Dian Medina first Raya

 Dian Medina with mommy







Friday, December 29, 2017

Young Living Essential Oil

Aku ni sebenarnya memang suka sangat dengan produk kesihatan ni. Currently I am Shaklee Distributor. Early this year, berminat pulak nak mencuba produk Young Living. 

Kenapa Young Living?

Sebenarnya aku memang mencari produk kesihatan yang natural untuk kesihatan kami sekeluarga. Bukan nak kata Shaklee tak natural. I am very confident with Shaklee. But besides of supplement yang ditelan, I need something untuk luaran.

Apa Masalah?

My husband selalu sangat pening kepala. I really hate a fact that he is depend on a panadol actifast to cure it. My 1st son is 3 years old this year and I really worried about his speach. Belum ada proper word yang dia boleh sebut and his eye contact also tak ada. Bila kita cakap dengan dia, he always mengelak dari bertentang mata dengan kita. I never brought him to autisme assessment. I assest sendiri je pakai google. Aku yakin dia bukan autisme, cuma got speech delay problem. My 2nd son pulak got a severe eczema. Kulit dia a bit sensitive sikit.
Then I came across to this Young Living. Perkara yang paling menarik perhatian aku is in Young Living, they have oil that can improve Speech Delay problem on kids. REALLY? Aku agak skeptikal di situ. Then they said they have oil for Autisme also.. WHAT? This is INSANE..! I really need to study about this Young Living. Korang pernah dengar pasal Essential Oil tak?

Essential Oil

Bila aku start kaji pasal Young Living, I learn about essential oil. What exactly is essential oil. What oil can do to our body, to our health, to our beauty, to our environment and much more. Then aku try pulak compare most of pengeluar essential oil di dunia ni. Most of the time I google, mesti akan keluar Young Living Essential Oil. I really impressed with their logo, seed to seal. Maknanya, dari benih tumbuhan tu lagi Young Living dah jaga naturally supaya oil yang akan terhasil nanti organik, bebas dari chemical berbahaya. Interesting kan?
Then Young Living is the only one that have the biggest farm and they open their farm to those yang tak percaya diorang punya logo seed to seal tu. Siapa-siapa yang tak percaya tu, sila beli tiket and go visit their farm okeh..

Young Living Member

Dipendekkan cerita, aku pun register lah jadi member Young Living. Time tu aku ambil Premium Starter Kit + Vetiver + V6 Oil + Kidscent Toothpaste. My silver leader yang baik hati bagi free oil Orange + Cedarwood.
Setelah hampir setahun menjadi pengguna Young Living, alhamdulillah banyak peningkatan pada keluarga kecil kami. Yang paling nampak kesan is my son punya speech problem. Now, he is really a talkative guy despite of his pelat. Always want to say a word. His eye contact with us is improved. He even can make a simple sentence now. Oh my! Praise to Allah! Mommy really impressed.
Bila anak-anak nak demam, mommy just apply oil to them. Then demam tu pun akan malu-malu jugak nak keluar. Save duit dan masa pergi klinik. Tak payah seksa nak telan ubat pahit bagai kan. But still, kalau ada tanda-tanda luar biasa tu, pergi jugaklah seek doctor opinion. This essential oil is just one of our usaha selain ubat-ubatan moden ni.



Wednesday, December 27, 2017

Ramalan Jantina Bayi Dalam Kandungan

Mostly wanita bila dapat tahu je mengandung, mesti akan tertanya-tanya jantina anak dalam kandungan samada lelaki ataupun perempuan. Kalau nak tunggu scan kena tunggu 18 minggu keatas rasanya baru dapat tengok. Like my previously pregnancy, 18 minggu tu memang confirm dah Dr. Anita nampak 'bebird' anak-anak aku tu. Huhu..

Kalau korang jenis yang tak sabar macam aku, boleh je gunakan ramalan jantina berdasarkan kalender cina. Tak ada bukti saintifik pun yang mengesahkan ramalan jantina ni tepat. Tapi sebab kita just ada 2 choices - whether its a boy or girl - 50% dah tentu betul, ye tak? Apa pun, it is just for fun ok? Janganlah 100% percaya and then bila tak dapat apa yang diramalkan, frust menonggeng. Allah nak bagi rezeki anak pun dah syukur Al-hamdulillah.

Carta Ramalan Jantina Bayi Cina Purba


Ada 2 maklumat yang diperlukan:
  • umur mengikut kalender Cina (Chinese Lunar Age) semasa mengandung
  • bulan kalender Cina (Chinese Lunar Month) semasa persenyawaan berlaku

Klik sini kalau nak kira umur korang ikut kalender Cina.


Masukkan tarikh lahir dan tekan butang untuk kira.


Bila dah tahu umur mengikut kalender Cina, boleh gunakan kalkulator carta kuno Cina untuk meramal jantina bayi.

Klik sini untuk tahu jantina bayi dalam kandungan.

Masukkan umur mengikut kalender Cina yang korang dah dapat tadi, and masukkan bulan pertama mengandung (bulan persenyawaan).

"Contoh: Umur aku ikut kalender Cina 33 tahun. Hari pertama period last sebelum mengandung adalah pada 24 Jun 2017. Maknanya bulan pertama mengandung adalah bulan Jun (bulan persenyawaan)."

Keputusan ramalan jantina my baby is ...... TADA!!!!!



Dapat baby gegirl uolllz.. Haha.. Seronok kan? Kalau dapat memang Alhamdulillah. Sebab dah dikurniakan dengan 2 boboi, so kalau dapat seorang gegirl ni memang anak abah la jawabnya.. 😜

Meh kita tengok pulak ramalan kuno Cina ni masa aku pregnantkan Darwisy and Danish dulu.

Yang ni time Darwisy. Memang betul dapat Boy.

Yang ni pulak time Danish. Ikut chart ni patut Girl, tapi yang keluarnya is boy.

See..! Like I told previously, ramalan ni is 50-50. So aku anggap ini sekadar penyedap hati untuk ibu-ibu mengandung. 

Carta ramalan jantina bayi Cina kuno ni dikatakan 95% tepat. Kalau tak betul mungkin adalah disebabkan: 
  • Tak guna umur ikut kalender Cina
  • Salah kira bulan bayi disenyawakan

So, selamat mengira untuk sesiapa yang mencuba menggunakan carta ramalan jantina bayi Cina kuno ni. Ingat! Untuk seronok-seonok je tau.

Gender Prediction Tester


Makin canggih dunia sekarang. Jangan tak tau sekarang ni ada pula Test Jangkaan Jantina. Untuk yang tak tau, test ni sama je dengan Urine Pregnancy Test tu. Cuma bezanya kalau pregnancy test akan keluar result samada single atau double line. Gender prediction tester ni pulak result dia akan keluar line biru untuk boy dan line merah untuk girl. Best ke best? Of coz best!

Aku punyalah excited bila tau pasal test ni. Baru je tau pregnant hari tu, terus beli tester gender ni pulak. Sesiapa yang berminat boleh terjah IG @niababyworld. Tester ni seawal 5weeks of pregnancy dah boleh buat tau.

 Gender Prediction Tester


Result aku. Line merah means Gegirl.


Scan Gender di KPMC, Kajang


Appointment pertama dengan doktor favourite aku kat KPMC, Dr. Anita adalah waktu usia kandungan aku 22weeks. Bila dia scan je baby terus aku pun dengan sopan santunnya tanya dah boleh nampak jantina baby tak? Hihi.. Dr. Anita godek punya godek punya godek dan TADA!!! Nampaklah 'bunga' dia. Eh? 😂😂😂 

In Sha Allah girl katanya.

So sekarang mommy, abah dan abang-abang awak just boleh tunggu awak keluar je la ye Baby D. Apa-apa pun jantina awak, kami tetap terima dengan syukur dan gembira. Kita kan satu family. 💕💕💕










Friday, December 22, 2017

My 3rd Pregnancy. Or Maybe 4th?

It started around month of August 2017.

My period actually bukanlah jenis regular period. But 2 months before raya, period tu datang regular pulak every month. Siap boleh confident yang this year punya puasa pun dapat puasa full. But last day of puasa my period pun datang. That is the last period I got before I know Im pregnant.

Then bulan July, my period tak kunjung tiba. But aku tak ada lah rasa cuak sangat sebab I know that my period memang tingtong. Then bila August pun still my period tak datang jugak, I feel something fishy. Memang time tu sixth sense kaum wanita ni terus je confident pregnant. Aku wat lek wat pis dulu. Almaklumlah, dah berpengalaman katakan. 

Tetiba ada satu malam tu bila Mr. J balik rumah, dia belikan 2 sets of pregnancy test. Awww.. So suwiit of you hubby! Besoknya, bila test memang sah-sahla double line tu keluar. Clean n clear lagi tau. Takde blur-blur punya. So, tiada sebarang keraguan yang akan lahir lagi zuriat kami yang ketiga, In Sha Allah. 

Kali ni tak ada pun rushing nak pergi bukak buku pink. Aku tunggu lepas 1st trimester baru nak pegi bukak, which is end of September. Tapi lepas tau je pregnant, aku tanpa lengah memang terus beli vitamin Shaklee. Aku ni jenis bukanlah pemakan yang berkhasiat sangat. So, memang kena bergantung sikit la pada supplement ni untuk melengkapkan nutrisi. I consume B-complex, Vita-C, Vita-Lea and Ostematrix. Omega pulak aku ambil lambat sikit. 5 months above baru start makan.

Pregnancy kali ni actually lebih kurang sama je dengan previous pregnancy. NO alahan and NO morning sickness yang menyebabkan aku sangat-sangat lah bersyukur dipermudahkan. Bukannya apa, kalaulah aku lembik on this time pregnancy, siapa pulak nak jaga 2 hero sedia ada aku ni? Cuma aku cepat letih and mengah. Maybe tak cukup stamina. Yeke? Huhu..


1st appointment with Klinik Kesihatan Beranang. Panjang lebar nurse ngan doktor conteng buku pink tu.. 😂 Tapi paling win tang scan nya. Tak nampak apa pun. Tak tau la kalau dari sisi mata doktor tu dia nampak kan.. Huhu..


Yang ni 1st time appointment ngan Dr Anita kat KPMC Kajang. Sebaris je dia conteng buku pink tu. Tang scan pulak memang best. Dia explain tu macamlah aku paham sangat kan. Memang beza la scan gomen ngan swasta. Kata pun berbayar vs percuma kan? Tapi tu dari segi scan je. Bab yang lain, gomen memang superb and detail. 

 
Hello there my dear baby D. 
Semoga sihat dan ceria selalu dalam perut mommy. Walaupun dah anak yang ke3, perasaan time scan tu memang excited macam anak 1st jugak. 😍



Alhamdulillah diberi peluang lagi oleh Allah untuk mengandung buat kali ke-3. But if we include miscarriage yang 1st dulu, this is my 4th pregnancy actually. Semoga dipermudahkan buat aku dan my baby sehingga selamat melahirkan nanti. Aamiin..

Monday, March 6, 2017

Danish Hadif Birthday Celebration

Assalamualaikum w.b.t..

Pada 4 Mac 2017, aku ngan Mr. J decide nak buat makan-makan among our family sempena meraikan 1st birthday of my second son Danish Hadif. Mula-mula tu ingat nak buat kat rumah - Tempah banner and candy buffet segala, siap nak ada choc fountain lagi.😄 Tapi direject oleh both Mr. J and my mom. Leceh and penat katanya. 

Then next option nak buat sama dengan abang Darwisy dulu @ Floral Kafe Ampwalk. But I'm rejected it because harga dah naik. Gila nak spent untuk hitea buffet RM50 per person. Dulu time abang Darwisy baru RM30++, quite reasonable jugakla. Hmm..

Lastly celebrate sajo kat Ayer 8. Kebetulan Ayer 8 located betul-betul belakang Pusat Bersalin Berisiko Rendah which was tempat lahir adik. So here we are adik, back to one year ago where you was born, lets just celebrate it here. 😝

I choose Restoran Arab Al-Maeda sebab sebelah restoran ni ada segala macam mak nenek ride and giant bubble. So lepas makan petang tu bolehlah kita beridah pulak. Makanan kat restoran ni standard mana-mana restoran arab. Lebih kurang sama je rasa. The price also reasonable.



- Our lovely birthday boy - 


- Black Forrest Cake -



-This foil balloon I bought from Waww Balloon. Kedai dia ada kat Sg Kantan, Kajang. This one is RM20. Aku beli jugak 6pcs balloon biasa (white & blue color) which is RM3.50 per pcs including helium gas. Harga quite reasonable berbanding time kat Floral Kafe I've spent RM70 for 10pcs balloon biasa including helium gas - 




- Me and my 3 heroes -



- Ma Familia - 



- Full Car, 😝 -



- Darwisy Hasif in pink car, 😍 -



- Giant bubble pun ada kat sini -


Besoknya 5 Mac 2017, kami sekeluarga pergi Melaka pulak jalan-jalan. Saja bawak mama pergi makan asam pedas sedap kat Asam Pedas JR. Asam pedas kat sini memang sedap sangat sampai kadang-kadang kalau aku dengan Mr. J teringin nak makan, terus shoot je ke sini.😋 Ala, Beranang dengan Melaka sekangkang kera je. 😝 

Lepas lunch kitorang naik Menara Taming Sari pulak. Selalu je pergi Melaka tapi belum berkesempatan nak naik lagi. Kali ni sebab mama pun ada so kami pun naiklah Menara ni. Lagipun orang tak ramai. So takdelah nak tunggu lama sangat.


- With my mama -



- Inside the Menara Taming Sari with my boy, Danish Hadif -



- Turun kat bawah ada pulak jual gambar ni. RM50 sekeping gambar dengan fridge magnetic gambar ni jugak 😒 -



- Mama naik beca dengan cucu-cucunya. Aku patutnya boleh naik tapi aku kesian pulak dengan si pengayuh tu nak kayuh aku yang ringan ni 😉 -


Lepas je mama habis ronda-ronda dengan beca, hari pun macam nak hujan. Nasib baik la sempat masuk kereta sebelum hujan. Then aku macam teringin pulak nak makan kuih keria antarabangsa yang viral tu. Search kat Waze memang dia akan keluar kuih keria antarabangsa yang kat Limbongan. Mr. J dah warning awal-awal orang memang ramai beratur kat situ. Takpelah I said we try our luck first.

Tapi memang tak ada maknanya luck kitorang. Sampai je tengok kereta banyak parking kat tepi-tepi jalan and orang beratur panjang gila sambil memegang payung sebab time tu hujan. Kegilaan apakah ini??? My mom memang surrender awal-awal kata kalau macam ni tak makan pun takpe. Hmm.. Tapi kan, kalau aku ada geng yang sekepala dengan aku, aku sanggup je nak beratur. Takde hal pun.. Tapi this time, my mom and Mr. J sekepala. So I kalah..😒

Then disebabkan nak juga kuih keria ni, we try kat Batu Berendam pulak. Alhamdulillah dapat juga yang kat Batu Berendam punya. Kat sini tak payah nak beratur panjang-panjang pun, terus je boleh dapat. Panas-panas lagi youu.. Bagi aku, memang sedap lah kan kalau makan panas-panas. Aku tak boleh nak compare dengan yang kat Limbongan punya sebab aku tak pernah try that one. 

Dapat je kuih keria, kitorang pun shoot balik la. Kesimpulannya, datang Melaka ni memang nak cari makan je la.. Dasar perut tong betul. 😋😋

Thursday, March 2, 2017

Happy 1st Birthday Danish Hadif

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni, 3 Mac 2017 genaplah setahun usia my second boy Danish Hadif bin Jamaludin. Happy Birthday sayang mommy. Semoga membesar menjadi anak yang soleh. Taat pada Allah, berbakti pada agama. Mommy, abah dan abang Darwisy sayang sangat-sangat pada adik.

Sedar tak sedar jugak dah setahun dah mommy melahirkan adik. Rasa macam baru je tapi dah setahun pun sayang. Sorrylah mommy tak pernah pun cerita pasal adik kat blog mommy ni. Nanti bila adik besar kalau adik baca blog mommy ni mesti adik tanya mommy kan kenapa mommy tak tulis pasal adik. Mommy tulis pasal abang Darwisy je. Maafkan mommy mu yang ada penyakit pemalas ni ye sayang. In Sya Allah lepas ni mommy akan rajinkan diri tulis pasal adik ye.


BACK THEN

Ok lets refresh apa yang mommy ingat pasal proses kelahiran adik. Adik lahir kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8, Hospital Putrajaya. Adik lahir normal. Pagi tu mommy time mommy buang air, ada darah sikit kat underwear. Tandanya sama je dengan tanda kelahiran abang Darwisy.

Then mommy rilek je. Yelah orang dah ada pengalaman katakan. Huhu.. Mommy inform abah then kitorang pun decide nak pergi Hospital Putrajaya tengahari tu.

@ Hospital Putrajaya

Di hospital, kena tunggu around 15minute jugak before doktor datang cek mommy. Bila cek je bukaan, memang dah buka 3cm. Then doktor tanya sikit pasal history of my pregnancy. Bila dah confirm that my pregnancy is a low risk, doktor terus transfer mommy ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8. Merasalah mommy naik ambulans walaupun hanya 5 minit perjalanan. Haha..

Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8

Sampai kat sini around jam 4.30ptg lebih kurang. Alhamdulillah mommy dapat bilik single with toilet yang siap ada hot shower lagi. Lepas dah settle daftar bilik, mommy suruh abah, nenek and makcik Nani pergilah balik dulu or jalan-jalan ke Alamanda ke sebab mommy rasa maybe malam kot bersalin.

Nurse datang bilik tanya macam mana dengan contraction? Boleh tahan ke? Time ni seriously taklah rasa sakit sangat. Then lebih kurang pukul 6 ptg tu nurse datang bawak dinner. Time makan ni dah rasa lain macam. Dah rasa makin kerap contraction nya.

Tak lama tu ada sorang doktor masuk bilik then dia pelik agaknya tengok muka mommy ni menahan sakit ke menahan berak.. 😂😂 Dia pun tanya la, "Sakit ke Puan?".. Yelah doktor, tengah menahan contraction ni.. "Nak kita cek bukaan ke?".. Boleh jugakla kata mommy..

Bila cek je bukaan dah 8cm. Memang kelam kabut la semua get ready bilik bersalin kan. Lebih kurang 7pm camtu dah kena tolak pergi bilik bersalin. Mommy terus call abah. Kebetulan pun memang abah dah on the way nak datang.

Mommy ingat lagi time azan Maghrib tu lah mommy sibuk nak meneran adik. Huhu.. Kali ni mommy rasa macam lama sikit adik nak keluar berbanding abang dulu. Abang dulu sekali teran je dah keluar. Adik kena berkali teran. Alhamdulillah 7.48pm adik pun selamat keluar. Terus nurse letak kat dada mommy. Skin to skin giteww..

Lepas je abah azankan adik, abah pun pergi solat Maghrib. Time nurse buat preparation nak jahit tu, mommy tanya banyak ke koyak? Nurse kata tak banyak sangat tapi dalam sikitlah. Gerun mommy dengar. Subhanallah memang azab dijahit lebih azab dari bersalin. Terangkat-angkat punggung mommy. Nurse-nurse lah yang banyak menenangkan mommy.

Walaupun orang kata sakit bersalin tu sakit yang paling sakit selepas mati, tapi mommy tetap rasa sakit dijahit ni lah yang paling sakit berbanding sakit bersalin. Lepas je habis dijahit, abah pun datang kat mommy. Memang nangis-nangis cakap kat abah, mommy taknak beranak lagi. Cukuplah dua ni.. Sakit sangat.. 😔😔 (Time tu je la taknak. Bila adik dah setahun ni rasa nak mengandung lagi dan mengharap kali ni gegirl la pulak)

Apapun mommy bersyukur sangat adik dilahirkan dengan keadaan sempurna dan sihat walafiat. Besok petang mommy dan adik dah boleh discharge dah.. Yeay!!

@Home Sweet Home 

Tapi tak segembira itu.. Selepas 2 hari adik balik rumah, suhu badan adik tinggi. Adik demam! Mommy dah panik. Bawak adik ke klinik, doktor reject. Doktor suruh direct ke Hospital Putrajaya sebab it is not normal for newborn babies to have fever.

@ Hospital Putrajaya

Malam tu jugak ke Hospital Putrajaya. Bila doktor cek adik, they decide to put adik in ward. They have to put an antibiotic in your body for 5 days. Not to mention adik have jaundice also. Mommy decide untuk tak berkampung kat Hospital Putrajaya. Mommy nak ulang alik saja disamping pam susu adik kat rumah. Alhamdulillah lepas 5 hari, adik makin sihat dan dibenarkan discharge. Kali ni baru boleh betul-betul Yeay!! haha..

NOWADAYS














Not to forget the mommy!! 😆😆 Kasi canlah.. 


I love u so much Danish Hadif 
💕💕💕