Hari ni, 3 Mac 2017 genaplah setahun usia my second boy Danish Hadif bin Jamaludin. Happy Birthday sayang mommy. Semoga membesar menjadi anak yang soleh. Taat pada Allah, berbakti pada agama. Mommy, abah dan abang Darwisy sayang sangat-sangat pada adik.
Sedar tak sedar jugak dah setahun dah mommy melahirkan adik. Rasa macam baru je tapi dah setahun pun sayang. Sorrylah mommy tak pernah pun cerita pasal adik kat blog mommy ni. Nanti bila adik besar kalau adik baca blog mommy ni mesti adik tanya mommy kan kenapa mommy tak tulis pasal adik. Mommy tulis pasal abang Darwisy je. Maafkan mommy mu yang ada penyakit pemalas ni ye sayang. In Sya Allah lepas ni mommy akan rajinkan diri tulis pasal adik ye.
BACK THEN
Ok lets refresh apa yang mommy ingat pasal proses kelahiran adik. Adik lahir kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8, Hospital Putrajaya. Adik lahir normal. Pagi tu mommy time mommy buang air, ada darah sikit kat underwear. Tandanya sama je dengan tanda kelahiran abang Darwisy.
Then mommy rilek je. Yelah orang dah ada pengalaman katakan. Huhu.. Mommy inform abah then kitorang pun decide nak pergi Hospital Putrajaya tengahari tu.
@ Hospital Putrajaya
Di hospital, kena tunggu around 15minute jugak before doktor datang cek mommy. Bila cek je bukaan, memang dah buka 3cm. Then doktor tanya sikit pasal history of my pregnancy. Bila dah confirm that my pregnancy is a low risk, doktor terus transfer mommy ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8. Merasalah mommy naik ambulans walaupun hanya 5 minit perjalanan. Haha..
@ Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8
Sampai kat sini around jam 4.30ptg lebih kurang. Alhamdulillah mommy dapat bilik single with toilet yang siap ada hot shower lagi. Lepas dah settle daftar bilik, mommy suruh abah, nenek and makcik Nani pergilah balik dulu or jalan-jalan ke Alamanda ke sebab mommy rasa maybe malam kot bersalin.
Nurse datang bilik tanya macam mana dengan contraction? Boleh tahan ke? Time ni seriously taklah rasa sakit sangat. Then lebih kurang pukul 6 ptg tu nurse datang bawak dinner. Time makan ni dah rasa lain macam. Dah rasa makin kerap contraction nya.
Tak lama tu ada sorang doktor masuk bilik then dia pelik agaknya tengok muka mommy ni menahan sakit ke menahan berak.. 😂😂 Dia pun tanya la, "Sakit ke Puan?".. Yelah doktor, tengah menahan contraction ni.. "Nak kita cek bukaan ke?".. Boleh jugakla kata mommy..
Bila cek je bukaan dah 8cm. Memang kelam kabut la semua get ready bilik bersalin kan. Lebih kurang 7pm camtu dah kena tolak pergi bilik bersalin. Mommy terus call abah. Kebetulan pun memang abah dah on the way nak datang.
Mommy ingat lagi time azan Maghrib tu lah mommy sibuk nak meneran adik. Huhu.. Kali ni mommy rasa macam lama sikit adik nak keluar berbanding abang dulu. Abang dulu sekali teran je dah keluar. Adik kena berkali teran. Alhamdulillah 7.48pm adik pun selamat keluar. Terus nurse letak kat dada mommy. Skin to skin giteww..
Lepas je abah azankan adik, abah pun pergi solat Maghrib. Time nurse buat preparation nak jahit tu, mommy tanya banyak ke koyak? Nurse kata tak banyak sangat tapi dalam sikitlah. Gerun mommy dengar. Subhanallah memang azab dijahit lebih azab dari bersalin. Terangkat-angkat punggung mommy. Nurse-nurse lah yang banyak menenangkan mommy.
Walaupun orang kata sakit bersalin tu sakit yang paling sakit selepas mati, tapi mommy tetap rasa sakit dijahit ni lah yang paling sakit berbanding sakit bersalin. Lepas je habis dijahit, abah pun datang kat mommy. Memang nangis-nangis cakap kat abah, mommy taknak beranak lagi. Cukuplah dua ni.. Sakit sangat.. 😔😔 (
Apapun mommy bersyukur sangat adik dilahirkan dengan keadaan sempurna dan sihat walafiat. Besok petang mommy dan adik dah boleh discharge dah.. Yeay!!
@Home Sweet Home
Tapi tak segembira itu.. Selepas 2 hari adik balik rumah, suhu badan adik tinggi. Adik demam! Mommy dah panik. Bawak adik ke klinik, doktor reject. Doktor suruh direct ke Hospital Putrajaya sebab it is not normal for newborn babies to have fever.
@ Hospital Putrajaya
Malam tu jugak ke Hospital Putrajaya. Bila doktor cek adik, they decide to put adik in ward. They have to put an antibiotic in your body for 5 days. Not to mention adik have jaundice also. Mommy decide untuk tak berkampung kat Hospital Putrajaya. Mommy nak ulang alik saja disamping pam susu adik kat rumah. Alhamdulillah lepas 5 hari, adik makin sihat dan dibenarkan discharge. Kali ni baru boleh betul-betul Yeay!! haha..
NOWADAYS
Not to forget the mommy!! 😆😆 Kasi canlah..
I love u so much Danish Hadif
💕💕💕
No comments:
Post a Comment