Wednesday, June 27, 2018

Dian Medina

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni genap tiga bulan aku melahirkan my only baby girl. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. So macam biasalah setiap kelahiran anak-anak memang akan aku coretkan kat blog sebagai tanda ingatan. Harap-harapnya dapat memberi manfaat pada yang membaca dan pada masa akan datang diharap anak-anak aku akan baca blog mommy diorang ni.

Perkara yang paling membuatkan kelahiran anak aku kali ni bermakna sama macam abang nombor 2 dia, Danish Hadif ialah kedua-duanya lahir sehari selepas mak aku datang dari Sabah. Sweet sangat kan pe-el dua-dua ni. Maybe sebab time my first born lahir, mak aku datang selepas aku bersalin. Haha.. Yang penting, semuanya dah selamat.



27 Mac 2018


Selepas solat Subuh aku dah start rasa contraction, tapi tak kerap. Aku pun tak count masa contraction tu sebab jarak masa dia jauh kot. Then pukul 9 pagi, ada show blood kat panties. Sama macam abang-abang dia jugak tandanya. Sebagai mommy yang dah ada 2 kali pengalaman beranak, aku dengan tenangnya pun bersiap nak ke hospital. Bila kami anak beranak dah siap, mak aku yang terkejut tanya kitorang bersiap cun-cun ni nak pergi mana? Bila aku jawab nak pergi beranak, terkejut beruk orang tua tu. Dia kata, "Bontot mama tak panas lagi duduk kat rumah ni".. Huhu.. Mana taknya, flight dia sampai jam 12.++ tengah malam. Then kitorang sampai rumah almost jam 2 pagi. Lepas tu pulak pagi-pagi dah rasa sakit nak beranak. Memang terbaik percaturan Allah s.w.t untuk aku.

Hospital Putrajaya @ 11am

Kami sampai ke Hospital Putrajaya jam 11 pagi. Aku terus je ke Dewan Bersalin, bagitau nurse yang contraction dah datang and dah ada tanda-tanda nak bersalin. Nurse bagitau yang wad kat Hospital Putrajaya penuh dan maybe aku akan ditransfer ke hospital lain. Aku pun request Pusat Bersalin Berisiko Rendah since anak nombor 2 aku pun bersalin kat sana.

Then doktor cek aku and dia tanya history sepanjang pregnant. Bila confident yang pregnancy aku ni memang tak berisiko, barulah direcommend ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah tu. Bila cek bukaan rahim, dah 3cm dilated dah pun.

Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Precint 8 @ 1pm

Merasa lagi aku naik ambulans untuk kali kedua. First time masa nak bersalinkan yang nombor 2 tu. Aku sampai kat Pusat Bersalin pukul 1pm. Dapat bilik yang sama macam previously. Time ni memang dah lapar sebab breakfast tadi makan roti je. Aku suruh husband bawak mak dan anak-anak pergi lunch and tapaukan sekali lunch aku since kat Pusat Bersalin tu baru lepas serve makanan kat patient pukul 12 tengahari. Masa ni contraction aku still tak regular lagi. Masa contraction tu kadang 20minit, kadang 40 minit, kadang 10minit and still bearable sakit dia.

Pukul 3.30pm, aku suruh husband bawak balik mak and anak-anak then datang sini balik. Pukul 5pm tu contraction dah makin kerap like every 5 to 10minutes. Solat Asar pun memang dah tak khusyuk sampai nak berdiri pun aku paut katil. Harap-harap diterimalah solat aku. Yang bestnya kat Pusat Bersalin ni, nurse tak adalah berkali-kali nak cek bukaan rahim tu. (Malu tau kena seluk walaupun perempuan yang seluk and walaupun dah dua kali beranak). Nurse cakap, panggil je dia kat depan kalau kita rasa dah sakit sangat and nak cek bukaan. So, aku pun selagi boleh bertahan aku tahan and tunggu sampai rasa sakit 'sangat' tu datang.

Dewan Bersalin @ 5.30pm

Jam 5.15pm, aku panggil nurse suruh cek bukaan rahim since memang dah tak tertahan sakitnya. Bila cek dah 7cm dilated, so ke Dewan Bersalin lah kita. Yang bestnya aku jalan kaki ok ke Dewan Bersalin tu. Nurse tu tanya aku, "Nak naik wheel chair ke? Nampak boleh jalan lagi ni." Aku pun bila dengar ayat last tu dengan confidentnya kata boleh je jalan. Ambik ko, separuh jalan dah gigil menahan contraction. Habis tangan nurse tu ku picit. Husband sampai time aku tengah berjalan ke Dewan Bersalin. Terus dia tanya kenapa tak naik wheel chair? Aku dah tak daya nak menjawab dah.

Yang lagi bestnya, aku sampai je kat Bilik Bersalin tu wheel chair pun sampai. Apa function ku pun tak tahu. Nasib baik lah dari bilik aku ke Dewan Bersalin tu tak jauh sangat. Tak jauh pun gigih aku doa supaya janganlah tercicir anak kat tengah jalan. Haha..

Aku sampai je kat Dewan Bersalin, nurse tanya dah berak ke lepas lunch tadi? Memang belum lah kan. Aku ni bukannya sejenis yang terus berak lepas makan. Kalau berak lepas makan tu is my husband. Sejenis aku ialah simpan makanan 2-3 hari baru berak. Haha.. Then nurse tu kata, "Ok, kalau tak berak lagi kita akan bagi awak ubat berak lepas tu awak berak je kat sini." Aku pun dalam keadaan yang tengah menahan sakit, ingatkan ada toilet kat dalam Dewan Bersalin ni. Lepas je nurse masukkan ubat berak, memang terus rasa nak terberak. Aku cakap kat nurse yang aku dah rasa nak berak. Dia kata, "Ok, awak berak je". I was like, WHAT THE FISH??? Berak kat sini means berak kat atas katil okay. Dah lah husband ada kat tepi. Apa lagi, terus ku halau dia keluar. Ingat aku tengah sakit-sakit ni tak ada rasa malu ke? Malu kot!!!

Time nurse suruh berak tu aku risau nak berak sebab takut yang keluar tu baby. Tapi memang yang keluar tu bukan baby la kan. Bila dah sudah membuang, boleh pulak nurse tu cakap, Ok bagus!! Memang taboleybla.. Lepas sudah membuang, nurse pun tukar sheet yang baru. Lepas tu jugak, nurse angkat kaki aku terus suruh aku meneran. Aku pun terkujat la, "Aik, tak kasi aku rehat dulu ke lepas membuang?" Haha.. Proses meneran kali ni memang yang paling mudah aku rasa. Start teran 5.45pm, baby keluar 5.50pm. Baby kali ni keluar automatically air mata aku pun keluar. Macam ada rasa sayu sikit. (Adakah sebab ini baby last? Huhu..)

Bila nurse angkat baby tunjuk kat aku tanya apa gender dia, dengan sebaknya aku jawab "Gegirl". Bila baby diletakkan atas dada aku, lagi sebak aku rasa. Aku rasa sangat-sangat bersyukur dikurniakan seorang bayi perempuan pelengkap keluarga kecil kami ini. Bersyukur kerana menjadi insan terpilih untuk merasa kebahagiaan ini meskipun diri tak lekang dengan dosa.

Bersalin kali ni memang dipermudahkan. Dahlah proses meneran senang, proses jahit pun tak menyakitkan macam previously. Nurse dah cakap, "Koyak sikit je ni tapi kita jahit jugak ye". Aku pun ye kan je lah. Takkan nak biar tak dijahit. Nanti longgar kesian husband hakak. Opps.. Haha..

Bilik Wad @ 8pm

Dah selesai proses dokumen dan uri pun dah diserahkan pada husband, aku dan baby pun dihantar ke bilik untuk berehat. Tinggallah aku berdua dengan baby je. Malam tu memang baby every hour bangun menyusu and poopoo. Baby pun sangat pandai latch. Senang mommy. Alhamdulillah jugak kat Pusat Bersalin ni, kat dalam bilik ada bilik air siap dengan water heater tau. Selesa sangat.


28 Mac 2018

Pagi-pagi nurse datang cek both mommy and baby. Tanya if mommy and baby dah buang air kecil and poopoo. Aku of course lah belum poopoo lagi but Alhamdulillah baby dah buang air kecil and dah poopoo pun. Mana taknya selepas je dia lahir every hour dia akan bangun nak susu and nak poopoo tau. Dari poopoo color hitam sampailah siang tu poo-poo dah color hijau kekuningan. 

Thats why baby kali ni jaundice tak berapa tinggi sangat. Maybe sebab dia kerap bangun untuk menyusu and membuang. Abang-abang dia sebelum ni memang lepas lahir suka nau tidur. Aku yang kena paksa diorang bangun untuk menyusu. Itu pun kadang-kadang bila dah sua nenen boleh diorang buat dek je tak nak bukak mulut. Adoyai.. Kecik-kecik dah tau tidur tu nikmat kan. Haha..

By noon tu Alhamdulillah both mommy and baby dah boleh discharge.

 Fresh from my tummy


1 months old

 2 months old

 3 months old

  Dian Medina first Raya

 Dian Medina with mommy







No comments:

Post a Comment