Thursday, December 30, 2010

Good Bye 2010.

Entri yang paling popular dihujung-hujung tahun adalah membuat wishlist untuk tahun baru. Hehehe.. Dan aku juga mahu membuat perkara sama yang dibuat orang.

Apa yang dah dicapai pada tahun 2010?

Ermm.. 

Not much achievement...
  • Jan    - Increment..Gaji naik
  • Feb   - ISB Oversea Trip @ Sri Lanka
  • Mac  - New Project @ Subang Jaya
  • Apr   -  My anniversary yang ke 9 tahun with Mr.J
  • May  - Birthday Mr. J
  • Jun    - Kelahiran anak buah pertama Mr.J yang menjadikan aku bakal Mak Long dia..Huhuhu..
  • July   - ISB Trip @ Tioman
  • Aug   - Kereta accident akibat kemengantukan diri sendiri..Ngeh..Ngeh..
  • Sep   - New Project @ Bukit Gambir, Hari Raya time & My Birthday
  • Oct   - Jadi tunangan orang.. ^_^
  • Nov   - Dapat bonus project $$$$
  • Dec   - Pembukaan Blog duniakusayang.blogspot.com

.
.
.
.
.

You see??

Betul tak aku cakap??

Not much achievemenet..

But still...

Thanks to Allah because You are giving me chance to live happily on that year.. :)

So??

Apa azam baru tahun 2011??

Ermmmm.....

I still think about that...

To be adjourned at next entry...

^^








Tuesday, December 28, 2010

Slang Sabah Tak Ada Pun....

Anonymous: Awak orang mana?

Aku: Saya orang Sabah

Anonymous: Laa.. Yeke?? Tak ada slang Sabah pun..

Aku: ^_^


Aku tak tahu la dah untuk kali keberapa aku dengar soalan macam tu diajukan pada aku. Aku pun dah lali dah. Bak kata orang, "alah bisa tegal biasa".

Kenapa aku tak ada slang Sabah?

Tipu la tu aku tak ada slang Sabah. Slang Sabah aku sangat pekat sebenarnya. Cuba dengar aku cakap dengan mak aku kat telefon. Pekat dan laju je slang aku keluar nanti. ^^

So why??

Aku tak pernah belajar slang Semenanjung sebenarnya. Aku dihantar oleh Yayasan Sabah ke Semenanjung pada umur aku 13 tahun lagi. Time tu Form 1 kat SMK SAAS Kajang. Bila aku sampai je kat hostel, start cakap je dengan orang semenanjung, slang Sabah aku terus hilang. Sampai kakak-kakak senior aku pun pelik kenapa aku punya slang Sabah tak ada. Bukan aku malu untuk bercakap dalam slang Sabah. Tidak sama sekali. Cuma aku berasa selesa bercakap dan bergaul bersama diorang dengan bahasa yang sama. Tak payah la nanti diorang ternganga mulut tanya aku "Apa benda kau cakap tuh?".. Ngeh ngeh..

Even sampai sekarang pun aku selesa berbahasa Semenanjung. Blog aku sekarang ni pun slang Semenanjung apa. Ramai kawan-kawan aku pun orang Semenanjung. Even tunang aku sendiri pun orang Semenanjung. ^^

 Tapi mana mungkinla aku melupakan slang Sabah aku. Tidak sama sekali lah. Sabah negeri tempat tumpah darah aku. Family aku ada kat Sabah. Aku dibesarkan selama 12 tahun di Sabah. Aku bangga jadi anak Sabah.(Semangat patriotik tengah menguasai diri la pulak..^^)

 Tapi aku pelik kenapa ada orang Sabah yang bila datang Semenanjung ni macam lupa asal usul pulak. 

Napa aku cakap macam tu? 

Sebab bila dia bercakap dengan orang Sabah pun dia nak jugak menonjolkan slang Semenanjung dia. Konon dialah yang paling terer. Padahal bila aku dengar tak adalah macam neutral pun. Macam orang Indon yang nak cover slang dia adalah. Huahaha.. Geli aku dengar...

Aku memang senang nak meniru sesuatu bahasa tu. Bukan nak berbangga la tapi ini serius wei. Tak tipu.. Time kat UiTM dulu bila ambik Mandarin pun, aku senang nak menguasai bahasa tu. If aku teruskan belajar Mandarin agaknya aku boleh menguasainya dengan baik dan lancar. Bahasa Korea pun sama jugak. Aku ni kan peminat tegar Korean product tak kiralah dia punya movie, drama mahupun lagu. Lidah aku ni lancar je menyanyikan lagu korea. Walaupun berbelit, tapi bila dah biasa jadi senangla. 

Kesimpulan yang aku dapat buat mengenai diri aku adalah aku senang nak meniru sesuatu. Bagi aku tak salah kita meniru sesuatu untuk menjadi lebih baik dari yang kita tiru itu. Betul tak?


Sabah tanah airku~~~
Negeri kita yang tercinta~~
Pemuda pemudi semua marilah
Bangunlah bersatu semua~~
Marilah bersama serta maju jaya~~
Merdeka sepanjang masa~~
Bersatu segala bangsa sentosa~~
Sabah negeri merdeka~~

Walllawei..Hafal lagi la lagu Sabah..huhu... ^^

Monday, December 27, 2010

Sweet Indulgence

Semalam Mr.J belanja makan kek kat Secret Recipe sempena perayaan yang hanya diketahui oleh aku dan dia. Hahaha..Please..No offend..

Mula-mula masuk kat Secret, tengok semua meja pun ada tanda reserve. Dah mula tak sedap hati ingatkan dah tak ada tempat kosong sebab tekak aku ni dah tak boleh menampung rasa gian nak makan kek. Macamkan kau budak-budak yang tak boleh menahan nafsu makan.

At least ada jugak tempat yang sesuai for me and Mr. J.

Duduklah kat situ.

Tunggu selama beberapa minit baru waitress datang bagi menu.

Pilih menu pun selama lima minit. Macamkan nak pilih lunch padahal nak pilih air dan sepotong kek saja. T_T

Sepakat membawa berkat ye kawan-kawan. Mr.J choose Ice Lemon Tea and I choose Ice Choc with Cream for drinks. As a desert, we choose 1 slice of Indulgence. *Nyummy**


Muka ceria Mr. J dapat tempat kat Secret ^_^


Indulgence..So yummy. Sharing is caring ^^

Mr. J tengah curik minum air shaye (*ngada gila..so annoying)

Mr. J macam kanak-kanak yang sangat periang


Licin dibaham oleh kami. Huhuhuu..

Nak jugak tunjuk muka sendiri walaupun gambar ni bukanlah diamik di Secret. Muahahaha..



Saturday, December 25, 2010

CUTI KRISMAS

Hari ni hari cuti sebab hari ni Christmas Day. Hari dimana orang-orang Kristian menyambut perayaan mereka. Tapi malangnya ISB tidaklah mengambil bahagian untuk cuti pada hari ini. So, here I am at office doing nothing with my empty mind. T_T

Sebenarnya kerja ada banyak jugak. Tapi bila malas menguasai diri, hilang kewarasan diri sekejap. hohoho.. Apa punca malas? Malas tu ada punca ke? Adakah disebabkan office aku ni ada kemudahan streamyx, so dengan sebab itu aku dengan mudahnya boleh mengaccess internet yang digemari? Mula lah nak menyalahkan internet padahal internet yang ada kat sini adalah untuk kemudahan bekerja. Aku yang menyalahgunakannya. Hehehe...

Today Im going to KL. Yeay yeay..Nak jumpa En. Tunang hari ni. Sebenarnya hari ni nak balik sebab besok nak pergi tengok keadaan rumah yang dah dimasuki pencuri. Rumah yang aku duduk time jaga projek Subang dulu. Sekarang ni PM aku still duduk kat sana lagi sebab dia jaga projek Selayang sekarang ni. Tapi nasib baiklah time kejadian, tak ada orang kat dalam rumah tu. But unfortunately, my PM said that all my Korean CD's are gone!!!!! Bastard punya penyangak. CD pun dia nak sapu sekali.

Rumah yang ada guard pun tak selamat kan. Baik tak payah pakai guard. Orang punyalah beria-ia bayar maintenance untuk bayar perkhidmatan guard. Tapi ada jugak terjadi kejadian-kejadian macam ni. Membazir duit je bayar perkhidmatan diorang tu.

Kat dalam entri ni je dah cover 3 story. Cuti hari Krismas, balik jumpa En. Tunang dan kejadian rumah dimasuki pencuri. Tak ada makna punya entri. T_T

Thursday, December 23, 2010

Pilihan Ditangan Sendiri

"Orang yang pergi biarkan pergi"

"Patah tumbuh hilang berganti"

Pernah dengar semua ayat diatas?
Takkan lah tak pernah dengar ayat tu.
Pernah mengalami situasi diatas?
Ok. Fine. Tak semua pernah mengalami situasi diatas.

One of my good staff akan berhenti next month. He's already give 1 month notice. Bila aku dapat tahu, terkejut jugak la. Rasa sedikit terkilan sebab kami bertiga (En. Ramlay, him and myself) started this project together and I'm quite confident that we can end this project successfully together too.

But when it comes to my sense, it's okay. For his sake, maybe he should leave. Hopefully, orang yang akan ganti dia tu bagus macam dia or lebih bagus dari dia.

Orang ni tak sama. Ada yang nak kerja government sebab nak senang. Yela.. Keje gomen kan senang. Tak payah kerja berhempas pulas. Hujung bulan dapat gaji. Benefit pun banyak. Pendek kata, sampai tua la hidup terjamin. Tapi consequencesnya, keadaan kau akan macam tu je la. What I mean is, kau takkan dapat pegang duit puluh-puluh riban lah if kau duduk gomen. Melainkan kau ambik rasuah. Makan duit rakyat. You know what I mean right.

Macam pemimpin-pemimpin kita sekarang ni bukannya boleh percaya sangat. Tak payah kata pemimpin lah. Abang-abang dan pakcik-pakcik polis kat luar sana tu, berlambak-lambak yang makan duit haram. Ambik rasuah sana sini. Aku bagi contoh la. Ini pengalaman aku sendiri time jaga projek kat Subang.

Ada satu sub-kontraktor ni. Diorang ni ada seorang pekerja yang tak ada permit. Dan adalah seorang pakcik polis ni tau yang bangla tu tak ada permit. Oleh itu, pakcik polis ni dengan senang lenangnya lah memeras duit bangla ni setiap bulan. Dan bangla ni pulak oleh sebab takut kena tangkap terpaksalah bagi duit jugak kan. Kalau kena tangkap lagi banyak cerita. Lagi banyak keluar duit nanti.


Bagi aku dua-dua pihak pun salah. Sub-kon tu salah sebab tak ada permit. Yang pakcik polis tu lagilah salah sebab tak melaporkan kes tu. Lagi menambahkan dosa, pakcik tu ambik pulak duit dari orang bangla tu. Bukan sekali malah berkali-kali. Pakcik polis tu berdosa sebab tak jujur dengan kerja dia dan ambik rasuah. 


Sambung balik cerita tadi. Ada pulak jenis orang yang sukakan cabaran. Bila banyak cabaran, imbuhannya pun setimpal lah dengan cabarannya. Yang ini pulak orang yang bekerja sendiri atau swasta.

Macam aku... Satu hari nanti aku impikan untuk bekerja sendiri. Tak ada kekangan dari mana-mana pihak. Tak ada kekangan masa. Waktu kerja aku, aku yang tentukan. Tidak semestinya bekerja dalam bidang aku. Maybe bukak kedai printing or kedai stationary or kedai dobi or kedai jahit dan macam-macam lagi. Macamkan aku reti menjahit nak bukak kedai jahit bagai kan. T_T

Moral of the story, lain orang lain cara. Rambut sama hitam, hati lain-lain. So, pilihan ditangan anda. (>_<)





Sunday, December 19, 2010

Responsibilities @ Tanggungjawab

Sub : Invitation For an Assessment (TNB)

Congratulations, 
We are pleased to invite you for an assessment for the Executive Training Program (PEP) at Tenaga Nasional Berhad.


Macam tu la email yang aku dapat pada 15/12/2010 hari tu. Email tu jugak la yang membuatkan aku excited terlebih. Family aku dan En. Tunang la yang banyak menggalakkan aku supaya mencari pekerjaaan yang tetap dan tak berpindah-randah macam orang nomad. Is that mean aku sekarang ni orang nomad. OMG.. (T_T)

Aku punya tahap excited sampai pergilah call seorang member aku yang juga dulu pernah dapat program ni dan sekarang ni dah berjaya menempatkan diri dengan jayanya di TNB. Aku tanyalah dia ni macam mana pengalaman dia sebelum ni. Dia bagitau aku, nak dapat program ni bukan senang. Kena melalui banyak fasa jugak. Itu memang aku dah agak la sebab nak masuk GLC ni bukannya senang. Tapi I'm quite confident of myself. (>_<)

Tapi.....

Alangkah malangnya.....

Pada hari yang sama jugaklah ada meeting dengan 2 of my director. This meeting quite crucial jugak lah sebabnya ia melibatkan scope kerja aku yang paling besar weightage nya dan disebabkan kerja ni belum start lagi, ianya dah menyebabkan projek aku delay selama 9 hari setakat hari ni.

Skop kerja itu adalah.....


STONE COLUMN......!!!!!!


Lagi satu sebab adalah pada 23/12/2010 ada satu meeting besar bersama Dato'-Dato' LLM yang aku tak pernah la tahu wujudnya diorang ni.Hehehe...Meeting ni pun mencemaskan aku jugak sebab ini 1st meeting aku dengan diorang ni. Dan paling mencemaskan sebab projek aku dah DELAY!!! T_T

Tiba-tiba terbayang keadaan kat bilik tu kacau-bilau macam kat dewan parlimen yang diorang bergaduh sampai kena halau dengan speaker dewan. Macamkan korang ni budak kecik padahal semua orang kat dewan parlimen tu adalah orang-orang tua ganyut. Adakah aku akan mengalami nasib yang sama?? Kena halau dari bilik mesyuarat sebab projek delay 9 hari..Tsssk...So scary.. Aku dah melalut macamkan projek aku dah delay 90 hari...Hehehe...

So, I've decided not to attend the assessment for the PEP Program. Aku tahu maybe di kemudian hari akan ada rasa kekesalan dalam diri aku. Tapi kekesalan itu jauh lagi baik daripada lari dari tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku sekarang ni. Maybe statement aku ni macam poyo sikit. Macamkan kalau aku attend meeting tu projek aku terus tak delay. Its all about taking responsibilities in your action. Kalau benda sekecil ini pun kau tak boleh nak bertanggungjawab, macam mana kau nak pikul tanggungjawab yang lagi besar. Contohnya, tanggungjawab sebagai ibu bapa. Lagi besar responsibilities tu..

Aku cuba berfikiran positif. Mungkin ada yang terbaik buat aku pada masa depan. Bak kata En. Tunang, "Awak jangan risau, rezeki kita ni Allah yang tentukan. Dia tahu yang terbaik buat umat-Nya. Kita sebagai hamba-Nya haruslah buat yang terbaik. Usaha disertakan dengan doa dan Tawakal. Itu yang terbaik". So sweet of you, En. Tunang. (>_<)


Tiba-tiba sekarang ni dah ada rasa kekesalan. Macam mana?? hehehe... Ada rasa nak penampar muka aku tak?? Tsskk.... Sadis...

Tuesday, December 14, 2010

Lalat @ Flies

Entry ini dibuat bukan untuk menunjukkan yang aku suka kat lalat ni tahap nak buat makhluk ni jadi haiwan kesayangan. Tapi aku nak menyatakan betapa bencinya dan gelinya aku dengan lalat ni. Cuba bayangkan keadaan kau dihurung lalat hari-hari. Memang macam nak mati. Rasa nak bom satu office yang penuh dengan lalat ni.


Tengok rupa dia pun cukup membuatkan aku nak muntah.


Apa lagi bila tengok dengan dekat badan dia yang ada bulu-bulu ni. Damn!!

Ini pulak gambar lalat yang mampus kat office aku. Hari-hari mesti ada kekejaman membunuh lalat beramai-ramai. Hahaha...

Semua kejadian yang Allah ciptakan mesti ada sebab-musababnya. Aku tahu kenyataan itu. Tapi aku sangat geli dan sangat benci dengan lalat. Apalagi bila berlakunya insiden semalam yang aku termakan lalat. F**king Hell betul. Damn!! Sampai termuntah-muntah jugak la semalam. 

Macam mana la lalat tu boleh berendam dalam air teh aku tu. Yang aku ni pon dengan innocent dan tanpa ragu-ragu lagi menghirup air teh dengan penuh nikmat sampai la terjumpa that damn creatures inside it.


Ini adalah moto hidup aku sekarang ni. Wahahaha.. (Evil tengah menyerang kat kepala otak aku) - Declare war to FLIES!!!


How  I wish frog prince will catch a flies @ ISB site office. Tapi dengan katak pun aku geli. Sudahlah kau wanie, semua pun kau geli. Binatang apa yang kau tak geli. 

Kesimpulannya, I HATE FLIES VERY MUCH!!