Monday, December 31, 2012

Rainbow Cake


Rainbow Cake ni aku try guna resepi Whisk Kid.. Untuk pengetahuan kek ni tak menggunakan kuning telur sebaliknya hanya menggunakan putih telur sahaja.. Aku rasa tu saja kot beza nya dengan kek lain. Tekstur kek ni moist ala-ala rapuh skit.. Bila nak handle layer by layer kek tu dia agak sticky kat tangan.

Original frosting untuk kek ni bagi aku memang plain je. So untuk frosting aku tak follow resepi Whisk Kid tu. Aku pakai cream cheese frosting and I add a swirl of choc on every layer of the cake untuk menambahkan lagi kesedapan dan tambah lemak si pemakan kek ni. ^^

Rainbow Color

--Ombre--


Saturday, December 29, 2012

Durian Crepe


Durian Crepe?
Durian Pancake?
Bantal Durian?

Nama yang berlainan untuk sejenis makanan yang sama. Semua nama tu boleh pakai. Tak tau nak sebut crepe boleh sebut pancake... Susah nak sebut tulisan omputih? Bantal durian pun jadila.. hehe..

Durian crepe ni adalah sejenis desert yang super duper lazat lah bagi aku.. Buktinya? It has a fresh isi durian inside it and I'm crazy over durian. Bagi penggemar durian memang aku garenti akan menyukai desert ni..

Oklah, meh nak habaq skit rasa dia cam mana ye.. ermmm.. Tang kulit dia memang tak ada rasa apa pun sebab nipis sangat kot.. Krim kastad dia rasa lemak berkrim and then bila makan dengan fresh isi durian dalam tu dah jadi lemak manis berkrim disukai ramai lah kan.. huhu..

Aku belajar buat durian crepe ni kat Bzee Bakery kat Seremban nun.. Gigih aku apply cuti semata-mata nak pergi join kelas eventhough aku tak pernah pun rasa lagi benda ni time aku belajar tu.. But since dia melibatkan durian garenti mesti sedap punyela.. chewah..

Yang penting kata cikgu aku, kulit crepe yang nipis, krim kastad yang lemak dan kualiti isi durian yang digunakan. Nak sedap jangan pulak pilih durian longgok yang 5bijik 10hengget tu.. Pilihlah yang mahal skit kan barulah customer tak lari.. Kang buatnye durian tu tawar ke kita jugak yang rugi kan.. 

Durian crepe ni dijual dengan harga RM10/per pack. 1 pack ada 6 ulas kat dalam dia.. 

Cam gini lah packaging yang aku buat.. ^^


YUMMY!!!

Kek Lapis India @ Kek Lapis Cadbury



Nama sebenar kek ni adalah Kek Lapis India. But for me, aku lebih prefer nama Kek Lapis Cadbury.. (Memandai je aku tukar nama kan. huhu...) Nampak lebih terserlah kek ni setelah diberi nama baru.. chewah..

Aku pun tak tau kenapa kek lapis ni diberi nama Kek Lapis India. Kek ni bukanlah color gelap pun.. Maybe ni India Hindustan sana nun.. Ala, yang India Bollywood tu ha..  haha.. Memandai je aku ni..

First time aku rasa kek ni time aku still in my secondary school. Kakak ipar aku pergi Sarawak time tu and then dia bagi ni kat kitorang. Memang makan berebutlah ngan adik-adik aku al-maklum lah kitorang ni memang hantu coklat. huhu.. Then dah jadi peristiwa bersejarah lah kek ni kan.

Sampailah tetiba rasa macam refresh balik kesedapan kek ni time memula timbul minat aku dalam dunia bakery ni ha.. Apa lagi aku pun google la resepi kek ni.. Memang susah jugak la nak carik resepi ni but I manage to get the recipe. So, aku pun try and error that recipe, plus minus the ingredients and hasilnya adalah....

************************
******************
************
******
***
*
* 

sangat jadik okay dan sangat lazat..^^ terasa coklat cadbury tu cair di mulut.. ahakzz...


Ginilah ghupenye bila dah dipotong-potong..

So, interested? Email me at wanie2425@yahoo.com.. ^^

Friday, December 28, 2012

Moist Chocolate Cake






Moist Chocolate Cake ni aku pakai resepi Chef Zubaidah. Kek ni kukus dan memang sangat-sangat moist. Sesiapa yang gile coklat mesti suke giler kat kek ni..

Kalau cenggini simple harganya RM35. Kalau nak tambah stroberi or other deco harganya bisa dirunding. Depends on what deco would you like for me to deco.. ^^

Cheese Cake Seputih Salju





Selama aku meniaga kek kecil-kecilan ni, kek cheese ni lah yang paling laris sekali. Memang aku boleh guarantee sesiapa yang rasa kek ni pasti nak lagi.. hehe.. Tapi itu pun bagi peminat cheese la kan. Bagi yang tak berminat pada cheese tu bagi free pun takmo ye dok.. huhu..

Kek ni aku jual previously RM45. Tapi sekarang bila calculate balik kos, aku revise balik harga menjadi RM50 ye.. So harga baru cheese cake seputih salju ni adalah RM50.. Berat kek ni pulak lebih kurang 1.2kg-1.4kg..

Ada tak orang yang tertanya-tanya cam mana rasa kek ni? Meh le aku describe skit ye. Kek ni asasnye adalah kek sponge gebu yang mana bahagian tengah dan atas dilepa dengan cheese yang lemak lagi manis giteww.. Finishing bagi kek ni pulak diparutkan cheddar cheese sebagai toppingnya.. So kat dalam mulut kita ada rasa lemak manis kek gebu, lemak manis krim cheese dan lemak masam manis parutan cheese. Ada macam-macam rasa giteww bercampur jadi satu.. Memang best dan aku sendiri pun memang akan makan non stop..

Close-up dekat sikit rupa kek ni cam mana..


Yang ni aku buat mini version.. 


Yang ni ada orang request nak angry bird untuk birthday anak dia.. ^^


Wednesday, August 29, 2012

Blogsy - Aplikasi Mudah Untuk Update Blog

Memang dah lama sangat aku tak update blog ni. Banyak sebenarnya yang nak diceritakan, tapi jari jemari ni malas sangat nak menaip.

Sekarang ni tengah menyesuaikan diri di tempat kerja baru. Peralihan skop kerja dari management ke quality control memang memerlukan effort yang sangat besar. Jika ditanya yang mana pilihan hati, memang minat lebih terarah pada management. Skop kerja akan aku ceritakan kemudian.

Sebenarnya ni baru lepas purchase application Blogsy from Apple Store dengan harapan semoga diri ini lebih rajin lagi nak update blog ni. Pening juga memilih yang mana nak purchase antara Blogsy or Blogpress. Tapi bila google sana sini baca review orang, akhirnya purchase Blogsy sebab banyak komen positif from user. Application ni berharga USD4.99. Convert sendirila ke RM ye.

Blogsy Icon. Comey kan.. ^^

Sekarang ni memang harap update blog using iPad je sebab komputer office sangatlah old school + lembab giler asyik hang je. Rasa nak tumbuk skrin pc and baling ke tanah. Laptop aku kat rumah pun macam nak nazak je button dia bukan main payah lagi nak klik. InsyaAllah ada duit lebih nak beli macbook pulak nanti.. :)

Dikesempatan ini aku nak wish jugak lah pada yang membaca blog aku, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir batin. Semoga raya korang bermakna dan diberkati Allah s.w.t.

 

Thursday, May 24, 2012

HARI ULANG TAHUN MY MR. J


5pm - Rushing from Bukit Gambir to Semenyih. Then dalam kepala dok memikir hadiah apa yang nak dibelikan untuk suami tersayang untuk hari lahir beliau. Memang tak ada idea nak bagi apa.

7.00pm - Dapat idea dalam perjalanan tadi dan tiba di lokasi yang difikirkan -- Alamanda, Putrajaya.

7.15pm - Terus menuju ke Parkson. Hadiah yang dipilih adalah kemeja jenama Valentino Rudy (antara kegemaran beliau).

7.30pm - Order 2 sets of quarter meal at Kenny Rogers Roaster. Sementara menunggu pergi solat dulu.

7.45pm - Ambil order kat KRR then menuju ke Cold Storage. Cari apa kat sini?? Cari belon..Muahahaaha~~

8.15pm - Sampai kat rumah Semenyih terus bergegas ambil candle kat bilik then nyalakan di sepanjang walkway from entrance to meja makan. (Rumah tak besar sangat so walkway kecil aku hanya boleh menempatkan 8 candle di kiri dan kanan)

8.20pm - Tiup belon dan isi 'sesuatu' ke dalam belon sambil cari idea macam mana nak bagitau beliau yang wife dia ni tetiba je dah sampai kat Semenyih.

8.30pm - Call Mr. J suruh  balik rumah Semenyih. Urgent.. Berulang-kali beliau bertanya, "Ada kat mana ni?".. huhu.. Lepas call beliau, aku pun mandi, solat dan berdandan...(Bukan dandan apa sangat pun. Ikat rambut bagi kemas sikit, pakai seksi-seksi and wangi-wangi)

8.50pm - Mr. J pun sampai. Bukak pintu rumah and komen pertama beliau, "Ni kenapa dah macam India pasang lilin banyak-banyak??"...Cheh, memang spoil romantic mood betul. 

8.55pm - Kami pun menikmati dinner yang dimasak oleh Pak Kenny yang dihidangkan oleh aku sambil dengar lagu romantik yang di download dari Pak Google. 


9.30pm - Dah sudah makan, it's time to play a game in the bedroom...Tapi bukan play-play ye..huhu.. Birthday boy diarahkan untuk memecahkan belon dan membaca ayat yang tertera di kertas yang sebelum tu telah aku sumbat ke dalam belon... hehe.. Semua yang tertera di kertas merupakan hadiah bonus yang akan beliau dapat sebelum mendapat hadiah utama beliau..Ayat-ayatnye adalah ayat-ayat jiwang seperti, 'I Hug U', 'I Kiss U', dan yang seantero dengannya.. ^^

Belon-belon untuk dipecahkan oleh birthday boy


9.45pm - Last sekali barulah belon terakhir dipecahkan yang bertulis, 'Valentino Rudy with Love'.. Senyuman beliau mencairkan diriku.. Ucapan terima kasih dari beliau ku sambut dengan syukur diatas rezeki yang diberi oleh-Nya untuk ku kongsi bersama yang tersayang..

Tamatlah kisah sambutan hari lahir Jamaludin Azmi yang ke-27. Ini merupakan sambutan hari lahir beliau yang pertama disambut oleh kami sebagai pasangan suami isteri. Hasil cubaan yang pertama dariku yang ku kira agak romantis untuk menceriakan lagi hubungan kami.

p/s: Aksi diatas hanya boleh ditiru oleh pasangan halalan thaiyiban sahaja..(Pasangan suami isteri la tu).. Bagi pasangan yang belum berkahwin, silalah berkahwin dahulu sebelum mencuba aksi tersebut diatas kerana sesungguhnya Allah sedang melihat kita.. ^^