Tuesday, March 27, 2012

Candy Buffet vs Fondant Cake




As-salam dan hola!!! ^___^

Entri ni sebenarnya dah lama terperuk. Dah nak jadi entri basi dah kot.. 
Nak dijadikan cerita ye, al-kisahnya my best buddies Shuddei have been married on 11 March hari tu. She did ask me to make a cake for her hantaran. But that is not in the part of our master plan oke. 

Memula tu aku dengan dia yo-yo la plan nak buat candy buffet. Bagi sesiapa yang belum tau candy buffet tu apa, meh sini I explain sikit. Candy buffet ni actually dah meluas kat wedding omputih. Biasanya dalam sesuatu majlis tu akan ada satu sudut khas untuk candy buffet ni la. 

Apa ada kat candy buffet tu? Dah namanya pun candy kan, of course lah akan ada gula-gula, coklat dan bermacam benda yang manis-manis la. Kadang-kadang kita jugak boleh letakkan kek, cupcake, muffin, macaron or popcake. Macam sekarang ni kat Malaysia yang aku tengok common jugakla orang buat, akan ada sudut cendol ye tak? Ha, candy buffet ni lebih kurang cenggitu la.. Panjang lebor aku explain kan.. Korang baca je la ye..

Aku ni ha siap dah merangka la menu apa yang aku nak letak kat candy buffet si Shuddei ni.. Nak tau apa ada dalam list aku?

1) Of course la my sweet macaron... ^___^
2) Red velvet cupcake.. 
3) Popcake..
4) Marshamellow with choc dip..
5) Choc Fountain
6)  Fruits untuk cicah dengan choc fountain.
7) Choc cake...

Tapi semua tu hanya tinggal bembayang je la.. aku memang tak cukup masa nak buat oke.. Dua kek hantaran yang Shuddei tempah tu je la yang aku sempat buat. Sekali dengan macaron.. (Sebab dulu time dia tunang aku janji nak sponsor kat dia macaron tower ^ ^).. Ikutkan hati memang nak sangat buat.. Tapi ikutkan tangan memang ada 2 je la kan.. hoho..

Fondant ni memang first time aku buat. My first comment about this fondant was, LECEHNYA...!!! sangat tak suka oke nak gelek-gelek fondant.. memang tak cukup tido aku dibuatnya. Memula aku buat marshamellow fondant. Lagi sangat mencabar aku dibuatnya. Dapur memang dah selerak lah.. Nasib baik hubby tak ada. If tak memang dah kena bebel.. Hehe.. Tapi fondant mellow aku tu macam tak jadi sangat.. Lembik sangat kot.. Maybe tak cukup icing.. Disebabkan aku memang dah tak ada masa, aku beli je la ready made fondant. Senang kerja aku.. Hehe..

Untuk kek hantaran Shuddei, setelah discuss dengan dia, aku buat Red Velvet and Rainbow Cake. Red Velvet tu memang bagi aku dah tak ada masalah sangat lah.. Macam sangat pro je kan ayat aku.. huhu.. Tapi Rainbow Cake ni memang first time la aku buat. Aku ikut je resepi Whisk Kids ni ha sebab memang dia yang create pun kan kek ni.. ^^

Okla.. Layan pic kat bawah ni ye.. 

Candy buffet yang tak terlaksana.. *sobs*.. Pic source from uncle google..


My Red Velvet..

Red Velvet yang dibaluti fondant..

Red Velvet with Macaron Strawberry..

Kek Pelangi.. Wee...^^

Last but not least.. Pelangi yang dibaluti fondant.. Cute kan.. huhu..


Thursday, February 2, 2012

Tahan Ke?

Sampai saja aku kat rumah balik kerja malam tadi, terus disapa oleh kakak jiran.

"Baru balik kerja ke?"
"Ha'ah kak."

"Mana yang sorang lagi?" (Merujuk pada bekas housemateku)
"Dah transfer Selayang. Sekarang ni saya seorang je kat sini." T_T

"Ooo.. Dia dah transfer. Awak tak transfer ke sana ke?"
"Saya tak boleh transfer ke sana. Mesti tunggu projek ni siap." TT__TT

"Lama lagi ke projek ni?" 
"Phase 1 ni sampai bulan 8 ni kak." TTT____TTT

"Lama lagi tu. Boleh tahan ke jauh-jauh?" (Merujuk kepada jauhnya aku dengan my husband, Mr.J)
"Ni tengah bertahan la ni kak..." Jawabku dengan perasaan yang tetiba nak emo tak tentu pasal..

Pastu tetiba kakak tu punya anak dengan selamba bertanya ibunya, "Ibu, kakak sebelah rumah tu asyik kerja je ke? Balik pun hari dah malam." 

Tsskkk....Sungguh menusuk kalbu..

_________________________________________________________________

Memang rutinku balik kerumah antara 7 - 8 malam. Walhal rumah dengan site office hanyalah 3km. Mungkin aku memikirkan kalau aku balik awal pun apa nak buat kat rumah?

Nak tengok TV? TV takde Astro pun.

Nak masak? Aku duduk sorang je pun. Baik beli je.

Nak kemas rumah? Aku duduk sorang je pun. Takkan nak kemas rumah setiap hari.

Nak baking-membaking? Oven pulak dah bawak pergi rumah Semenyih.

So, baik aku stay kat office buat kerja. Or even takde kerja boleh layan tenet. ^_^

Mr. J memang dah berbuih mulut asyik suruh aku balik awal je kan. But for those reason given above, dia pun tak boleh nak kata apa.Hehehe.. Tapi lain cerita pulak if husband ada disisi. Of course aku akan balik awal. Nak masak untuk dia, nak iron baju dia, nak melayan dia.. Ehem ehem... >_<

Kadang-kadang aku terfikir jugak, sampai bila aku nak hidup berjauhan dengan suami? Dahlah time bercinta pun cinta jarak jauh, ni dah kahwin pun PJJ (perkahwinan jarak jauh) jugak.. Tapi nak buat macam mana. Aku terikat dengan kerja. I must complete what I've started. So, apa-apa hal akan difikirkan selepas selesai projek aku kat Bukit Gambir ni. Full stop.





Monday, January 16, 2012

Mari Meroti

Fuhhh...fuhhh... Bersawang dah blog aku ni ha.. 

Dah lama sangat tak update blog padahal setiap hari mesti tak miss nak bukak blog sendiri and blogwalking ke blog lain. Asal nak menaip entri baru je tak ada idea yang datang. Sekarang ni pun tak ada idea jugak sebenarnya tapi still jugak nak mengarang dengan harapan idea akan datang mencurah-curah kala jari bertemu keyboard. *Ayat tak boleh blah punya skema..^^

Macam mana life aku sekarang ni??
Still lagi jadi weekend wife yang setia travel bila tiba hari jumaat tak menyabo nak balik and bila tiba hari isnin kemain liat lagi nak balik Bukit Gambir.

Aktiviti di hujung minggu??
Tak ada aktiviti yang menarik pun. Balik kejap rumah FIL and then pergi jalan-jalan buang masa and duit dengan Mr. J. Lagipun ini je la masa yang ada untuk bersama hubby ye dok? ^^

Ada baking-membaking lagi ke??
Of course la.. Kali ni minat telah dikembangkan ke pembikinan roti pulak.. Tetiba mengidam nak makan roti fresh.. Mengidam ke?? ngeh ngeh..

Apa-apa pun kita layan hasil air tangan ku ini..

Bun Coklat

Yummy..^^

Bun Manis Vanilla

Hmm~~

Mau resepi ke??

Google je.. Mesti berlambak kat tenet.. ^^

Adios~~



Monday, November 7, 2011

First Time di Dapur Sendiri

Last Friday aku balik rumah Semenyih dengan dapur baru. Ye, kami baru ada dapur sendiri setelah berkahwin selama hampir 2 bulan. Disebabkan aku just ada kat Semenyih weekend saja, so sebelum ni dapur tak ada lagi pun takpe. Baru sekarang ni ada kesempatan beli dapur.

Semalam lepas balik beli barang dapur kat Alamanda, aku pun mengemas la rumah sikit-sikit. Sebelum balik kampung raya haji hari tu, aku ada buat kek span. So aku nak sambung la buat dia punya filling keladi. 

Filling keladi ni kena double boiler kat atas periuk. Disebabkan filling tu dah memercik-mercik, aku pun nak kemas la balik stove aku tu. So, dengan bijaknya aku pun angkat la stove yang tengah panas lagi tu. Apa lagi, terus melecur ibu jari. Nasib baik tak teruk sangat. Dengan muka mengada pergi mengadu kat Mr. J.

"B, jari dah terbakar"..(guna istilah teruk skit nak tarik simpati suami.. ^.^)

"Macam mana boleh kena? Kat dapur janganlah cuai sangat. Pergi rendam dengan air garam"..

"Okay".. Menurut kata dan terus ke dapur bancuh air garam untuk rendam ibu jari..

Lepas tu aku pun meneruskan misi dengan menggoreng nugget dan misi menggoreng selesai tanpa sebarang musibah.

Then, masak air panas untuk buat air teh o untuk Mr. J. Dah sudah masak air, bubuh air panas kat dalam jag free beli air sunquist. Sedar-sedar jag dah kecut dibubuh air panas. Daripada jag tinggi lampai terus jadi jag kemetot. Aku pun letak la jag tu kat kabinet and nak tukar pakai jag kaca. Tak sedar jag kemetot tak stabil and terus tumpah kat lantai kena kaki aku..

Aku pun menjerit la.. Bukannya menjerit sakit kena air panas, tapi menjerit sebab terkejut.. Nasib baik sangat lah air tu tak panas sangat. Tak lah melecur kaki aku ni ha.. Mr. J dengan muka terkejut menjengah ke dapur ingat aku kena minyak panas ke apa.

Dengan muka sedih aku tunjuk jag kemetot. 

"Takpelah, nanti kita beli jag baru. Beli yang mahal sikitlah yang tahan kena air panas. Jag free memang tak tahan", kata Mr. J.

Dengan muka kesian, Mr. J tolong aku kemas dapur yang dah bersepah tu.

Lepas dah kemas, baru lah boleh makan nugget dengan tenangnya.

Mr. J komen nugget aku, "Nugget ni macam hangus je?"..

Aku pun, "Taklah, memang macam tu lah. If masak sekejap sangat dalam dia tak masak. So kena lah masak lama sikit bagi dia masak and lagi rangup. Tu yang hitam tu".. Muahaha.. Jawapan selamat.. ^_^

*****

****

***

**

*

Cerita pagi ni, sebelum balik Bukit Gambir bancuh air nescafe untuk Mr. J. Komen pada hari ini, "Lain kali nescafe ni bubuh nescafe lebih skit ek. Yang ni macam krimer lebih."

"Okay, baiklah." Jawab si isteri..(akulah tu~~)

Kesimpulannya, I love to hear comment from him. It makes me want to give him the best. Permulaan hidup sebagi suami isteri memang akan ada banyak komen antara satu sama lain. Bukannya komen yang menjatuhkan, tapi lebih kepada komen membina yang akan melengkapi antara satu sama lain. That is how you should live your life as husband and wife.. ^^

*Gambar hiasan dari Pakcik Google

Friday, October 14, 2011

Cenderahati Perkahwinan Untuk Tetamu (Wedding Gift)

Aku tak kreatif macam orang lain nak DIY wedding gift sendiri. Semuanya ready made punya. Melainkan 'Kemuncak Cinta' tag saja yang custom made. Special order from ilikecard. Thanks to kak Faezah yang sudi melayan order aku yang last minute tu. ^^

Unfortunately gambar yang sempat diambil adalah gambar gift untuk reception saja. Gift untuk dirumah tak ada pun orang nak ambil. Aku pun lupa. Mentang-mentang la gift tu tak secantik gift kat reception kan.. haihh.. Menyesal tak capture gambar awal-awal..

Tak apa lah. Bagi info je ek. 

1) Gift untuk majlis nikah

- Gelas English style yang ada bunga ros color merah tu. Siap dengan casingnya sekali. Beli 100pcs kat Nilai 3.

Gelas lebih kurang macam ni la. *Gambar dari pakcik Google

- Kipas angin organza juga dibeli di Nilai 3.



- Untuk orang yang merenjis, diorang pulang dengan bekas lilin yang dibeli khas dari Brunei oleh my mom. ^___^


2) Gift untuk reception

- Bekas Seramik dihiasi 'bling-bling'.
Benda ni beli kat SSF. Gift ni memang sangat menarik perhatian orang. Aku dengar cerita ada dikalangan member dan saudara aku yang kehilangan gift diorang ni bila diorang naik pentas ambik gambar dengan pengantin. Time tu la si panjang tangan ni ambik kesempatan. Haisshh.. Macam-macam kan.. 



 'Kemuncak Cinta' tag ni lah yang ditempah from ilikecard. Comey tak tag ni.. ^___^

- Untuk VVIP yang merenjis pun dapat bekas seramik 'bling-bling' yang jugak dari SSF. Tapi bekas ni besar sikit dan dihiasi dengan riben dan bunga kristal. 

For him~~

For her~~

- Untuk Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah dan isterinya diberikan gift yang dibuat dari emas.. hahahaha.. Just jokinglah.. Aku tak sekaya Robert Kwok nak bagi emas as a wedding gift. ^^ Gift ni pun beli kat Nilai 3 setelah puas menjelajah area Nilai 3 tu with my mom, lil sis and Mr.J.

...Bersinar memancar...

So untuk bakal B2B, good luck mencari wedding gift korang. ^____^

Tuesday, October 11, 2011

MUA + Wedding Outfit

Usia perkahwinan genap 1 bulan 2 hari. Masih muda sangat. Janji pada entry lepas yang aku akan review sedikit pasal perkahwinan tempoh hari. Ermmm.. Sudah sebulan baru nak review kan..  Tapi tak apa lah.. Asal dapat memberi sedikit info untuk yang belum berkahwin.

MAKE-UP ARTIST (MUA)

Orang yang bertanggugjawab menjadikan aku sangat cantik pada hari berbahagia aku ialah Kak Doris dari Butik Pengantin Doris. Bagi orang Sandakan, sebut je nama dia dah memang kenal la. For me, her touch is worth to try. So natural and no opera cina face on my face. ^^

So pada sesiapa yang kahwin kat Sandakan, bolehla try her service. Bagi orang Semenanjung pulak, there's more than other MUA you can find here. Tak payah nak gatal panggil MUA Sandakan untuk touch up korang melainkan korang buang tebiat ke apa nak import MUA from there..

It's just me.. Raut wajah yang sama. People can still recognize me and still can think that this is Wanie but in the beautiful mode.. Hehe..


WEDDING ATTIRE


Aku ada 4 pasang baju persalinan sepanjang 2 hari majlis berlangsung.

1) Nikah Outfit


Kain for my baju nikah was bought at Gulatis & Jakel @ Jalan TAR. Aku hantar jahit kat Butik J&J di Sandakan. Butik ni berjiran je dengan Butik Pengantin Doris. The owner is very young and very creative.. Upah jahit = RM350.. Murah ke mahal?? You do the maths..

I love my baju nikah so much. Love the flowy skirts.. ^^

Baju for him dijahit di Dzul de Classique, Kajang. 
For info, my kain was bought at KL and jahit di Sandakan. For him, the kain was bought at Sandakan and jahit di Kajang. Pening... (-_-')

This is close-up picture for the veil. This veil is not mine. I rent it from a blogger name Sab. She is so nice and pretty. Plus her baby is cute too.. Nice to know her. Thank you so much for the veil Sab. Everyone say it pretty.. ^^

2) Baju for potong pulut kuning.

This outfit was rent from Butik Pengantin Doris. It's a kind of jubah and it is so berat with manik...



Baju ni memang last minute sangat decide. Actually this baju was 1st time rent by someone else 1 week after my wedding, but Kak Doris yang baik hati sanggup untuk sewakan and alter it for me due to my last minute decision.

3) Reception Outfit

Actually aku pun tak tau apa yang aku nak sebenarnya for my reception dress. So Kak Doris bagi suggestion yang dia akan jahit 1 baju baru for me whether I want to wear it or not. It's up to me. Dia suruh cari baju lain jugak yang mana aku berkenan tapi end up that aku tak berkenan pun kat mana-mana baju di KL ni. Semuanya mahal giler even if nak sewa pun. 1st time aku fitting and tengok baju ni 3 hari sebelum majlis. Memang sangat last minute but the baju was soo beautiful. I'm drooling.. lol.. ^^ 

Thank you so much Kak Doris for this lovely outfit. The rent is much affordable than KL. It is only RM700.. Murah ke mahal?? You judge it..

I fall in love again with this long veil. Memang mengidam nak ada veil panjang heret-heret cenggini. Ala-ala English style gitu.. hehe.. gediks.. >_<

Mr & Mrs J fall in love again and again..

4) Outdoor Outfit

Ada drama di sebalik baju ni. Baju ni rent from Butik J&J and nak pakai time potong kek. But bila bincang balik dengan my planner and protokol istana, they say that better pakai 1 baju only because of  kehadiran TYT and the time constraint also. Aku pun akur since I love my 1st outfit so much and want to have more photos with it.

But hajat tak sampai nak menggayakan 1st outfit tadi sampai habis majlis sebab ada 'sesuatu' yang berlaku pada aku. So, kena jugak pakai baju no.2 ni.. Tapi I wear it after potong kek.

Due to time constrain, macam ni la jadinya. Kelam-kabut.. ^^

Outdoor time.. 

Inilah team Butik Pengantin Doris. 
From right: Kak Doris, Mr J, Mrs W, Kak Doris daughter and her staff.    

Hope that info ni dapat membantu untuk semua bride-to-be (B2B) expecially yang berada di Sandakan. ^^







Wednesday, September 21, 2011

~~Bertukar Status "Pn. Hazwani"~~

Lama sangat tak upload blog ni.

Rasa macam blog ni dah terabai sangat dek kerana persiapan kahwin yang tak jugak seberapa gilang-gemilang. Tapi aku sangat bersyukur kerana majlis yang berjalan lancar baik di rumah mahupun dihotel.

So, my status sekarang adalah Puan.. ^^

Apa feel??

Honestly say, I am very grateful to Allah because He give me my tempat berlindung. Jamaludin Azmi was chosen by Allah to be with me, to protect me and to love me. Alhamdulillah, our 11 years relationship conclude with akad nikah on 10 Sept 2011. ^^

**Thanks sayang for your patient to be with me for the past 11 years**

I am very grateful to my beloved mama, Pn. Sumairah for all the susah payah that she sacrifice to make my both ceremony berjalan lancar. Thanks mom.. May Allah bless you forever.. I am very lucky to be born as your daughter.. ^^

Tapi......

Hidup berjauhan dengan suami sangat mencabar...

Kenapa mencabar??

Sebab rindu...
Sebab tak dapat melayan suami...
Berapa banyak pahala yang terlepas... ='(

Ye, buat masa sekarang aku dan suami terpaksa berjauhan kerana tuntutan kerja aku di Bukit Gambir, Muar, Johor.

Kami hanya mampu bersabar.

Kami yakin yang Allah telah merancang sesuatu yang baik untuk kami dimasa hadapan.

InsyaAllah.

P/S: Next entry will be about my wedding.. ^^