Assalamualaikum
w.b.t..
Pada 4
Mac 2017, aku ngan Mr. J decide nak buat makan-makan among our family sempena
meraikan 1st birthday of my second son Danish Hadif. Mula-mula tu ingat nak
buat kat rumah - Tempah banner and candy buffet segala, siap nak ada choc
fountain lagi.😄 Tapi direject oleh both Mr. J and my mom. Leceh
and penat katanya.
Then next
option nak buat sama dengan abang Darwisy dulu @ Floral Kafe Ampwalk. But
I'm rejected it because harga dah naik. Gila nak spent untuk hitea buffet RM50
per person. Dulu time abang Darwisy baru RM30++, quite reasonable jugakla.
Hmm..
Lastly celebrate sajo kat Ayer 8. Kebetulan Ayer 8 located betul-betul
belakang Pusat Bersalin Berisiko Rendah which was tempat lahir adik. So here we
are adik, back to one year ago where you was born, lets just celebrate it here.
😝
I choose Restoran Arab Al-Maeda sebab sebelah restoran ni ada segala
macam mak nenek ride and giant bubble. So lepas makan petang tu bolehlah kita
beridah pulak. Makanan kat restoran ni standard mana-mana restoran arab. Lebih
kurang sama je rasa. The price also reasonable.
- Our lovely birthday boy -
- Black Forrest Cake -
-This foil balloon I bought from Waww Balloon.
Kedai dia ada kat Sg Kantan, Kajang. This one is RM20. Aku beli jugak 6pcs
balloon biasa (white & blue color) which is RM3.50 per pcs including helium
gas. Harga quite reasonable berbanding time kat Floral Kafe I've spent RM70 for
10pcs balloon biasa including helium gas -
- Me and my 3 heroes -
- Ma Familia -
- Full Car, 😝 -
- Darwisy Hasif in pink car, 😍 -
- Giant bubble pun ada kat sini -
Besoknya 5 Mac 2017, kami sekeluarga pergi Melaka pulak jalan-jalan.
Saja bawak mama pergi makan asam pedas sedap kat Asam Pedas JR. Asam pedas kat
sini memang sedap sangat sampai kadang-kadang kalau aku dengan Mr. J teringin
nak makan, terus shoot je ke sini.😋 Ala,
Beranang dengan Melaka sekangkang kera je. 😝
Lepas lunch kitorang naik Menara Taming Sari pulak. Selalu je pergi
Melaka tapi belum berkesempatan nak naik lagi. Kali ni sebab mama pun ada so
kami pun naiklah Menara ni. Lagipun orang tak ramai. So takdelah nak tunggu
lama sangat.
- With my mama -
- Inside the Menara Taming Sari with my boy, Danish
Hadif -
- Turun kat bawah ada pulak jual gambar ni. RM50
sekeping gambar dengan fridge magnetic gambar ni jugak 😒 -
- Mama naik beca dengan cucu-cucunya. Aku patutnya
boleh naik tapi aku kesian pulak dengan si pengayuh tu nak kayuh aku yang
ringan ni 😉 -
Lepas je mama habis ronda-ronda dengan beca, hari pun macam nak hujan.
Nasib baik la sempat masuk kereta sebelum hujan. Then aku macam teringin pulak
nak makan kuih keria antarabangsa yang viral tu. Search kat Waze memang dia
akan keluar kuih keria antarabangsa yang kat Limbongan. Mr. J dah warning
awal-awal orang memang ramai beratur kat situ. Takpelah I said we try our luck
first.
Tapi memang tak ada maknanya luck kitorang. Sampai je tengok kereta
banyak parking kat tepi-tepi jalan and orang beratur panjang gila sambil
memegang payung sebab time tu hujan. Kegilaan apakah ini??? My mom memang
surrender awal-awal kata kalau macam ni tak makan pun takpe. Hmm.. Tapi kan,
kalau aku ada geng yang sekepala dengan aku, aku sanggup je nak beratur. Takde
hal pun.. Tapi this time, my mom and Mr. J sekepala. So I kalah..😒
Then disebabkan nak juga kuih keria ni, we try kat Batu Berendam pulak.
Alhamdulillah dapat juga yang kat Batu Berendam punya. Kat sini tak payah nak
beratur panjang-panjang pun, terus je boleh dapat. Panas-panas lagi youu.. Bagi
aku, memang sedap lah kan kalau makan panas-panas. Aku tak boleh nak compare
dengan yang kat Limbongan punya sebab aku tak pernah try that one.
Dapat je kuih keria, kitorang pun shoot balik la. Kesimpulannya, datang
Melaka ni memang nak cari makan je la.. Dasar perut tong betul. 😋😋