Tuesday, September 16, 2014

Berapa Banyak Kuantiti Susu Untuk Bayi?


Kali ni saya nak berkongsi tentang berapa banyak ounce (oz) yg diperlukan oleh baby kita sehari sepanjang kita pergi berkerja 8am to 5pm (total 8-hours).




25oz Susu Sehari
“In exclusively breastfed babies, milk intake increases quickly during the first few weeks of life, then stays about the same between one and six months (though it likely increases short term during growth spurts). Current breastfeeding research does not indicate that breastmilk intake changes with baby’s age or weight between one and six months. After six months, breastmilk intake will continue at this same level until — sometime after six months, depending in baby’s intake from other foods — baby’s milk intake begins to decrease gradually.

The research tells us that exclusively breastfed babies take in an average of 25 oz (750 mL) per day between the ages of 1 month and 6 months. Different babies take in different amounts of milk; a typical range of milk intakes is 19-30 oz per day (570-900 mL) per day”.


Fakta di atas menerangkan bahawa baby yang exclusively breastfeed akan consume susu around 25oz sehari. Tapi diingatkan yang ini hanyalah PURATA saja dan tidak semestinya sama dengan baby kita sendiri.

Semasa saya berpantang di kala anak saya ketika itu masih di usia 1 bulan, saya perhatikan anak saya sangat kerap menyusu. Selang 2 jam pasti dia akan merengek minta disusukan. Untuk perhatian semua, saya adalah seorang EPM iaitu Exclusive Pumping Mother. Anak saya tidak menyusu secara direct feed. Susu ibu dipam dan diberikan kepadanya melalui botol susu. Oleh itu, tidak sukar untuk menentukan berapa banyak kuantiti yang diperlukan oleh bayi saya. 


Kuantiti Susu

Ketika di dalam pantang, saya menyusukan bayi saya selang 2 jam dan setiap sesi kuantitinya adalah 2oz. Ketika saya mula bekerja semula dikala usia bayi saya 2 bulan, pada permulaan saya membekalkan 2.5oz x 4 botol EBM  dan 3oz x 1 botol susu formula. 

Masuk bulan keempat, saya menambah kuantiti EBM iaitu 3.5oz dalam setiap botol. Al-hamdulillah masih juga mencukupi. Pada saat ini, kekerapan bayi saya menyusu sudah berubah. Jika sebelum ini selang 2 jam, sekarang ini selang 3 jam atau lebih. 

Even sekarang saya bekalkan 3.5oz x 5 botol untuk anak saya, kadang-kadang masih berbaki 1 botol bila saya ambil dia balik dari kerja. Jadi ada betulnya teori yang menyatakan semakin besar baby kita, semakin kurang kekerapan menyusunya.

Jadual intake susu anak saya dari umur 2 bulan hingga 4 bulan:-
* 2 bulan - 3 bulan
2.5oz x 5 bottles = 12.5oz
* 4 bulan –  sekarang
3.5oz x 5 bottles = 17.5oz



3.5oz per bottle untuk setiap 1 sesi penyusuan


Overfeeding
 

“If your baby is taking substantially more than the average amounts, consider the possibility that baby is being given too much milk while you are away. Things that can contribute to overfeeding include:

   1)    Fast flow bottles. Always use the lowest flow bottle nipple that baby will tolerate.

   2)    Using bottle feeding as the primary way to comfort baby. Some well-meaning caregivers feed baby the bottle every time hemakes a sound. Use the calculator above to estimate the amount of milk that baby needs, and start with that amount. If baby still seems to be hungry,have your caregiver first check to see whether baby will settle with walking, rocking, holding, etc. before offering another ounce or two.

   3)    Baby’s need to suck. Babies have a very strong need to suck, and the need may be greater while mom is away (sucking is comforting to baby).  A baby can control the flow of milk at the breast and will get minimal milk when he mainly needs to suck. When drinking from a bottle, baby gets a larger constant flow of  milk as long as he is sucking.


If baby is taking large amounts of expressed milk while you are away, you might consider encouraging baby to suck fingers or thumb, or consider using a pacifier for the times when mom is not available, to give baby something besides the bottle to satisfy his sucking needs.”




Untuk bayi saya, saya gunakan pacifier untuk menenangkan dia. Kadang-kadang berkesan. Kadang-kadang dia keluarkan pacifier dan mula menghisap jarinya.


Intake Susu Setiap Penyusuan
 
Ada sedikit info tambahan tentang cara-cara nak estimate berapa baby kita punya intake susu pada setiap sesi penyusuan.

Mula-mula cuba feed baby anda dengan bottles with a slow flow teat. Gunakan teat for newborn. Cuba bagi 2.5oz terlebih dahulu. Kalau nampak baby macam menghisap lagi, tambah another 0.5 oz (so dah jadi 3oz total). If your baby still sucking, tambah another 0.5oz. BUT, please be noted that maximum amount per feeding untuk breastfeed baby hanyalah hingga 4.5oz ye! After you have reach the correct amount per feeding for your baby, you will already know how much EBM you should leave for your baby consumption when you are away from him/her.

Moga artikel ini bermanfaat pada semua.



**********

E BOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA !!!








DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 



Hayati KISAH BENAR pengalaman Maria yang merupakan seorang bekas Engineer Menjadi WORKING-AT-HOME-MOM (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan. 


Dari seorang yang TIDAK MAHU dan TIDAK TAHU BERNIAGA, kemudiannya mula berniaga dari rumah hanya melalui ONLINE. FROM ZERO to HEROin.





Semoga bermanfaat




Wanie Mahir 


019-3398525
 

Wednesday, June 18, 2014

Bersalin @ KPMC Kajang


Dah habis tempoh berpantang baru lah ada kesempatan nak update blog. My motherhood life was very hectic. Motherhood experience tu later I explain okay. Sekarang ni nak update about my personal experience bersalin.

Pengalaman bersalinku yang Al-hamdulillah sangat dipermudahkan-Nya. Membuatkan rasa teruja untuk mengandung kali ke-2. Hahaha..

Ahad - 4/5/2014 
Hari Ahad macam biasalah, aku akan mengemas rumah. Cuma kali ni kemas lebih sikit dekat master bedroom and bilik baby. Dah sudah mengemas tengahari tu around 12pm aku pun nak mandi. Then terkejut tengok ada darah kat underwear. Bukan sikit tau tapi memang penuh la underwear tu. Macam mana boleh tak perasan entah. Then dah cuak terus cakap kat husband suruh telefon mak tanya macam mana. Mak suruh pergi hospital terus. Dah sudah mandi tu tengok darah dah takde. Rasa sakit memang langsung tak ada. 

1.00 petang 
Bertolak ke KPMC Kajang. My parents in law pun datang sama. Macam kan nak beranak terus buat orang rasa cuak.. Hahaha.. Sebelum masuk KPMC, kami lunch dulu dekat restoran berhampiran. 

2.00 petang
Masuk KPMC then explain kat nurse ada bleeding. Nurse pun bawak masuk ke labour room. Apakah? Dah nak bersalin ke apa? Rupanya nak cek bukaan. First time nak rasa seluk ni. Mengikut kata orang, seluk ni sakit. But for me, seluk ni rasa ngilu-ngilu sikit je. Boleh diterima lagi la rasa ngilu tu. Hehe.. Nurse kata tak ada bukaan lagi. What?? Then datang pulak seorang lagi nurse tua. Diorang panggil midwife. Dia cakap walaupun tak ada lagi bukaan tapi tanda dah ada. Keluar darah tu salah satu tanda lah nak bersalin. Kena tunggu Dr. Anita sampai then dia akan cek balik. Time ni, aku dah dopasangkan dengan alat CTG untuk monitor heartbeat baby dan contraction. 

4.00 petang
Dr Anita sampai and terus cek bukaan. Dah 2cm katanya. Al-hamdulillah ada jugak bukaan. Aku risau je kalau dia suruh aku balik. Kalau boleh nak terus stay je kat wad. Malas nak balik rumah dah. Nurse tanya nak bilik macam mana. Mula-mula kami pilih bilik 2 orang tapi nan ado. Yang ada bilik single and bilik 3 orang saja. Decide ambik bilik single je lah. Dapatlah stay kat Bilik Tulip. Dr. Anita kata, pukul 8 malam nanti akan cek bukaan lagi. Rasa sakit belum jugak muncul-muncul.

8.00 malam
Dr Anita datang cek bukaan lagi and still 2 cm. Then Dr Anita kata aku akan di induce untuk cepatkan bukaan tu. Datang seorang nurse ni masukkan ubat berak kat punggung. Tak sampai 1 minit aku mencicit ke toilet. Haha. Then datang lagi seorang nurse untuk cucuk tangan aku nak masuk ubat melalui drip. Time ni belum lagi rasa sakit.

9.00 malam
Family in law aku datang melawat. Still boleh bergelak tawa sebab belum ada rasa sakit yang timbul. MIL kata kalau drip masuk ubat ni, sakit dia lagi sakit dari normal, tapi nak bersalin memang cepat. Aku pun pasrah je lah.

11.30 malam
Nurse tolak aku ke labour room. Apakah?? Aku dah nak beranak ke?? Bukaan bukan baru 2cm ke? Dah macam2 kat kepala otak ni.. Dr. Anita datang and cek bukaan. Baru 3cm.. Memang lambat benor nak bukak kan.. Aku ingat diorang akan tolak aku masuk bilik balik since bukaan baru 3cm.. Rupanya Dr. Anita terus pecahkan air ketuban aku. Terus rasa banjir katil tu.. Dr. Anita pesan, kalau boleh tidur, tidur ye.. Persoalannya, dapatkah aku tidur dengan rasa sakit??

Isnin - 5/5/2014
12.00 malam
Aku dah mula rasa sakit. Sakit yang teramat sangat. Rasa macam tengah dipulas-pulas. Memang tak ada perkataan yang boleh menggambarkan rasa sakit itu. Nama Allah memang tak lekang dari bibir. Husband di sebelah memang sangat-sangat membantu dengan memberikan tangannya untuk dipulas.. Haha.. Memang time tu setiap kali rasa sakit datang, tangan dan jari2 husband jadi mangsa.. Nurse datang tanya nak ubat tahan sakit tak? Aku terus kata nak. Then aku dengar dia suruh seorang lagi nurse untuk cucuk pethidin pada aku. Tapi bagi aku memang tak kurang pun rasa sakit nya. Serupa macam tak ambil je.. Haha..

1.30 pagi
Midwife datang nak cek bukaan. Dah 8cm katanya.. Terkejut gak aku dengar dah bukak 8 cm dalam masa 1 jam setengah.. Midwife tu kata, kalau nak teran teran je. Apakah? Nak suruh aku teran tapi doktor tak ada. Nurse pun tak ada.. Nak suruh husband aku sambut ke apa.. Huhu..

1.45 pagi
Dr Anita pun sampai. Terus nurse-nurse pun masuk and siapkan aku.. Kangkangkan kaki aku sangkut kat besi katil tu. Then tangan aku pegang kat besi tepi katil tu.. Aku rasa besi tu memang khas untuk orang pegang masa nak teran kot..Time ni aku tak pulak dengar nurse-nurse ni bersorak suruh push ke apa.. Sebab petang tadi bila aku kat labour room ni adalah orang kat bilik sebelah tengah nak bersalin. Aku dengar nurse-nurse dia bersorak macam pom-pom girl pulak.. "okay puan, push-push, 1 2 3.. Sikit lagi puan, push lagi".. Bila time aku napa tak sorak?? Boleh pulak fikir macam ni lagi kan.. Haha.. Lawak..

Sambung balik cerita aku meneran.. Proses meneran aku memang sangat senang. Sekali proses teran tu dah keluar dah anak aku.. Tepat jam 2 pagi.. Al-hamdulillah dipermudahkan-Nya.. Aku sempat lagi terdengar nurse and doktor puji aku pandai teran kat husband aku.. Macam mana boleh senang? Aku pun tak tau. Tapi sebelum masuk labour room, aku ada google skit lah macam mana nak teran. Yang aku ingat kalau time tengah teran jangan sampai nafas habis. Kalau rasa nak habis, sebelum habis tarik nafas balik dan teran lagi. Bila baby dah keluar, nurse angkat dan tanya aku baby apa? Of course la baby boy.. :)

Time baby dah keluar, proses jahit pulak. Orang kata jahit ni lagi sakit dari beranak. Tapi bagi aku, seriously tak rasa apa. Maybe time ni aku dah lalok disebabkan ubat tahan skit pethidin tu atau pun tenaga aku dah habis, so rasa sakit tu pun dah tak terasa.. Tapi husband aku cakap sepanjang proses jahit tu mulut aku tak lekang dari sebut Subhanallah, Allah, Astaghfirullah.. Bagi aku lah, bila kita ingat Allah, Allah akan jaga kita. Bila mind set aku dah set macam tu, Al-hamdulillah memang Allah permudahkan proses bersalin aku kali ni.

So kesimpulannya, klimaks rasa sakit aku adalah dari pukul 12malam sampai pukul 2pagi.. Dan rekod 1jam setengah untuk bukaan dari 3cm ke 8cm.. Bersalin di KPMC Kajang memang sangat selesa berbaloi dengan harganya yang berpatutan. Dr. Anita memang sangat cekap handle aku di sepanjang proses bersalin disamping nurse-nurse yang mesra. 

Pada bakal-bakal ibu disekitar kawasan Kajang dan Semenyih boleh lah try KPMC kalau berkemampuan. Kos bersalin aku kat KPMC Kajang was RM19++.. Tak ingat dah exact amount. Tapi tak sampai pun RM2k.. :) Harga tu untuk yang beranak normal macam aku lah untuk bilik single.. :) Next time kalau mengandung lagi pun memang aku akan pilih KPMC jugak dengan Dr. Anita jugak.. :) Bila eh next time tu? Adakah next year? huhuhu...

 Bilik Single. Siap ada sofa bed untuk husband lepak.. :) 

 Nama bilik 'Tulip'.

 Gift dari KPMC. Maternity pad, Mineral water & Toiletries.

Isi dalam beg Toiletries ni. 

Menu dinner







Tuesday, February 4, 2014

Second Pregnancy Check-up @ KPMC Kajang - #8



Semalam pergi check-up kat KPMC Kajang ditemani suami terchenta.. :) Al-hamdulillah semuanya baik-baik saja mummy and baby. Mula-mula scan baby doktor kata baby tengah dalam keadaan bersujud. :) Comey je. Dalam perut lagi dia dah bersujud kan. Mummy doakan bila baby besar nanti baby jadi anak soleh ye sayang. :') 

Al-hamdulillah sekarang ni dah masuk 26 minggu dah kandungan ni. Saya pun alhamdulillah sihat cuma sekarang ni dah mula rasa berat dan susah nak bangkit kalau duduk atas lantai. Tidur pun rasa sengal-sengal je.


Set Hamil Shaklee Wanie Mahir

Supplement Shaklee memberi saya kekuatan dan tenaga yang banyak sepanjang kehamilan. Saya makan sebijik B Complex (with Folic Acid) sebab ianya penting untuk perkembangan neuro dan tulang belakang baby untuk elak kecacatan neural tube. Vitalea pun saya ambil sebijik setiap hari (al-hamdulillah saya dapat mengekalkan hb=12.0 dengan izin Allah). Ostematrix memang sangat penting sebab saya ni memang seorang yang suka mengelat bila time minum susu. Hehe.. Baby kan nak serap semua keperluan kalsium saya untuk membentuk tulang. Apa yg tinggal utk saya cegah Osteoporosis dan gigi tak rongak??? huuuu..so saya ambil max 1000mg terus kalsium, sebab saya juga dah mula kekejangan malam-malam. Kalau makan Ostematrix memang tak kejang..al-hamdulillah..

Omega Guard pun penting sebab otak baby tengah berkembang pesat sekarang. Baby kena develop brain bagus-bagus sebab bila baby keluar je nanti mummy dengan abah dah tak sabar nak ajar baby segala macam ilmu dunia dan akhirat. Moga jadi anak soleh dan pintar ye sayang. 

Last sekali untuk pencegahan flu & batuk tanpa drugs - Vitamin C Sustained Release..Yang ni memang terbaik. Sekarang ni saya memang dah tak ada masalah hidung sok sek sok sek di pagi hari lagi. Gusi saya pun suka berdarah sekarang. Vit C ni pun penting untuk gusi juga tau!


Al-hamdulillah dengan izin Allah, set hamil Shaklee memberi saya kekuatan dan tenaga sepanjang kehamilan ni. Selepas bersalin pun In Sha Allah akan meneruskan dengan set bersalin dan menyusu. 

Enough with supplement story. Meh kita intai gambar scan baby yang terkini. Mummy confuse, baby buat apa tu eh? Tengah nyonyot jari ke sayang? :)


---Mr. J's junior---



Berminat untuk mencuba Set Hamil Shaklee? Hubungi saya:



Wednesday, January 15, 2014

Third Pregnancy Check-up @ Klinik Kesihatan Beranang - #7


Masih belum terlambat kah aku nak wish "Happy New Year"?  Apa-apa pun selamat menyambut tahun baru kepada yang membaca blog ni. Moga tahun ini kita dapat menggandakan lagi amal ibadah pada Pencipta kita, Allah s.w.t.

Seperti yang maklum dalam entri sebelum ni, aku ada buat MGTT iaitu minum air gula untuk bacaan kencing manis. Result aku al-hamdulillah ok tapi ada sedikit kepelikan sehingga nurse tu suruh ulang balik test ni pada minggu yang ke-28 nanti. 

Apa yang pelik sangat tu?
Mari kita rujuk keputusan ujian air gula aku ni.

1) FBS (Fasting Blood Sugar) - Bacaan pertama yang diambil pada sampel darah yang di ambil ketika kita sampai di klinik. Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L
Bacaan aku adalah : 4.0 mmol/L --> NORMAL

2) 2 Jam selepas - Bacaan yang di ambil pada sampel darah selepas 2 Jam ibu hamil minum air glukos/air gula. Normal :  < 7.8 mmol/L
Bacaan aku adalah : 4.1 mmol/L --> NORMAL

Yang menjadi persoalan, kenapa selepas minum air gula reult aku tu tak naik pun. Macam aku tak minum je air gula tu kan. Adakah pankreas aku ni bekerja keras menghasilkan hormon insulin yang lebih dari mencukupi? Aku belum ada jawapan lagi pada persoalan ni. Tak sempat nak mencari. In Sha Allah akan aku kongsikan jika dapat jawapannya. Sesiapa yang sudi berkongsi, sila kongsikan untuk manfaat bersama.

Check-up kali ini pulak aku akan disuntik dengan suntikan ATT. 

Apakah itu ATT?
Anti Tetanus Toxoid (ATT) ni adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Bilakah perlunya ATT?
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-28 (aku diberi suntikan pada minggu ke 23), ibu hamil akan diberikan suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) Pertama.

Suntikan ATT Kedua akan diberikan minima jarak selama 4 minggu.. Ini bermakna pada usia kandungan ke 32 minggu atau lebih ATT kedua akan diberikan. Jarak ini penting bagi memastikan pemindahan antibodi dari ibu ke bayi berlaku dengan efektif.

Kesan sampingan ATT?
Tangan akan berasa lenguh-lenguh dalam masa 2-3 hari. Selain itu ada sesetengah orang yang demam selepas suntikan. Al-hamdulillah aku tak demam. Just tangan aku je yang lenguh.

Check-up kali ni aku dinasihatkan oleh nurse supaya mengawal berat badan. Terlebih suda~ -__-'

Sepatutnya pada bulan ni, berat badan aku maksimum hanya boleh naik 2.5kg saja, tapi berat badan aku dah naik sebanyak 3.5kg. Lebih 1kg. Nurse siap tanya, "Awak ni baru ada selera makan ke?"  Semestinya tidak lah.. Selera makan saya tak pernah tak ada sejak saya disahkan hamil.. Hoho...

Tekanan darah is normal but a bit low, 100/60. But I got a compliment from nurse about my Hb. She said I got a perfect mark for my Hb, 12.0. Susah ibu hamil ni nak maintain Hb 12.0 katanya.

Then tiba lah waktu nurse nak cek perut aku pulak. Mula-mula dia ukur perut aku dulu pakai pita pengukur. Then dia pasang alat kat perut untuk dengar hearbeat baby. Sebelum tu dia tanya samada aku dah rasa pergerakan baby aku ke belum. Semestinya aku belum lah rasa baby aku ni gerak. Then boleh pulak nurse tu cakap,"Awak ni biar betul. Dah 23 minggu ni awak tak rasa lagi ke? Patutnya dah boleh rasa". 

Habis tu nak buat macam mana. Tak kan lah aku nak tipu kata aku rasa baby gerak pulak kan. Kot lah lemak kat perut aku ni tebal sangat lah kot sampai aku tak rasa baby aku gerak. Huhuhu.. Bila nak cari heartbeat baby bukan main payah lagi nurse tu. Then dia panggil lagi seorang nurse untuk cek heartbeat baby. Aku dah mula risau dah time tu.

Datang lah seorang nurse yang muda sikit dari nurse sebelum ni. Nurse memula tu bagitau yang aku still tak rasa apa-apa pergerakan baby lagi. Nurse yang baru ni tanya aku samada ni 1st baby ke? Bila aku jawab ye, dia pun kata keadaan ni normal lah. 1st baby memang kita akan lambat rasa dia bergerak. Pengalaman dia yang baru lepas bersalin, dia pun kata yang dia rasa baby dia bergerak time dah 28 minggu. Lama kot tu. 

Nurse yang ke-2 ni dapat cari heartbeat baby aku tapi dia kata heartbeat tu hilang-hilang. Macam mana pulak boleh hilang-hilang? Aku dah confuse.. Dia kata maybe baby tu lari-lari kot bila orang nak dengar heartbeat dia. Alolololo... Comeynya anak mummy main sorok-sorok ye sayang dengan aunty nurse? Huhu.. Tak apalah, asalkan kita boleh dengar heartbeat tu ye. 

Check-up kali ni pun tak jumpa doktor. Aku dibekalkan dengan zincofer selama sebulan. Next appointment pada 10 Feb 2013.