Wednesday, December 25, 2013

First Pregnancy Check-up @ Kajang Plaza Medical Centre (KPMC), Kajang - #6


Kali ni aku pergi terjah Kajang Plaza Medical Centre pulak untuk check-up minggu yang ke-20 ni. Kenapa nak check-up kat sini pulak? Ini kerana aku dan Mr. J mengambil keputusan untuk melahirkan anak kami disini, In Sha Allah.. Setelah puas meng'google' review orang yang bersalin di KPMC ni, pakar O&G yang menjadi pilihan aku ialah Dr. Anita Rina. 

Sebelum ni, aku ada call Hospital Putrajaya untuk pakej Full Payment Patient (FPP) tu. Bila aku call nak book appointment, doktor pilihan yang ada hanyalah doktor lelaki sahaja. Satu-satunya doktor perempuan yang ada untuk FPP dah tak boleh book memandangkan dia dah ada ramai patient. Bila bincang balik dengan Mr. J, dia memang tak galakkan dengan doktor lelaki. Selagi kita boleh pilih, pilihlah doktor perempuan. Aku pun setuju jugak lah dengan dia. Bila puas mencari di alam internet, maka KPMC Kajang lah menjadi pilihan kami.

Dengan Dr. Anita Rina ni, check-up hanya boleh dibuat pada malam hari saja memandangkan pada siang hari dia bekerja di Hospital Serdang. Bagi aku memang ok sangat lah check-up waktu malam since tak lah  kacau waktu bekerja aku nanti.

Pada hari kejadian, time jumpa Dr. Anita Rina tengok dia ni lembut dan ayu je memakai tudung labuh. Yakin sedikit diri aku ni jika diizinkan Allah doktor ni lah yang akan menyambut anak kami nanti. Dia just tanya sebelum ni check-up kat mana? Aku bagitau check-up kat Klinik Kesihatan. Then next visit dia suruh aku bawak buku pink tu untuk rujukan dia. Aku boleh terlupa bawak pulak buku tu. Selalu ada je menyemak kat handbag aku, tapi malam tu jugak lah buku tu tinggal kat rumah. Hmmmm...

Time scan baby lah yang paling seronok sekali. Lama jugak lah dapat tengok baby. Kali ni doktor tunjuk tangan baby, tapak kaki baby, kepala baby dan semualah aku rasa dia tunjuk. Since alat scan dia tu boleh tunjuk 3d, dia tunjuk lah kat kitorang 3d tapi tak berapa jelas sangat muka anak aku. Doktor kata dia kecil lagi dan air pun banyak sangat menyebabkan tak clear tu.. Next visit In Sha Allah boleh nampak katanya. Excited nak tengok muka anak sendiri kot-kot ada iras muka pelakon korea yang hensem/cantik nun.. haha.. Tak kesahlah muka ikut siapa pun, yang penting sihat dan sempurna anak mummy nanti kan?

Kali ni Dr. Anita Rina pun nampak jantina yang sama dengan Dr. Jamaliah nampak hari tu. Hmmmm... Dah 2 orang doktor yang kata jantina anak aku tu &*#%$. Nak tau ke apa jantina anak aku tu? Tunggu dia lahir nanti aku bagitau ye. Huhuhu..


Lots of love~~ 5 months in my tummy~

Friday, December 20, 2013

Second Pregnancy Check-up @ Klinik Kesihatan Beranang - #5


Last visit aku di Klinik Kesihatan Beranang pada 28 Nov 13 yang lepas, nurse KKB tu dah pesan kat aku yang kali ni check-up kena minum air gula. Dia pesan sehari sebelum datang kena puasa dari pukul 10 malam dan aku kena datang pukul 8.00 pagi untuk minum air gula. 

Persoalannya, air gula tu apa?

Minum air gula ni sebutan professional nya juga disebut Modified Glucose Tolerance Test (MGTT). Test ni dibuat adalah untuk mengukur bacaan gula di dalam darah kita. 

Kenapa kena minum air gula? Kenapa tak minum air coklat ke?

Kenapa tak minum air coklat aku tak tau. Tapi ibu hamil kena minum air gula ni sebab potensi ibu hamil di serang penyakit diabetes adalah tinggi walaupun pada awalnya tidak pernah menghidap diabetes sebelum ni. Kalau family ada sejarah kencing manis lagi lah kena buat test ni. Al-hamdulillah family terdekat aku tiada yang menghidap kencing manis.

Prosedur test ni macam mana?
  • Ibu hamil diminta untuk berpuasa bermula dari pukul 10:00 malam sebelum pagi kejadian
  • Awal-awal pagi kejadian, pengambilan darah pertama akan diambil sebelum minum air gula.
  • Lepas dah ambil darah, ibu hamil akan dibekalkan dengan secawan air gula.. Memang pekat melekat lah rasa dia.. Tapi bagi aku Al-hamdulillah tak ada lah teruk sangat rasanya.. Tak ada masalah untuk aku habiskan air gula tu. Mungkin sebab aku ni memang penggemar manisan jugak kot. huhu..
  • Lepas 2 jam dari time minum air gula, nurse akan ambil darah kita untuk kali ke-2. Tu saja proses nya. Tapi kena ingat, selagi belum selesai pengambilan darah kali ke-2 memang kita TAK BOLEH ambil makanan dan minuman selain air gula tadi saja.
Bacaan untuk test ni akan diberikan pada next visit aku yang seterusnya nanti. Kali ni tak masuk jumpa doktor pun. Aku pun dah tak lalu dah nak jumpa doktor since masa menunggu untuk test ni saja dah cukup membuatkan aku rasa hampeh.. huhu..




Saturday, December 7, 2013

Third Pregnancy Check-up @ Pusrawi Kajang - #4


Check-up 17 weeks kali ni more to nak skodeng baby je. Apa lah agaknya perkembangan anak mummy di dalam tummy ni. Masuk je bilik Dr. Jamaliah, dia tanya sihat ke? ada alahan apa-apa ke? Sebut pasal alahan, sepanjang pregnancy kali ni belum pernah sekali pun aku muntah-muntah. Alhamdulillah Allah permudahkan bagiku kehamilan ni. Aku just rasa pening-pening loya-loya bila balik dari kerja. Tapi muntah tak keluar pun. Usually orang akan rasa morning sickness but in my case, evening sickness. :) 

Bila time scan baby, aku dah boleh tengok tulang-temulang dia. Dah nampak tulang belakang dan tulang rusuk.. Comeynye..huhu.. Heartbeat dia pun dah makin laju aku dengar. Al-hamdulillah..

"Awak nak tau jantina baby tak?", Dr. Jamaliah tanya aku.

"Dah boleh nampak ke doktor? Kalau dah nampak mestilah nak tau", excited terlebih aku jawab.. ngeee~~
Dr. Jamaliah pun godek-godeklah scan tu nak tengok jantina baby aku ni. 

"Nampak macam baby &*#%$ ni.. 95% saya confirm baby awak ni baby &*#%$ . Nanti next month kita try tengok lagi ye."

Aku pun sengih je. Kira awal jugak la baby ni tunjuk 'tut' kat mummy dia eh. Awak tau mummy excited tengok awak eh? hehe.. Tak kesah baby apa pun doktor. Janji baby saya sihat walafiat sempurna sifat, saya dah cukup bersyukur. :)


Semoga sihat berkembang di dalam sana dengan lindungan Allah..