Wednesday, December 25, 2013

First Pregnancy Check-up @ Kajang Plaza Medical Centre (KPMC), Kajang - #6


Kali ni aku pergi terjah Kajang Plaza Medical Centre pulak untuk check-up minggu yang ke-20 ni. Kenapa nak check-up kat sini pulak? Ini kerana aku dan Mr. J mengambil keputusan untuk melahirkan anak kami disini, In Sha Allah.. Setelah puas meng'google' review orang yang bersalin di KPMC ni, pakar O&G yang menjadi pilihan aku ialah Dr. Anita Rina. 

Sebelum ni, aku ada call Hospital Putrajaya untuk pakej Full Payment Patient (FPP) tu. Bila aku call nak book appointment, doktor pilihan yang ada hanyalah doktor lelaki sahaja. Satu-satunya doktor perempuan yang ada untuk FPP dah tak boleh book memandangkan dia dah ada ramai patient. Bila bincang balik dengan Mr. J, dia memang tak galakkan dengan doktor lelaki. Selagi kita boleh pilih, pilihlah doktor perempuan. Aku pun setuju jugak lah dengan dia. Bila puas mencari di alam internet, maka KPMC Kajang lah menjadi pilihan kami.

Dengan Dr. Anita Rina ni, check-up hanya boleh dibuat pada malam hari saja memandangkan pada siang hari dia bekerja di Hospital Serdang. Bagi aku memang ok sangat lah check-up waktu malam since tak lah  kacau waktu bekerja aku nanti.

Pada hari kejadian, time jumpa Dr. Anita Rina tengok dia ni lembut dan ayu je memakai tudung labuh. Yakin sedikit diri aku ni jika diizinkan Allah doktor ni lah yang akan menyambut anak kami nanti. Dia just tanya sebelum ni check-up kat mana? Aku bagitau check-up kat Klinik Kesihatan. Then next visit dia suruh aku bawak buku pink tu untuk rujukan dia. Aku boleh terlupa bawak pulak buku tu. Selalu ada je menyemak kat handbag aku, tapi malam tu jugak lah buku tu tinggal kat rumah. Hmmmm...

Time scan baby lah yang paling seronok sekali. Lama jugak lah dapat tengok baby. Kali ni doktor tunjuk tangan baby, tapak kaki baby, kepala baby dan semualah aku rasa dia tunjuk. Since alat scan dia tu boleh tunjuk 3d, dia tunjuk lah kat kitorang 3d tapi tak berapa jelas sangat muka anak aku. Doktor kata dia kecil lagi dan air pun banyak sangat menyebabkan tak clear tu.. Next visit In Sha Allah boleh nampak katanya. Excited nak tengok muka anak sendiri kot-kot ada iras muka pelakon korea yang hensem/cantik nun.. haha.. Tak kesahlah muka ikut siapa pun, yang penting sihat dan sempurna anak mummy nanti kan?

Kali ni Dr. Anita Rina pun nampak jantina yang sama dengan Dr. Jamaliah nampak hari tu. Hmmmm... Dah 2 orang doktor yang kata jantina anak aku tu &*#%$. Nak tau ke apa jantina anak aku tu? Tunggu dia lahir nanti aku bagitau ye. Huhuhu..


Lots of love~~ 5 months in my tummy~

Friday, December 20, 2013

Second Pregnancy Check-up @ Klinik Kesihatan Beranang - #5


Last visit aku di Klinik Kesihatan Beranang pada 28 Nov 13 yang lepas, nurse KKB tu dah pesan kat aku yang kali ni check-up kena minum air gula. Dia pesan sehari sebelum datang kena puasa dari pukul 10 malam dan aku kena datang pukul 8.00 pagi untuk minum air gula. 

Persoalannya, air gula tu apa?

Minum air gula ni sebutan professional nya juga disebut Modified Glucose Tolerance Test (MGTT). Test ni dibuat adalah untuk mengukur bacaan gula di dalam darah kita. 

Kenapa kena minum air gula? Kenapa tak minum air coklat ke?

Kenapa tak minum air coklat aku tak tau. Tapi ibu hamil kena minum air gula ni sebab potensi ibu hamil di serang penyakit diabetes adalah tinggi walaupun pada awalnya tidak pernah menghidap diabetes sebelum ni. Kalau family ada sejarah kencing manis lagi lah kena buat test ni. Al-hamdulillah family terdekat aku tiada yang menghidap kencing manis.

Prosedur test ni macam mana?
  • Ibu hamil diminta untuk berpuasa bermula dari pukul 10:00 malam sebelum pagi kejadian
  • Awal-awal pagi kejadian, pengambilan darah pertama akan diambil sebelum minum air gula.
  • Lepas dah ambil darah, ibu hamil akan dibekalkan dengan secawan air gula.. Memang pekat melekat lah rasa dia.. Tapi bagi aku Al-hamdulillah tak ada lah teruk sangat rasanya.. Tak ada masalah untuk aku habiskan air gula tu. Mungkin sebab aku ni memang penggemar manisan jugak kot. huhu..
  • Lepas 2 jam dari time minum air gula, nurse akan ambil darah kita untuk kali ke-2. Tu saja proses nya. Tapi kena ingat, selagi belum selesai pengambilan darah kali ke-2 memang kita TAK BOLEH ambil makanan dan minuman selain air gula tadi saja.
Bacaan untuk test ni akan diberikan pada next visit aku yang seterusnya nanti. Kali ni tak masuk jumpa doktor pun. Aku pun dah tak lalu dah nak jumpa doktor since masa menunggu untuk test ni saja dah cukup membuatkan aku rasa hampeh.. huhu..




Saturday, December 7, 2013

Third Pregnancy Check-up @ Pusrawi Kajang - #4


Check-up 17 weeks kali ni more to nak skodeng baby je. Apa lah agaknya perkembangan anak mummy di dalam tummy ni. Masuk je bilik Dr. Jamaliah, dia tanya sihat ke? ada alahan apa-apa ke? Sebut pasal alahan, sepanjang pregnancy kali ni belum pernah sekali pun aku muntah-muntah. Alhamdulillah Allah permudahkan bagiku kehamilan ni. Aku just rasa pening-pening loya-loya bila balik dari kerja. Tapi muntah tak keluar pun. Usually orang akan rasa morning sickness but in my case, evening sickness. :) 

Bila time scan baby, aku dah boleh tengok tulang-temulang dia. Dah nampak tulang belakang dan tulang rusuk.. Comeynye..huhu.. Heartbeat dia pun dah makin laju aku dengar. Al-hamdulillah..

"Awak nak tau jantina baby tak?", Dr. Jamaliah tanya aku.

"Dah boleh nampak ke doktor? Kalau dah nampak mestilah nak tau", excited terlebih aku jawab.. ngeee~~
Dr. Jamaliah pun godek-godeklah scan tu nak tengok jantina baby aku ni. 

"Nampak macam baby &*#%$ ni.. 95% saya confirm baby awak ni baby &*#%$ . Nanti next month kita try tengok lagi ye."

Aku pun sengih je. Kira awal jugak la baby ni tunjuk 'tut' kat mummy dia eh. Awak tau mummy excited tengok awak eh? hehe.. Tak kesah baby apa pun doktor. Janji baby saya sihat walafiat sempurna sifat, saya dah cukup bersyukur. :)


Semoga sihat berkembang di dalam sana dengan lindungan Allah..

Saturday, November 30, 2013

First Pregnancy Check-up @ Klinik Kesihatan Beranang - #3


Ketika kandungan ku memasuki second trimester barulah aku membuat keputusan nak buat buku merah kat Klinik Kesihatan ni. Klinik Kesihatan Beranang ni memang dekat sangat lah dengan rumah aku kat Bandar Tasik Kesuma tu. 5 minit drive dah sampai.

Proses check-up kat klinik kerajaan ni biasa lah procedure dia. Isi dua buku merah, 1 simpanan kita dan 1 untuk rekod klinik. Lepas tu ambil berat, tekanan darah dan seterusnya urine sample. Then akan ada seorang nurse yang akan panggil dan cek perut dan breast kita. Kenapa nak cek perut dan breast? Cek perut tu aku tak sure untuk apa, tapi nurse tu rasa bahagian bawah perut aku dan bagitau yang kedudukan baby aku tu ok. Kagum kejap aku macam mana dia boleh raba macam tu dah tau kedudukan baby ok ke tidak.. Nurse akan tolong cek breast kita samada terdapat ketulan atau pun tidak. Ini sebahagian cara nak kesan kanser payudara. Yang ni sebenarnya boleh buat sendiri. Tapi untuk permulaan ada baiknya nurse tolong tunjukkan cara yang betul untuk kita buat sendiri selepas ni.

Then nurse akan explain pasal pemakanan, kesihatan dan macam-macam nasihat akan diberikan. Time ni tanya je banyak-banyak soalan kat nurse tu. Free tak bayar consultation fee pun.. Huhu..

Selepas semua proses tu barulah kita akan berjumpa dengan doktor. Untuk yang pertama kali buka buku pink ni memang kena jumpa doktor. Doktor akan scan kandungan. Tapi yang tak bestnya bila doktor tu semacam syok sendiri je scan baby tu tanpa berkata apa-apa pun pada aku. Entah apa lah yang dia belek-belek dan ukur-ukur kat skrin tu. Nasib baik dah pernah scan dekat Hospital Pusrawi dulu so tak adalah macam beria-ia sangat aku nak panjangkan kepala aku ni tengok skrin tu kan. Yang penting, baby ok kat dalam tu ye sayang… J Hmmmmm….

Kesimpulannya, check-up kat Klinik Kesihatan ni memang lambat sedikit dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk menunggu queue. Kata pun perkhidmatan percuma kan. Haruslah ramai orang yang menggunakan kemudahan yang memang kerajaan sediakan untuk kita ye tak??


Buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh~~~~ 
ooppsss.. buku yang ni tak ada tamat tempoh.. ke tamat tempoh time beranak nanti.. hehehe...

Saturday, November 9, 2013

Second Pregnancy Check-up @ Pusrawi Kajang - #2


Pada 6/11/2013 yang lepas, aku telah pun membuat second check-up bersama Dr. Jamaliah di Hospital Pusrawi Kajang. Setiap kali check-up memang yang dinantikan adalah untuk mengintai baby di dalam perut ni. J

Al-hamdulillah tiada apa-apa masalah pada mommy dan bila scan baby, I can hear the heartbeat dengan jelasnya. Dup dap dup dap…~~ Lajunya heartbeat anak mommy ni… J

And it happened that I was asking a simple stupid question to Dr. Jamaliah. “Kenapa kepala baby saya besar dari badan dia doktor?”.

“Ooo.. Memang la.. Stage sekarang ni pembentukan otak tengah berlaku. Kepala memang akan lagi besar dari badan dia. There is no need to worry.”


Kali ni aku dibekalkan dengan obimin selama sebulan dan next appointment adalah sebulan dari sekarang.

I saw your little head baby.. :)

Sunday, October 13, 2013

First Pregnancy Check-up @ Pusrawi Kajang - #1


Aku mengambil keputusan untuk mengesahkan kehamilan kedua aku ni kat Hospital Pusrawi Kajang pada 11/10/2013, 16 hari selepas aku buat pregnancy test pada entri sebelum ni. Pakar O&G aku adalah doctor yang sama mengesahkan keguguran aku pada kehamilan pertama iaitu Dr. Jamaliah Mohamad. Aku pilih doctor ni sebab dia pada aku bukan saja seorang doctor malah seorang insan yang prihatin dengan kesedihan orang lain. Walaupun aku bersedih disebabkan keguguran sebelum ni, Dr. Jamaliah banyak memberi kata-kata perangsang pada aku dan membuatkan rasa sedih tu berkurangan. 

Bila doktor bukak je rekod perubatan aku yang lepas, dia terus tanya, “Macam mana hari tu? Ada cuci ke?”. Aku pun explain la kat dia yang malam lepas aku jumpa dia tu aku terus tumpah darah dan pergi buat D&C kat KPJ Kajang seperti yang diceritakan pada entri ini.

Then dia pun congratulate aku untuk pregnancy yang kedua ni. Tibalah waktu yang paling disukai oleh para ‘mom to be’ ni iaitu SCAN BABY… Excited tau.. Heheh..

Bila dia scan perut aku tak Nampak apa pun. Dia explain mungkin kandungan aku still baru and kecik lagi so maybe tak nampak. Tapi considering my previous failure pregnancy I can’t possibly force myself to accept it. Then she suggesting me to do TVS (scan through vagina). Aku tanya doktor ada chance tak nak nampak baby tu and ada apa-apa risiko tak nak buat TVS? She said that the chances will be more for us to see the baby using TVS and there is no risk to do it. Aku pun okla since aku betul-betul berharap yang pregnancy aku kali ni menjadi, In Sya Allah~~

Al-hamdulillah bila scan through vagina, I can see my tiny baby and got to hear the heartbeat. Syukur padaMu ya Allah.

Dr. Jamaliah set appointment untuk jumpa dia dalam masa sebulan lagi. Dia kata maybe time tu kita dah boleh nampak dengan jelasnya lagi baby ni, In Sya Allah~~ Aku dibekalkan asid folic selama sebulan.



Little baby inside me.. Al-hamdulillah.. 

Saturday, September 28, 2013

Percaturan Terbaik dari Allah s.w.t


Alhamdulillah syukur ku pada Mu lagi ya Allah. Sesungguhnya tidak putus-putus rezeki yang Kau beri padaKu ya Allah. Segala puji dan syukur ku panjatkan padaMu.

Semua sedia maklum yang aku baru mengalami keguguran dalam entri sebelum ni. Beberapi hari saja lagi sebelum umat Islam menyambut Ramadhan. Sejak keguguran, period aku pun mula tak teratur dan aku semacam malas nak mengambil perhatian mengenai kitaran haidku. Ku kira yang aku akan biarkan dulu keadaan haidku pulih seperti biasa. Hmmm.. First period aku selepas keguguran adalah pada  7/8/2013, sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, 42 hari selepas aku keguguran. Itu adalah kali terakhir aku period sebelum aku ambil pregnancy test pada 24/9/2013 dan hasilnya positif. Al-hamdulillah… Perbezaan tarikh last period aku dengan tarikh pregnancy test aku adalah 48 hari.

Macam mana tau diri sendiri pregnant?
Tiada jawapan pada soalan ni sebenarnya. Kehamilan pertama yang lepas ada jugak tanda-tanda hamil tu tapi yang kedua ni memamng tak ada langsung.

So kenapa buat pregnancy test?
Saja suka-suka. Huhuhu… Kalau ikutkan cycle period aku pernah lebih 50 hari so memang tak logic pulak la kan aku nak cek pregnancy pada cycle 48 hari tu. Tapi memang jawapan aku, saja je test suka-suka dan hasilnya positif. Al-hamdulillah…

Perasaan hamil kali kedua degan pantasnya selepas keguguran 3 bulan sebelum tu?

Mestilah sukar untuk aku percaya pada mulanya. Sampai aku ingatkan hormone pregnancy yang pertama tu tak habis keluar lagi dari badan aku.. Hampeh je kan.. hehehe.. Seperti biasa excited bagitau perkhabaran gembira pada Mr. J. Tapi kami ambil keputusan untuk tunggu lama sikit sebelum confirmkan pregnancy tu dengan doctor. In between that aku dah start makan asid folic.

Positive untuk kali ke-2.. Alhamdulillah.. :) 

Monday, July 22, 2013

Miscarriage @ Keguguran. Sakit kah?

Tajuk baik punya kan. huhu..
Seperti dalam entri sebelum ini, semua sedia maklum yang aku telah pun officially nya telah mengalami miscarriage atau dalam bahasa nya, keguguran!

Memang tak pernah terfikir dan terbayang oleh aku yang aku diberi peluang oleh Nya untuk merasai pengalaman yang boleh dikatakan scary jugak untuk most woman in the earth (not include manusia berhati binatang yang sengaja menggugurkan kandungan mereka, masya-Allah!)

Let begin the story!

Starting from 1/7/2013, aku dengan Mr. J akan berpindah ke rumah kami sendiri. Finally, setelah hampir setahun urusan jual beli rumah ni settle jugak akhirnya.. Yeay! Ok dah melalut.. Makanya, aku dan Mr. J pun banyak la membuat persediaan apa-apa yang patut untuk masuk ke rumah kami. Maklumlah rumah sendiri kan, excited lebih! Tapi Mr. J banyak kali pesan kat aku jangan buat kerja berat sangat. Setakat lipat-lipat baju masuk beg tu boleh la..

Pada malam kejadian, Mr. J pergi mengemas di rumah kami. Aku pulak mengemas di rumah sewa. Time aku buang air kecil kat toilet aku perasan yang ada benda mengalir dari 'tut' aku tu. Bila aku berdiri je, darah pun mengalir dengan lajunya ke lantai toilet. Memang lantai toilet penuh dengan darah. Memang scary sangat keadaan time tu.. Aku pun immediately call Mr. J suruh balik and pesan beli pad sebab stok pad memang tak ada.

Kebetulan pad ada tinggal satu je stok aku. Itupun tak sampai 5 minit pakai dah penuh. OMG!! Memang cuak gila. Mr. J sampai je, kami pun bergegas ke Hospital Pusrawi Kajang. Nasib baik tengah malam so jalan pun memang clear. Sampai je kat Pusrawi, TUTUP pulak!! (Mr. J yang cakap la, aku kan kat kereta je tak turun)

Lepas tu dah pening nak ke mana. Yang aku ni pulak risau takut darah aku ni habis.. Boleh tak camtu?? hahaha... Then menerjah la kami ke KPJ Kajang.

Sampai je kat KPJ Kajang, terus je park kat emergency then ada nurse datang bawak wheelchair. Time tu darah memang tak berhenti lagi keluar. Aku tak taula keadaan seat kereta time tu.. Nasib baik seat tu leather and aku pun duduk kat atas plastik Tesco.. Huhu.. Then aku terus ditempatkan di atas katil and ada seorang nurse yang bersihkan aku.. Kat bahagian badan bawah aku memang dah bermandi darah dah.

Bila datang seorang doktor cina ni, scary story was really began.. It was really hurt me... -___-'
Doktor tu explain yang dia akan try keluarkan 'my baby' naturally which is my 'tut' akan dikorek untuk mengeluarkan janin tu. Hanya Allah yang tahu the pain I've to endure. Seriously aku memang tak boleh nak berfikir and aku just serahkan semua pada Allah. Hanya Dia yang boleh jaga aku.. But Allah memang nak uji aku.. Kantung baby tersangkut kat dalam. It explain why I've been in so much pain.. Aku terpaksa jugak buat D&C but have to wait for other doctor to come. Aku dimasukkan ke wad untuk berehat. Tapi aku memang langsung tak boleh berehat sebab aku tersangat sakit.. :'( Time tu aku rasa dalam pukul 2 pagi.
Doktor sampai dalam pukul 3 pagi and checked on my condition. He said that we will go for D&C on 8am. Aku dah macam, what the fish...?? Aku kena tunggu lama lagi ke? Dah lah badan aku ni macam nak terputus dua dah aku rasa..

" Tak boleh awal lagi ke Dr.? Saya dah sakit sangat ni.. "

"You nak ubat tahan sakit ke? I bagi u ubat tahan sakit la ye..."

Then datang seorang nurse cucuk apa entah kat tangan aku tu.. But seriously aku tak rasa kurang pun sakit tu. Hampeh betul.. -___-

Nasib baik lah Mr.J ada kat sisi aku sepanjang masa. Time ni dia la jadi sumber kekuatan aku. Tangan dia tu nasib baik tak hancur bila aku genggam and picit-picit time aku rasa sakit yang amat..
Finally dalam pukul 4.30 pagi macam tu, doktor datang check my condition and he said that we will proceed with D&C now.. Aku pun ditolak ke bilik bedah aku rasa memandangkan selalu je nampak keadaan bilik bedah tu kat dalam drama. Datang seorang doktor bius ni. Dia explain yang aku akan dibius dan tak akan sedar sepanjang proses D&C tu..

"Betul ke Dr. yang saya tak akan sedar time D&C tu nanti? Kalau tiba-tiba saya sedar macam mana?", tanyaku penuh perasaan.. Huhu..

" Tak akan lah.. Saya bagi u ubat bius baik punya".. haha.. Tu tipu.. Mana ada doktor tu cakap macam tu.. He just told me to relax and let him take care of the rest. Pada Allah saja aku berserah..

Selepas dimasukkan ubat bius, aku disuruh bernafas dengan corong oksigen tu sebanyak 3 kali. Then I was passed out. Memang tak sedar sampai subuh. Tak silap aku, pukul 7 pagi baru aku tersedar dan subhanallah waktu dah sedar memang dah tak ada rasa sakit langsung. Syukur padaMu ya Allah...

Mr. J explain yang aku kat dalam bilik bedah tu tak lama pun. Just around 20 minutes macam tu je. Hmmmm... Apa-apa pun syukur semuanya selamat. Nurse datang cek aku, bagi breakfast and suruh pilih menu for lunch. Then dia suruh aku buang air kecil sebelum tengahari. Nak tengok samada saluran kencing aku ni berfungsi ke tak kot. Haha.. Mula-mula tu takut-takut jugak nak buang air kan. Takut rasa pedih ke, nyilu ke.. Ngalahkan orang bersalin la pulak kan. Tapi bila buang air memang tak ada rasa apa pun. Huhuhu..

Aku dibenarkan discharge pada hari tu jugak. Al-hamdulillah semuanya selamat. Lepas ni kena try harder with Mr. J.. ngeh ngeh...~~

1st time warded in my life. Such an unforgettable moment.






Monday, July 15, 2013

Jangan Bersedih


Confirmation of my pregnancy dibuat di Klinik Suraya, Bangi pada 24/5/2013. Alhamdulillah doktor mengesahkan yang aku confirm pregnant.. I like.. ^^ Bila scan memang baby tak nampak lagi. Most probably sebab kecik sangat lagi. Tapi kantung baby tu dah nampak terbentuk la. Doktor suggest datang scan lagi 2 minngu akan datang. Maybe time tu dah boleh nampak baby. Base on scan, pregnancy aku dah masuk 5 minggu. 

1st scan

Check-up yang kedua dibuat di Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah pada 10/6/2013. Actually this is not a check-up la. But more to inspect the baby inside there sebab yang first tu tak nampak lagi baby. This time pun I'm not lucky sebab still tak nampak lagi baby. Kali ni memang aku dah risau. But doktor tu macam faham je kerisauan aku then she told me dont worry. Kantung baby membesar dengan baik so thats mean its fine.
But I do worried okay -___-" . Base on scan, my pregnancy was 7 weeks.

2nd scan

Percubaan ketiga nak tengok my baby was on 24/6/2013.. This time pun buat dekat Az-Zahrah jugak. Mula-mula buat scan tu dengan doktor biasa je, Dr. Noraliza. Tengok muka dia yang berkerut time scan perut aku tu, aku dah risau. Then dia kata dia nak rujuk aku dengan pakar O&G kat tingkat atas. Aku dah redha dah time tu. Apa pun yang jadi, insyaAllah aku akan terima dengan tenang. Aku dirujuk dengan Dr. Mashita, doktor pakar O&G. Dia tanya aku detail pregnancy i.e week of pregnancy. Then bila scan, tarikh yang aku bagi tu tak sama dengan scan. Suppose I am in my 12 weeks pregnancy but the scan indicate that it was 9 weeks. Then she also said that kantung baby macam dah tak cantik. Dalam erti kata lain, the pregnancy was fail to grow.. :'(

Dr. Mashita bagi 2 choice for me to think 1st. Samada nak tunggu 'benda' tu keluar sendiri or buat D&C. Aku pun cakap kat dia yang buat masa ni aku tak dapat nak fikir and aku rasa yang aku nak let it go naturally. But honestly aku still tak puas hati dengan her explanation even though she is the expert. I think that I might just get second opinion. No harm pun kan nak tanya ramai expert ni.

Then besoknya 25/6/2013, aku menjengah pulak Hospital Pusrawi Kajang. Pakar O&G dia adalah Dr.Jamaliah. Lembut dan baik sangat orangnya. Memang berbeza personaliti dia dengan Dr. Masihta from Az-Zahra.. -__-'

Bila Dr. Jamaliah scan baby, once again dia mengesahkan apa yang sebelum ini dikatakan oleh Dr. Mashita. Kantung dah makin menipis and bentuk dah tak cantik. This is considered fail pregnancy.. Hmmmmmm..... Memang aku dah redha la time tu. Mungkin juga Dr. Jamaliah ni pandai memujuk hatiku yang tengah lara tu, so rasa sedih ni still boleh control. She suggest me to do D&C and she give me 1 week to think. But dah tertulis di Loh Mahfuz yang memang malam tu jugak aku keguguran. :'(

Certita part keguguran, in sya Allah pada next entry akan aku ceritakan.

Last scan for the 1st pregnancy.. :'(

Monday, June 24, 2013

Alhamdulillah...

Aku mulakan post ni dengan kalimah Alhamdulillah. Segala syukur ku panjatkan padaNya kerana akhirnya aku dan Mr. J diberi peluang untuk merasai perasaan menjadi "parents to be".

Seperti yang aku ceritakan pada post sebelum ni, pada period aku hari ke-2 hingga hari ke-6 aku makan ubat Clomid seperti arahan Dr. Zalina la. Then lepas aku consume Clomid tu, period aku tak kunjung tiba. Aku ingat tak ada apa la sebab period aku kan macam 'ting tong' sejak kebelakangan ni. So, aku pun buat 'dunno' je. 

Sampai la ada satu hari tu aku tetiba rasa cam sakit sangat tulang belakang aku dan rasa pening-pening je. Aku pun decide nak buat UPT since aku ada lebih test kit tu time sebelum buat rawatan kesuburan kat KPJ lagi.. Pagi-pagi 23/5/2013 aku bangun terus buat test tu. Then it appear double line. Subhanallah... Rasa nak melompat menjerit kat toilet tu. 

Lepas tu mula fikir tak nak bagitau Mr. J dulu. Nak bagitau besok je as a birthday present for him since 24/5/2013 was his birthday. Tapi mana boleh tahan wei... Keluar-keluar toilet aku terus sengih lebar je tunjuk UPT test kit tu kat dia.. Dia pun apa lagi, terus senyum lebar macam aku jugak..

My first UPT test kit yang ada double line.. ^_^

*******Next entry kita cerita pasal check-up pulak ye.. ^.^

Sunday, June 16, 2013

My TTC Journey #2 - Clomid

Sambungan dari my previous story here.

2nd appointment with Dr. Ariza is on my 12th day period. Aku dapat call dari KPJ Ampang Puteri mengatakan yang Dr. Ariza is not around time my check-up tu. Then they replace with Dr. Zalina.

Nothing much la check-up kali ni. Dr. Zalina just check tengok size telur (ovum). Dr. cakap ovum aku tu macam kecik and tak matang la untuk cycle yang ni. Kali ni Dr. Zalina bagi aku ubat Clomid untuk aku makan next cycle period aku. For info, Clomid adalah sejenis ubat subur. Bukan suka-suka tau korang nak telan ubat ni. Kena ada advice from doctor. Clomid ni dimakan pada hari ke-2 hingga hari ke-6 time period, 2 biji sekali makan.

 Rupa clomid yang aku kena telan.. ^^



Total cost untuk second visit aku kali ni....


.....RM287.50.....


Friday, June 14, 2013

My TTC Journey #1 - Rawatan Kesuburan


Semuanya bermula pada bulan November 2012 apabila time tu my period tak kunjung tiba hampir dua bulan. Aku pun dah pelik sebab kebiasaannya period aku akan datang jenguk aku paling lambat pun 40 hari lepas cycle sebelumnya. Ini dah lebih hari la pulak. Bila test asyik negative je pulak tu. Membazir pregnancy kit je.. haha.. Mula-mula tu adalah memasang angan-angan yang mungkin hormon hcg tak boleh baca lagi ni so tunggu la lama sikit untuk test semula. But dah 2 bulan lebih pun period belum datang menjengah lagi menyebabkan aku dan Mr. J pun dah pelik bin ajaib dah.. haha..

Then aku dan Mr. J decide untuk pergi cek kat klinik biasa je dulu. Klinik pertama yang kitorang terjah adalah klinik Dr. Suraya kat Bangi. Bila masuk bilik Dr. aku pun explain la yang period aku tak kunjung tiba 2 bulan lebih dah. Then Dr. suruh buat pregnancy test. Hasilnya still negative. Then Dr. scan pulak. Dr. simpulkan yang aku tak pregnant dan mungkin aku tak ovulate bulan tu. Tiada penerangan selanjutnya dan tiada ubat diberikan. Dr. suggestkan aku buat rawatan kesuburan dan mengesyorkan Dr. Ariza dari KPJ Ampang Puteri. 

Aku still tak puas hati jugak bila dah jumpa Dr. Suraya. Next klinik yang aku terjah adalah Klinik Pusrawi Kajang. This time the consultation was with O&G specialist, Dr. Jamaliah. For the second time Dr. simpulkan benda yang sama dengan Dr. Suraya. This time I accept it. Aku pasrah.. Chewah ayat kemain lagi.. Aku dibekalkan dengan ubat turun darah untuk bagi aku period. Aku pun makan lah ubat tu.. Selang seminggu kot aku period but it was only for two days kot. Sekejapan kan? 

Finally I've decided to seek for specialist consultation at KPJ Ampang Putri. Dr. pilihan adalah Dr. Ariza.. Nak set appointment dengan dia ni kemain susah lagi.. Hari ni call untuk set appointment for next month.. Tu je date yang available. Nak tak nak kena la tunggu sebulan.

16 Jan 2013
Tarikh keramat permulaan rawatan kesuburan aku dengan Dr. Ariza kat KPJ Ampang Putri.. Waktu appointment pukul 10 pagi. Aku pun sampai sharp pukul 10 pagi tapi sangatla frust sebab walaupun dah buat appointment tapi sebenarnya kena ambik que time klinik baru bukak . So tak semestinya lah kau boleh jumpa Dr. pukul 10 pagi tu. Kalau aku tau jam 8 pagi aku dah tercongok kat klinik dia tu. Nak buat cam mana kan, tak tau.. 

Tunggu punya tunggu, kul 2ptg kot baru aku masuk bilik Dr. Macam biasalah cerita masalah aku kat Dr. i.e period tak regular and dah lama tak datang period.



Dr.: Kamu ada pertambahan berat badan mendadak ke?

Aku: Ada kot Dr. Saya rasa lepas kahwin berat saya memang naik rapidly macam bas rapid.. kahkahkah..

Dr.: Cycle kamu selalu berapa hari?

Aku: Biasanya 30-34 hari (sambil menunjukkan rekod bulanan period aku pada Dr.)

Dr.: Kita buat pap smear dulu and then buat TVS. 

what the.... aku dah cuak gila tengok segala macam jenis peralatan kat bilik tu.. dalam otak dah pikir " Dr. ni nak jolok apa la kat 'tut' tu ha"..




alat ni untuk letak kat 'tut' supaya 'tut' kita tu akan terbukak time Dr. nak ambik sel tisu kat situ.



yang ni pulak pap smear procedure. seram tak nak nengok?? huhu..




lepas dah buat pap smear, buat TVS pulak. 


2 kali 'tut' aku dirodok oleh speculum tu ha.. Ngilu je aku rasa.. haha.. Bila dah sudah pap smear and TVS tu, Dr. pun explain la yang aku ni sebenarnya adalah seorang yang mengalami sindrom PCOS ni.. Folikel-folikel kat dalam ovari aku tak matang dan tak mengeluarkan telur. Folikel tu berkumpul kat dalam ovari dan jadi cyst kecil. Tu yang bila tengok photo kat bawah ni ada bintik hitam yang kecil-kecil tu kan. Tak normal la tu. Normal ovari bentuk bintik hitam dia lebih kurang sama je saiznya.


Scan TVS.



Sambung balik perbualan aku dengan Dr. Ariza.

Dr.: Sekarang ni awak nak anak ke?

Aku: Mestilah nak Dr. 
Dalam hati, "kalau aku tak nak buat apa aku susah payah buang masa buang duit jumpa ko ye dok?"

Dr.: So sekarang ni awak kena reduce weight la. Saya akan bagi ubat metformin untuk awak. Metformin ni untuk merendahkan kandungan gula dalam darah akibat "insulin resistance". Metformin akan kurangkan pengeluaran gula dari organ hati dan merawat "insulin resistance" dan mengembalikan kesuburan dan ovulasi.

Aku: anggukkan kepala je tapi sebenarnya still blur lagi.

Dr.: Awak habiskan makan meformin ni then kita set appointment hari ke-12 awak period.

Aku: Ok Dr. Thanks.


Bermulalah episod cerita telan ubat setiap hari aku. Nak buat cam mana kan.. Semuanya usaha aku untuk dapat zuriat. Yang menentukannya, hanyalah ALLAH s.w.t saja kan. Nanti aku sambung pulak cerita second appointment aku dengan Dr. Ariza ye.




Thursday, June 6, 2013

It's About Time

Hampir setahun blog tak berupdate. Blog tak berupdate tak bermakna tak ada cerita menarik dalam hidup. Banyak yang terjadi pada hidup selama hampir setahun ni. Tapi jari ni mungkin tak ngam kot dengan keyboard ni. ^^

Last update di blog adalah mengenai kerja baru aku. Ooo nak bagitau yang sekarang aku dah berpatah balik ke company lama aku. Hmmm... Jiwa tak serasi dengan manufacturer. Nak kerja yang lasak-lasak jugak katanya..

How's life?

Al-hamdulillah... Diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk melalui fasa baru dalam kehidupan. InsyaAllah akan diceritakan dengan lebih detail pada entri seterusnya. It's all about time.. ^^


Thursday, January 24, 2013

Red Velvet Cake @ Kek Baldu Merah



..Si cantik merah yang gebu lagi menawan.. 

Kek ni recently become so famous. Everyone will talk about 'her'. I purposedly pointed 'her' because this cake looking so damn gorgeous like an elegant women. haha dah merepek.. Enough about that..

At first baking this cake it taste so bitter.. Tak tau kenapa kek ni rasa pahit sangat.. Naluri hati maybe sebab guna vinegar biasa yang jumpa kat kedai runcit Muthu.. tetiba..(-_-)
Then aku buat lagi skali but this time using distilled vinegar from Heinz.. Hasilnya sudah tak pahit..yeay.. Tepuk tangan untuk distilled vinegar.. lagi sekali tetiba.. (-_-')

Tapi overall aku belum puas hati lagi dalam pembikinan kek ni.. Sebab aku belum pernah lagi dapat color merah yang aku idam-idamkan untuk kek ni.. 


Aku nak merah cenggini..

Tapi selalu dapat merah gini.. T_T


But its okay.. I'll try until I get it.. :)




This cake untuk mother of my junior @ aunt of my bff.


This cake for a friend of my bff.

Friday, January 18, 2013

Japanese Crispy Cream Puff



I love cream puff!!!
Tapi aku tak suka cream puff yang cream dia keras.. Aku suka bila gigit cream puff tu custard cream dia pun meleleh leleh je...perghhh... memang owsom betol dapat makan cream puff yang sedemikian.. 

Japanese Crispy Cream Puff ni aku belajar kat Bzee Bakery Seremban. Kelas yang sama aku belajar buat durian crepe dulu. Kira sekali pakej la belajar Crepe and Puff ni. 

Apa yang membezakan Japanese Crispy Cream Puff ni dengan Cream Puff biasa adalah kulit puff dia yang crispy tu. Crispy dia tu ala-ala macam crispy papa roti tu ha.. Memang sedap!! Custard cream dia pula sama je dengan Cream Puff biasa.


 Tergoda tengok kegebuan Puff ni.. Geram rasa nak makan laju-laju.. ^^


 Medium Puff - 25pcs/RM30
Small Puff - 45pcs/RM40


Saturday, January 5, 2013

Carrot Cake


This cake was made for my first wedding anniversary on 10/9/2011. Ini first time aku bake carrot cake ni. Resepi ni was followed Mat Gebu punya resepi but aku tak letak pineapple cube tu. 

Kek ni bagi aku memang moist dan lemak manis. Yang aku suka ialah part kacang walnut kat dalam tu. Memang best makan crunchy-crunchy gitew..

Frosting kek ni agak fail bagi aku and aku pun tak tau kenapa.. Frosting kali ni agak melepet. Adakah sebab butter? Entahla.. Aku pun tak cukup ilmu lagi bab-bab frosting kek ni.. Nantilah aku ngaji lebih bab-bab frosting ni okay..


Sila abaikan frosting dan sila teliti rupa kek.. ^_^


Sekali lagi sila abaikan frosting yang melepet dan sila fokus pada tulisan yang cantik.. haha..

Friday, January 4, 2013

Mini Cheese Cake Seputih Salju


Mini version of cheese cake seputih salju.. Comey.. ^^ Personally, aku lebih suka makan yang mini punye version ni.. Nikmat dia lain macam sikit.. hehe.. But overall is shedapp!! The mini version ni aku tak buat satu-satu.. Aku buat the whole cake and ambik cutter bulat then kasi potong.. ^^ Yang lebih-lebihan tu mestila dah ngap dulu..huhu.. ^^

 (^____^)


RM1.50/pcs


Packing macam ni RM24/16pcs