Wednesday, September 21, 2011

~~Bertukar Status "Pn. Hazwani"~~

Lama sangat tak upload blog ni.

Rasa macam blog ni dah terabai sangat dek kerana persiapan kahwin yang tak jugak seberapa gilang-gemilang. Tapi aku sangat bersyukur kerana majlis yang berjalan lancar baik di rumah mahupun dihotel.

So, my status sekarang adalah Puan.. ^^

Apa feel??

Honestly say, I am very grateful to Allah because He give me my tempat berlindung. Jamaludin Azmi was chosen by Allah to be with me, to protect me and to love me. Alhamdulillah, our 11 years relationship conclude with akad nikah on 10 Sept 2011. ^^

**Thanks sayang for your patient to be with me for the past 11 years**

I am very grateful to my beloved mama, Pn. Sumairah for all the susah payah that she sacrifice to make my both ceremony berjalan lancar. Thanks mom.. May Allah bless you forever.. I am very lucky to be born as your daughter.. ^^

Tapi......

Hidup berjauhan dengan suami sangat mencabar...

Kenapa mencabar??

Sebab rindu...
Sebab tak dapat melayan suami...
Berapa banyak pahala yang terlepas... ='(

Ye, buat masa sekarang aku dan suami terpaksa berjauhan kerana tuntutan kerja aku di Bukit Gambir, Muar, Johor.

Kami hanya mampu bersabar.

Kami yakin yang Allah telah merancang sesuatu yang baik untuk kami dimasa hadapan.

InsyaAllah.

P/S: Next entry will be about my wedding.. ^^





Wednesday, August 17, 2011

...I am Getting Married...

...I'm getting married...
...In less than a month...
...I'm gonna be wife...
!!!Excited!!! 
^_^

...The journey...

1) Knowing the existing of each other in 1999. At that time we still 14.. So young.. +_+ 

2) How do I know him?? Because the sound of he 'bbbuurrppp' (at tuisyen class) is almost same with frog.. ^_^ Sorry to say honey.. But that is how I know you back then.. 

3) How do he know me? Well, actually Yayasan Sabah student quite 'famous' that everyone could know us.. Sound kind of brag actually.. Hey, that's a fact...Muahahaha..

4) Started to have feeling for each other in 2000. At that time we are 15.. We are in a same class. He sat right in front of me. Everyday chit chating and dating at class.. =">

5) Started a relationship in 2001 as a lovely couple at SAAS.. ^_^

6) After 10 years dating, I have been booked by him as his future bride in a fully blessed engagement ceremony at Sabah on 9/10/2010.

7) InsyaAllah, the solemnization between me and him will be held on 10 September 2011 at Sabah.

8) The reception will be held on 11 September 2011.

9) Majlis bertandang will be held on 25 September 2011 at bangi. (psssttt, it's my birthday) ^_^

...Wishes us the best in our journey and to the smoothness of all our majlis...


Mr. J and Ms. W (2425)



Friday, August 12, 2011

Drama Wedding Card - Walimatul Urus

"Tak cantik..."

Ayat menusuk kalbu..
Ayat siapa???
Ayat seorang hamba Allah..
Siapa???
Biarlah rahsia...hehe.. ^^

Kita tak boleh puaskan hati semua orang. That's right.. Aku berpegang pada ayat itu... Mungkin pada dia wedding card aku tak cantik tapi pada orang lain cantik.. 

Banyak lagi benda yang perlu difikirkan selain isu kad. Wedding card aku memang biasa-biasa saja. Tak mewah mana pun. Aku dan Mr. J pilih wedding card ikut kemampuan kami. Itu saja yang kami mampu. Ringkas dan minimalist. Asal orang sampai ke majlis sudahlah.. 

While I'm blogwalking, I found this great article about walimatul urus. This great article menyedarkan aku kembali maksud walimatul urus.. The sources is from here


Walimatul Urus Antara Syariat dan Adat

Definisi Walimatul Urus dan Adat
Menurut perkataan walimatulurus berasal dari perkataan “Al-Walamu” yang memberi makna pertemuan. Dinamakan sedemikian kerana pihak lelaki dan perempuan bertemu sewaktu walimatulurus. Manakala, menurut istilah, walimatulurus adalah makanan/hidangan yang disediakan sewaktu majlis perkahwinan. Selain itu, walimatulurus juga didefinisikan sebagai kenduri bagi merayakan pengantin baru, dan walimah adalah suatu jamuan agama, bukanlah jamuan adat.
Definisi adat adalah suatu kebiasaan dari suatu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi.

Hukum Mengadakan Walimatulurus
Hukum mengadakan walimatulurus (iaitu menjemput orang ramai ke majlis walimatulurus) adalah sunat muakkad. Malahan, Rasulullah saw sendiri mengadakan walimatulurus.
  • Dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Lakukanlah walimah meskipun hanya dengan seekor kambing” (HR Muttafaqun alaih)

  • Dari Buraidah ra berkata bahwa ketika Ali bin Abi Thalib melamar Fatimah ra, Rasulullah SAW bersabda,”Setiap pernikahan itu harus ada walimahnya.” (HR. Ahmad)

Tujuan Mengadakan Walimatulurus
  • Mengikut Sunnah Rasulullah saw dan ajaran Islam.

  • Mengumumkan pernikahan pasangan yang baru berkahwin.

  • Menggembirakan pasangan yang baru berkahwin.

  • Sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.

Hukum Menghadiri Walimatulurus
Hukumnya wajib untuk menghadiri walimatulurus melainkan ada keuzuran.
  • Dari Ibnu Umar ra. Ia berkata : Rasulullah SAW. bersabda : “Jika diundang seseorang diantara kamu untuk walimah, maka wajiblah ia mendatangi atau memenuhinya”.

  • Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah SAW. telah bersabda : “Sejelek-jeleknya makanan ialah makanan walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”. HR Muslim & Baihaqi

  • Rasulullah bersabda, “Apabila seorang dari antara kamu diundang ke kenduri nikah, hendaklah ia datang. Maka, kalau ia berpuasa, hendaklah dia mendoakan, jika tidak, hendaklah ia makan”. HR. Abu Daud

Walaupun begitu, menurut ulama, hukum wajib untuk menghadiri walimatulurus adalah jika pihak yang mengundang membuat perkara berikut:
  • Menjemput pelbagai golongan dan tidak terhad kepada golongan yang kaya sahaja.

  • Tiada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi, majlis tari menari dan nyanyian yang melalaikan.

  • Tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan (ramai antara masyakarat kita yang mengajak rakan-rakan berbeza jantina dan berbual bersama mereka sewaktu walimah).

  • Tiada menggunakan peralatan makan dan minum yang diperbuat dari emas, perak atau sutera.

Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan kepada mereka yang ingin mengadakan walimatulurus

1) Walimatulurus adalah sunnah Rasulullah, dan Rasulullah pernah mengadakan walimatulurus pada bulan syawal sewakut berkahwin dengan Aishah ra. Maka, dianjurkan untuk mengadakan perkahwinan dan walimatulurus pada bulan syawal kerana Aishah ra menyukainya…
  • Dari Aisyah ra, katanya, “Rasulullah saw menikahi aku pada bulan Syawal, dan menggauli aku pada bulan Syawal (pada tahun-tahun berikutnya). Tiada isteri-isteri Rasulullah yang lebih beruntung berbanding denganku”. (HR Muslim)

2) Orang-orang yang diundang hendaklah orang-orang yang bertakwa, janganlah dari orang yang fasiq.
  • Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, “Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan seorang mukmin, dan jangan memakan makananmu kecuali orang yang bertaqwa”. (HR. Ahmad dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

3) Dibolehkan menyediakan bunyi-bunyian untuk memeriahkan majlis.
  • Rasulullah saw bersabda “Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana di majlis perkahwinan itu.” (HR Ahmad dan At-Tirmizi)

  • Hiburan yang disediakan hendaklah sederhana dan sopan dan menggariskan hal seperti: 1)tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan 2)nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu 3)tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap ALLAH 4) seni kata nyanyian tiada perkataan cabul ataupun lucah

4) Janganlah menjemput golongan kaya sahaja.
  • “Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah SAW. telah bersabda : “Sejelek-jeleknya makanan ialah makanan walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”. [HR Muslim & Baihaqi]

5) Jangan lupa menjemput kaum kerabat dan sahabat-sahabat untuk mengelakkan mereka berkecil hati.

6) Berniat untuk mengikut sunnah dan memberi kesenangan kepada rakan-rakan yang hadir. Walimatulurus bukanlah untuk menunjuk-nunjuk dan berfoya-foya.

7) Jangan mengangkat makanan sebelum tetamu habis makan.

8) Disunatkan menghantar tetamu ke muka pintu. Bermanis muka adalah tanda sifat terpuji.

9) Ada ulamak menyatakan walimatulurus diadakan selepas malam pertama, kerana Nabi saw tidak pernah mengadakan walimah sebelum malam pertama.

10)Walimatulurus juga jika boleh, diadakan di masjid.

Perkara yang dititikberatkan bagi tetamu
1) Memenuhi undangan dan janganlah terlambat.

2) Jika menerima undangan lebih dari satu, jika mempunyai kelapangan masa, bolehlah pergi ke semua tempat. Namun, jika tidak berkesempatan, boleh pergi ke tempat yang paling awal dan paling dekat antara semua jemputan tersebut.
  • Sabda Rasulullah saw, “Apabila bersamaan dua undangan, maka tunaikanlah undangan terdekat dan jika salah satu daripadanya ada yang lebih awal, maka pergilah ke tempat yang lebih awal itu”.

3) Hendaklah mendoakan pihak yang mengundang.

4) Tetamu hendaklah memaafkan segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak pengantin. Semoga kemaafan ini memberi berkat kepada perkahwinan mereka.

Perkara Bertentangan dalam Islam yang selalu dilakukan oleh orang Islam berbangsa Melayu
  • Menabur beras kunyit. Ini dikatakan bertujuan menguatkan semangat pasangan pengantin dan menghalau roh jahat.

  • Membaca jampi mentera dan menyediakan pulut kuning dan telur kepada semangat jahat dan diperasap. Ini bertujuan untuk memelihara majlis perkahwinan dari semangat jahat yang mungkin mengganggu majlis.

  • Persandingan. Persandingan dilarang kerana mempunyai unsur tabarruj iaitu diperhias untuk dipamerkan. Budaya tabarruj ini dilarang oleh Rasulullah. Walaupun begitu, jika pengantin perempuan begitu menginginkan majlis persandingan, dibolehkan dengan pihak yang menonton adalah ahli keluarga dan kaum hawa sahaja.

  • Perbelanjaan walimatulurus yang besar. Rasulullah hanya mengadakan walimatulurus dengan buah tamar dan keju. Ini kerana walimatulurus bertujuan menghebahkan tentang pengantin baru, bukannya untuk berhibur.

Kesimpulan
Mengadakan walimatulurus bukanlah suatu adat Melayu, tetapi suatu sunnah yang dituntut oleh Islam, yang sudah menjadi perkara biasa bagi perkahwinan orang Melayu. Maka, orang Islam yang berkahwin mestilah teruja untuk mengadakan walimatulurus kerana padanya ada pahala. Namun, pihak pengantin perlulah betul-betul memahami perkara yang dibolehkan dan perkara yang tidak dibolehkan, supaya perkara yang haram dapat dielakkan. Justeru itu, perkahwinan yang baru dilangsungkan akan diberkati Allah swt.


Harap artikel ini dapat memberi maksud yang jelas dan dapat memberi panduan yang betul kepada sesebuah majlis perkahwinan. 

Aku hanya berharap majlis perkahwinan ku ini dibawah lindungan Allah swt dan semoga perkahwinan aku dan Mr. J nanti diberkati Allah swt.

Amin~~

P/s: Baru tau yang Rasulullah saw menikahi Aisyah ra pada bulan Syawal. Dan kebetulan aku pun InsyaAllah bakal bernikah pada bulan Syawal juga.. (^_^)

Tuesday, August 2, 2011

Macaron for Shuddei



Last Saturday was Shuddei granny birthday. The whole family decide to host a kenduri at Kg. Bekoh celebrating the birthday together with upcoming holy month, Ramadhan. So, I was assigned by her to made this super duper cutie petite macaron. 

At first I supposed to bake 2 cakes for this ceremony. But due to my laziness and some sort of problem, I just bake a blueberry cheesecake. 

I made the macaron using french technique. No boiled sugar. Just a simple french method. 5 flavor has been choose; chocolate ganache, nutella, blueberry, blueberry chocolate and salted caramel. I don't have enough time to make a lot of it. At the end, I just completed 140pcs and it is absolutely not enough.. T_T
*Sorry la Shuddei.. Next time I'll do a lot of it. hehe..

Nothing more can I expect except for the acceptable of the orang kampung to eat my macaron. The feedback also very positive. This can make me more passion to improve my macaron in the future... hehehe.. ^^ 

Okay, lets enjoy the macaron.. ^^

meet the whitey nutella, brownie choco and purpley berry.. ^^

Adding to the family is pinky caramel and peachy chocoberry.. ^^

This set is for my Mr. J ^^

My cutie petite macaron..

Close up of the cutie petite.. ^^

Anyone craving for macaron?? (^_^)V

Monday, July 4, 2011

Wedding Card

Last Sunday, I and Mr. J collect our wedding card at Shah Alam. Mula-mula tengok kad, bilang sama Mr. J, "Tak sangka kita dah ada kad kawen kan?? The card even has our name on it".. Terharu rasanya... Semakin dekat rasanya hari besar itu.. ^^

Secara keseluruhannya boleh dikatakan aku berpuas hati dengan my wedding card. Kitorang ambik pakej ni kat Mid Valley tahun 2010. Awal giler okay.. Sangat excited mahu kawen. hehe..

The package is include:
1000 pcs card + envelope
2 pcs banner/bunting
1000 pcs gift box (S)/ 600pcs gift box (L)

Memang bila kita pergi wedding expo ni sangat berbaloi-baloi rasanya berbanding dengan walk in customer. So, pada sesiapa yang malas nak fikir banyak-banyak macam aku ni, this is one of the way. Pergi wedding expo, pilih design mana yang berkenan di hati, then letak la deposit RM50..  Dah boleh dapat pakej di atas nun.. The price is affordable. Tak sampai pun 1k for all of it.. (^_^)

Tapi kad ni masih belum boleh diedarkan lagi.. 

Sebabnya
.
.
.
.
.

Ada sedikit kekreatifan yang mahu ditambah pada kad aku yang minimalist lagi simple ni.. ^^

Oleh itu aku bagi teaser saja lah dulu ye..

* Sila abaikan kualiti camera BB aku yang hanya 3.2Mb saja (T_T)

Saturday, June 25, 2011

My Healthy Life

Sebelum ni dah buat entri pasal asid folik. Tak cukup dengan asid folik, aku tamakkan vitamin lain pulak. Macam tak cukup-cukup vitamin yang selama ni aku makan. 

Bila aku balik Sabah je, my mom sibuk nak bekalkan aku dengan pelbagai jenis vitamin. Yelah, dia risau dengan her daughter yang bekerja di site ni. Kulit tak terjaga katanya. So, dia bagi aku makan vitamin C and spirulina from Elken, Fiber and Royal Jelly from CNI.

Dulu masa jaga site di Kelantan, aku pernah try produk Herbalife. Join dia punya healthy shake breakfast. Memang berkesan la. Berat aku turun 5kg time kat sana. Tapi it is very high maintainance. Tak larat nak beli every month.

Sekarang ni aku nak bertukar angin pulak. Nak try produk lain. ^^

Aku try google kat internet, produk apa yang bagus untuk kecantikan kulit dan dalam masa yang sama boleh mengurangkan berat badan aku disamping menjaga kesihatan dalaman. Finally, I've found this website. Pn. Cery nama pemilik dia. Website dia sangat sarat dengan info-info untuk kesihatan. Orangnya pun macam website dia jugak. Dia akan bagi pendapat yang bernas depends on our situation.

Setelah bertanya itu dan ini pada Pn. Cery, aku pun mengambil keputusan untuk melabur dalam produk ni. Vitamin from Shaklee. Nama yang tak asing pun. Sebelum ni selalu dengar je. Tak pernah pun try. Tapi kali ni memang betul-betul nak try. ^^

Servis dia memang sangat pantas. Dalam masa 2 hari buat pembayaran dah sampai dah. 


A 'gift' from Shaklee. Kotak dia besau giler.. ^^


Antara vitamin yang aku order.

Set yang ini adalah untuk kecantikan kulit. Tapi selain tu ada banyak lagi fungsi dia. Nak tau lebih lanjut? Silalah ke website Pn. Cery.. Banyak info yang korang boleh dapat kat situ. 

Ini pulak fiber from Shaklee.. Antara kelebihannya adalah untuk meningkatkan kesihatan sistem penghadaman, menyokong kesihatan usus, membantu menyahtoksinkan badan dan yang paling penting, membantu mengurangkan berat badan. ^^

This is my favourite. Cinch by Shaklee. Aku ambik chocolate flavour of course (my favorite) ^^
Cinch adalah set makanan tambahan bagi membantu mereka yang ada masalah berat badan and I'm the one. Mr. J suka ejek lemak saya. (T_T) 

Okay..Ini bukan product from Shaklee. Ini Lecithin by Blackmores. Aku beli ni sekali dengan asid folik hari tu. Yang ini pun penting untuk proses pemecahan lemak.. Aku nak hapuskan semua lemak bodo yang ada ni. ^^

Berikut adalah jadual pemakanan makanan kesihatan aku sekarang ni:
  • Breakfast     - Minum cinch + low fat milk, 1 bijik Vita C, 1 bijik asid folik
  • After Lunch  - 2 bijik Lecithin, 1 bijik B complex
  • Dinner         - Ambik jus + fiber
  • Before tidor - 1 bijik GLA
Apa-apa pun, ini adalah sebahagian dari usaha untuk menjaga kesihatan diri. Kesihatan kita itu datangnya dari Allah. Semoga Allah memberikan kesihatan yang panjang kepada aku untuk terus menabur bakti kepada keluarga. ^^

Amin~~










Tuesday, June 21, 2011

Acid Folic

ASID FOLIC

Pernah tak dengar nama menatang ni? 
Tau tak apa kebendanya ni? 
Ce-teka benda ni makanan or something else?
If benda ni makanan, korang rasa dengan nama asid kat depan nama dia tu, ada berani korang nak makan?
E' eh ko Wanie, banyak tanya pulak kan.. huhu..

First time aku dengar asid folic ni time my project manager pregnant. Shuddei bagi tau aku yang she's taking the acid folic 3 months before her wedding. Agak jahil juga aku sebenarnya pasal ubat-ubatan ni. Umur dah dekat 26 baru nak tau pasal asid folic. (-_-").. Al-maklum aku bukanlah orang yang suka makan ubat. Pendek kata dalam hal pemakanan ubat, aku memang FAIL!! ngeh ngeh..

Apa yang bagus sangat kat asid folic ni?

Hasil dari peng'google'an aku kat inetrnet, asid folic ni adalah sejenis vitamin B9. Selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijirin.   

Can you see the green vegetable? I hate it.. Baik makan asid folic dari makan sayur hijau tu.. huhu..

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). 

**Jika memerlukan penerangan lanjut sila ke sini.


Last Sunday, jalan-jalan with Mr. J kat Alamanda. Aku pergi la cari asid folik ni kat Guardian. Dengan penuh semangat aku bertanya kat staff dia, "Asid Folik ada? Nak jenama Appeton." Siap bagi jenama lagi tu. Hehe.. Malangnya staff tu cakap kat Guardian tu hanya ada asid folik yang pakai papan punya. Sepapan berharga RM0.60. Cakap kat Mr. J tak nak beli sebab murah sangat. Takut nak makan. Sangat mengada-ngada tak? ^^


Then pergi kat Watson. Excited lagi tanya staff kat situ. Al-hamdulillah ada.. Terus sengih lebar.. :)


This is it. Tak mahal pun. RM29 sekotak. Yang ni stok untuk 3 bulan. 1 bijik = 400mcg, so 
makan sebijik saja la sehari seperti yang disarankan.

Hari ni baru hari kedua aku ambik asid folik ni. Apa perasaan lepas makan? Rasanya wow! Tak ada rasa apa-apa pun. Hehehe.. Rasa pelik bila tablet sekecil ini memainkan peranan penting pada tubuh kita. Semoga dengan pengambilan asid folik ni kesihatan aku akan bertambah baik dan tubuh badan akan bersedia untuk masa hadapan yang lebih gemilang. huhu..

p/s: can't wait to be Mr. J bride.. ngeh ngeh ngeh..