Monday, July 15, 2013

Jangan Bersedih


Confirmation of my pregnancy dibuat di Klinik Suraya, Bangi pada 24/5/2013. Alhamdulillah doktor mengesahkan yang aku confirm pregnant.. I like.. ^^ Bila scan memang baby tak nampak lagi. Most probably sebab kecik sangat lagi. Tapi kantung baby tu dah nampak terbentuk la. Doktor suggest datang scan lagi 2 minngu akan datang. Maybe time tu dah boleh nampak baby. Base on scan, pregnancy aku dah masuk 5 minggu. 

1st scan

Check-up yang kedua dibuat di Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah pada 10/6/2013. Actually this is not a check-up la. But more to inspect the baby inside there sebab yang first tu tak nampak lagi baby. This time pun I'm not lucky sebab still tak nampak lagi baby. Kali ni memang aku dah risau. But doktor tu macam faham je kerisauan aku then she told me dont worry. Kantung baby membesar dengan baik so thats mean its fine.
But I do worried okay -___-" . Base on scan, my pregnancy was 7 weeks.

2nd scan

Percubaan ketiga nak tengok my baby was on 24/6/2013.. This time pun buat dekat Az-Zahrah jugak. Mula-mula buat scan tu dengan doktor biasa je, Dr. Noraliza. Tengok muka dia yang berkerut time scan perut aku tu, aku dah risau. Then dia kata dia nak rujuk aku dengan pakar O&G kat tingkat atas. Aku dah redha dah time tu. Apa pun yang jadi, insyaAllah aku akan terima dengan tenang. Aku dirujuk dengan Dr. Mashita, doktor pakar O&G. Dia tanya aku detail pregnancy i.e week of pregnancy. Then bila scan, tarikh yang aku bagi tu tak sama dengan scan. Suppose I am in my 12 weeks pregnancy but the scan indicate that it was 9 weeks. Then she also said that kantung baby macam dah tak cantik. Dalam erti kata lain, the pregnancy was fail to grow.. :'(

Dr. Mashita bagi 2 choice for me to think 1st. Samada nak tunggu 'benda' tu keluar sendiri or buat D&C. Aku pun cakap kat dia yang buat masa ni aku tak dapat nak fikir and aku rasa yang aku nak let it go naturally. But honestly aku still tak puas hati dengan her explanation even though she is the expert. I think that I might just get second opinion. No harm pun kan nak tanya ramai expert ni.

Then besoknya 25/6/2013, aku menjengah pulak Hospital Pusrawi Kajang. Pakar O&G dia adalah Dr.Jamaliah. Lembut dan baik sangat orangnya. Memang berbeza personaliti dia dengan Dr. Masihta from Az-Zahra.. -__-'

Bila Dr. Jamaliah scan baby, once again dia mengesahkan apa yang sebelum ini dikatakan oleh Dr. Mashita. Kantung dah makin menipis and bentuk dah tak cantik. This is considered fail pregnancy.. Hmmmmmm..... Memang aku dah redha la time tu. Mungkin juga Dr. Jamaliah ni pandai memujuk hatiku yang tengah lara tu, so rasa sedih ni still boleh control. She suggest me to do D&C and she give me 1 week to think. But dah tertulis di Loh Mahfuz yang memang malam tu jugak aku keguguran. :'(

Certita part keguguran, in sya Allah pada next entry akan aku ceritakan.

Last scan for the 1st pregnancy.. :'(

Monday, June 24, 2013

Alhamdulillah...

Aku mulakan post ni dengan kalimah Alhamdulillah. Segala syukur ku panjatkan padaNya kerana akhirnya aku dan Mr. J diberi peluang untuk merasai perasaan menjadi "parents to be".

Seperti yang aku ceritakan pada post sebelum ni, pada period aku hari ke-2 hingga hari ke-6 aku makan ubat Clomid seperti arahan Dr. Zalina la. Then lepas aku consume Clomid tu, period aku tak kunjung tiba. Aku ingat tak ada apa la sebab period aku kan macam 'ting tong' sejak kebelakangan ni. So, aku pun buat 'dunno' je. 

Sampai la ada satu hari tu aku tetiba rasa cam sakit sangat tulang belakang aku dan rasa pening-pening je. Aku pun decide nak buat UPT since aku ada lebih test kit tu time sebelum buat rawatan kesuburan kat KPJ lagi.. Pagi-pagi 23/5/2013 aku bangun terus buat test tu. Then it appear double line. Subhanallah... Rasa nak melompat menjerit kat toilet tu. 

Lepas tu mula fikir tak nak bagitau Mr. J dulu. Nak bagitau besok je as a birthday present for him since 24/5/2013 was his birthday. Tapi mana boleh tahan wei... Keluar-keluar toilet aku terus sengih lebar je tunjuk UPT test kit tu kat dia.. Dia pun apa lagi, terus senyum lebar macam aku jugak..

My first UPT test kit yang ada double line.. ^_^

*******Next entry kita cerita pasal check-up pulak ye.. ^.^

Sunday, June 16, 2013

My TTC Journey #2 - Clomid

Sambungan dari my previous story here.

2nd appointment with Dr. Ariza is on my 12th day period. Aku dapat call dari KPJ Ampang Puteri mengatakan yang Dr. Ariza is not around time my check-up tu. Then they replace with Dr. Zalina.

Nothing much la check-up kali ni. Dr. Zalina just check tengok size telur (ovum). Dr. cakap ovum aku tu macam kecik and tak matang la untuk cycle yang ni. Kali ni Dr. Zalina bagi aku ubat Clomid untuk aku makan next cycle period aku. For info, Clomid adalah sejenis ubat subur. Bukan suka-suka tau korang nak telan ubat ni. Kena ada advice from doctor. Clomid ni dimakan pada hari ke-2 hingga hari ke-6 time period, 2 biji sekali makan.

 Rupa clomid yang aku kena telan.. ^^



Total cost untuk second visit aku kali ni....


.....RM287.50.....


Friday, June 14, 2013

My TTC Journey #1 - Rawatan Kesuburan


Semuanya bermula pada bulan November 2012 apabila time tu my period tak kunjung tiba hampir dua bulan. Aku pun dah pelik sebab kebiasaannya period aku akan datang jenguk aku paling lambat pun 40 hari lepas cycle sebelumnya. Ini dah lebih hari la pulak. Bila test asyik negative je pulak tu. Membazir pregnancy kit je.. haha.. Mula-mula tu adalah memasang angan-angan yang mungkin hormon hcg tak boleh baca lagi ni so tunggu la lama sikit untuk test semula. But dah 2 bulan lebih pun period belum datang menjengah lagi menyebabkan aku dan Mr. J pun dah pelik bin ajaib dah.. haha..

Then aku dan Mr. J decide untuk pergi cek kat klinik biasa je dulu. Klinik pertama yang kitorang terjah adalah klinik Dr. Suraya kat Bangi. Bila masuk bilik Dr. aku pun explain la yang period aku tak kunjung tiba 2 bulan lebih dah. Then Dr. suruh buat pregnancy test. Hasilnya still negative. Then Dr. scan pulak. Dr. simpulkan yang aku tak pregnant dan mungkin aku tak ovulate bulan tu. Tiada penerangan selanjutnya dan tiada ubat diberikan. Dr. suggestkan aku buat rawatan kesuburan dan mengesyorkan Dr. Ariza dari KPJ Ampang Puteri. 

Aku still tak puas hati jugak bila dah jumpa Dr. Suraya. Next klinik yang aku terjah adalah Klinik Pusrawi Kajang. This time the consultation was with O&G specialist, Dr. Jamaliah. For the second time Dr. simpulkan benda yang sama dengan Dr. Suraya. This time I accept it. Aku pasrah.. Chewah ayat kemain lagi.. Aku dibekalkan dengan ubat turun darah untuk bagi aku period. Aku pun makan lah ubat tu.. Selang seminggu kot aku period but it was only for two days kot. Sekejapan kan? 

Finally I've decided to seek for specialist consultation at KPJ Ampang Putri. Dr. pilihan adalah Dr. Ariza.. Nak set appointment dengan dia ni kemain susah lagi.. Hari ni call untuk set appointment for next month.. Tu je date yang available. Nak tak nak kena la tunggu sebulan.

16 Jan 2013
Tarikh keramat permulaan rawatan kesuburan aku dengan Dr. Ariza kat KPJ Ampang Putri.. Waktu appointment pukul 10 pagi. Aku pun sampai sharp pukul 10 pagi tapi sangatla frust sebab walaupun dah buat appointment tapi sebenarnya kena ambik que time klinik baru bukak . So tak semestinya lah kau boleh jumpa Dr. pukul 10 pagi tu. Kalau aku tau jam 8 pagi aku dah tercongok kat klinik dia tu. Nak buat cam mana kan, tak tau.. 

Tunggu punya tunggu, kul 2ptg kot baru aku masuk bilik Dr. Macam biasalah cerita masalah aku kat Dr. i.e period tak regular and dah lama tak datang period.



Dr.: Kamu ada pertambahan berat badan mendadak ke?

Aku: Ada kot Dr. Saya rasa lepas kahwin berat saya memang naik rapidly macam bas rapid.. kahkahkah..

Dr.: Cycle kamu selalu berapa hari?

Aku: Biasanya 30-34 hari (sambil menunjukkan rekod bulanan period aku pada Dr.)

Dr.: Kita buat pap smear dulu and then buat TVS. 

what the.... aku dah cuak gila tengok segala macam jenis peralatan kat bilik tu.. dalam otak dah pikir " Dr. ni nak jolok apa la kat 'tut' tu ha"..




alat ni untuk letak kat 'tut' supaya 'tut' kita tu akan terbukak time Dr. nak ambik sel tisu kat situ.



yang ni pulak pap smear procedure. seram tak nak nengok?? huhu..




lepas dah buat pap smear, buat TVS pulak. 


2 kali 'tut' aku dirodok oleh speculum tu ha.. Ngilu je aku rasa.. haha.. Bila dah sudah pap smear and TVS tu, Dr. pun explain la yang aku ni sebenarnya adalah seorang yang mengalami sindrom PCOS ni.. Folikel-folikel kat dalam ovari aku tak matang dan tak mengeluarkan telur. Folikel tu berkumpul kat dalam ovari dan jadi cyst kecil. Tu yang bila tengok photo kat bawah ni ada bintik hitam yang kecil-kecil tu kan. Tak normal la tu. Normal ovari bentuk bintik hitam dia lebih kurang sama je saiznya.


Scan TVS.



Sambung balik perbualan aku dengan Dr. Ariza.

Dr.: Sekarang ni awak nak anak ke?

Aku: Mestilah nak Dr. 
Dalam hati, "kalau aku tak nak buat apa aku susah payah buang masa buang duit jumpa ko ye dok?"

Dr.: So sekarang ni awak kena reduce weight la. Saya akan bagi ubat metformin untuk awak. Metformin ni untuk merendahkan kandungan gula dalam darah akibat "insulin resistance". Metformin akan kurangkan pengeluaran gula dari organ hati dan merawat "insulin resistance" dan mengembalikan kesuburan dan ovulasi.

Aku: anggukkan kepala je tapi sebenarnya still blur lagi.

Dr.: Awak habiskan makan meformin ni then kita set appointment hari ke-12 awak period.

Aku: Ok Dr. Thanks.


Bermulalah episod cerita telan ubat setiap hari aku. Nak buat cam mana kan.. Semuanya usaha aku untuk dapat zuriat. Yang menentukannya, hanyalah ALLAH s.w.t saja kan. Nanti aku sambung pulak cerita second appointment aku dengan Dr. Ariza ye.




Thursday, June 6, 2013

It's About Time

Hampir setahun blog tak berupdate. Blog tak berupdate tak bermakna tak ada cerita menarik dalam hidup. Banyak yang terjadi pada hidup selama hampir setahun ni. Tapi jari ni mungkin tak ngam kot dengan keyboard ni. ^^

Last update di blog adalah mengenai kerja baru aku. Ooo nak bagitau yang sekarang aku dah berpatah balik ke company lama aku. Hmmm... Jiwa tak serasi dengan manufacturer. Nak kerja yang lasak-lasak jugak katanya..

How's life?

Al-hamdulillah... Diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk melalui fasa baru dalam kehidupan. InsyaAllah akan diceritakan dengan lebih detail pada entri seterusnya. It's all about time.. ^^


Thursday, January 24, 2013

Red Velvet Cake @ Kek Baldu Merah



..Si cantik merah yang gebu lagi menawan.. 

Kek ni recently become so famous. Everyone will talk about 'her'. I purposedly pointed 'her' because this cake looking so damn gorgeous like an elegant women. haha dah merepek.. Enough about that..

At first baking this cake it taste so bitter.. Tak tau kenapa kek ni rasa pahit sangat.. Naluri hati maybe sebab guna vinegar biasa yang jumpa kat kedai runcit Muthu.. tetiba..(-_-)
Then aku buat lagi skali but this time using distilled vinegar from Heinz.. Hasilnya sudah tak pahit..yeay.. Tepuk tangan untuk distilled vinegar.. lagi sekali tetiba.. (-_-')

Tapi overall aku belum puas hati lagi dalam pembikinan kek ni.. Sebab aku belum pernah lagi dapat color merah yang aku idam-idamkan untuk kek ni.. 


Aku nak merah cenggini..

Tapi selalu dapat merah gini.. T_T


But its okay.. I'll try until I get it.. :)




This cake untuk mother of my junior @ aunt of my bff.


This cake for a friend of my bff.

Friday, January 18, 2013

Japanese Crispy Cream Puff



I love cream puff!!!
Tapi aku tak suka cream puff yang cream dia keras.. Aku suka bila gigit cream puff tu custard cream dia pun meleleh leleh je...perghhh... memang owsom betol dapat makan cream puff yang sedemikian.. 

Japanese Crispy Cream Puff ni aku belajar kat Bzee Bakery Seremban. Kelas yang sama aku belajar buat durian crepe dulu. Kira sekali pakej la belajar Crepe and Puff ni. 

Apa yang membezakan Japanese Crispy Cream Puff ni dengan Cream Puff biasa adalah kulit puff dia yang crispy tu. Crispy dia tu ala-ala macam crispy papa roti tu ha.. Memang sedap!! Custard cream dia pula sama je dengan Cream Puff biasa.


 Tergoda tengok kegebuan Puff ni.. Geram rasa nak makan laju-laju.. ^^


 Medium Puff - 25pcs/RM30
Small Puff - 45pcs/RM40