Friday, June 14, 2013

My TTC Journey #1 - Rawatan Kesuburan


Semuanya bermula pada bulan November 2012 apabila time tu my period tak kunjung tiba hampir dua bulan. Aku pun dah pelik sebab kebiasaannya period aku akan datang jenguk aku paling lambat pun 40 hari lepas cycle sebelumnya. Ini dah lebih hari la pulak. Bila test asyik negative je pulak tu. Membazir pregnancy kit je.. haha.. Mula-mula tu adalah memasang angan-angan yang mungkin hormon hcg tak boleh baca lagi ni so tunggu la lama sikit untuk test semula. But dah 2 bulan lebih pun period belum datang menjengah lagi menyebabkan aku dan Mr. J pun dah pelik bin ajaib dah.. haha..

Then aku dan Mr. J decide untuk pergi cek kat klinik biasa je dulu. Klinik pertama yang kitorang terjah adalah klinik Dr. Suraya kat Bangi. Bila masuk bilik Dr. aku pun explain la yang period aku tak kunjung tiba 2 bulan lebih dah. Then Dr. suruh buat pregnancy test. Hasilnya still negative. Then Dr. scan pulak. Dr. simpulkan yang aku tak pregnant dan mungkin aku tak ovulate bulan tu. Tiada penerangan selanjutnya dan tiada ubat diberikan. Dr. suggestkan aku buat rawatan kesuburan dan mengesyorkan Dr. Ariza dari KPJ Ampang Puteri. 

Aku still tak puas hati jugak bila dah jumpa Dr. Suraya. Next klinik yang aku terjah adalah Klinik Pusrawi Kajang. This time the consultation was with O&G specialist, Dr. Jamaliah. For the second time Dr. simpulkan benda yang sama dengan Dr. Suraya. This time I accept it. Aku pasrah.. Chewah ayat kemain lagi.. Aku dibekalkan dengan ubat turun darah untuk bagi aku period. Aku pun makan lah ubat tu.. Selang seminggu kot aku period but it was only for two days kot. Sekejapan kan? 

Finally I've decided to seek for specialist consultation at KPJ Ampang Putri. Dr. pilihan adalah Dr. Ariza.. Nak set appointment dengan dia ni kemain susah lagi.. Hari ni call untuk set appointment for next month.. Tu je date yang available. Nak tak nak kena la tunggu sebulan.

16 Jan 2013
Tarikh keramat permulaan rawatan kesuburan aku dengan Dr. Ariza kat KPJ Ampang Putri.. Waktu appointment pukul 10 pagi. Aku pun sampai sharp pukul 10 pagi tapi sangatla frust sebab walaupun dah buat appointment tapi sebenarnya kena ambik que time klinik baru bukak . So tak semestinya lah kau boleh jumpa Dr. pukul 10 pagi tu. Kalau aku tau jam 8 pagi aku dah tercongok kat klinik dia tu. Nak buat cam mana kan, tak tau.. 

Tunggu punya tunggu, kul 2ptg kot baru aku masuk bilik Dr. Macam biasalah cerita masalah aku kat Dr. i.e period tak regular and dah lama tak datang period.



Dr.: Kamu ada pertambahan berat badan mendadak ke?

Aku: Ada kot Dr. Saya rasa lepas kahwin berat saya memang naik rapidly macam bas rapid.. kahkahkah..

Dr.: Cycle kamu selalu berapa hari?

Aku: Biasanya 30-34 hari (sambil menunjukkan rekod bulanan period aku pada Dr.)

Dr.: Kita buat pap smear dulu and then buat TVS. 

what the.... aku dah cuak gila tengok segala macam jenis peralatan kat bilik tu.. dalam otak dah pikir " Dr. ni nak jolok apa la kat 'tut' tu ha"..




alat ni untuk letak kat 'tut' supaya 'tut' kita tu akan terbukak time Dr. nak ambik sel tisu kat situ.



yang ni pulak pap smear procedure. seram tak nak nengok?? huhu..




lepas dah buat pap smear, buat TVS pulak. 


2 kali 'tut' aku dirodok oleh speculum tu ha.. Ngilu je aku rasa.. haha.. Bila dah sudah pap smear and TVS tu, Dr. pun explain la yang aku ni sebenarnya adalah seorang yang mengalami sindrom PCOS ni.. Folikel-folikel kat dalam ovari aku tak matang dan tak mengeluarkan telur. Folikel tu berkumpul kat dalam ovari dan jadi cyst kecil. Tu yang bila tengok photo kat bawah ni ada bintik hitam yang kecil-kecil tu kan. Tak normal la tu. Normal ovari bentuk bintik hitam dia lebih kurang sama je saiznya.


Scan TVS.



Sambung balik perbualan aku dengan Dr. Ariza.

Dr.: Sekarang ni awak nak anak ke?

Aku: Mestilah nak Dr. 
Dalam hati, "kalau aku tak nak buat apa aku susah payah buang masa buang duit jumpa ko ye dok?"

Dr.: So sekarang ni awak kena reduce weight la. Saya akan bagi ubat metformin untuk awak. Metformin ni untuk merendahkan kandungan gula dalam darah akibat "insulin resistance". Metformin akan kurangkan pengeluaran gula dari organ hati dan merawat "insulin resistance" dan mengembalikan kesuburan dan ovulasi.

Aku: anggukkan kepala je tapi sebenarnya still blur lagi.

Dr.: Awak habiskan makan meformin ni then kita set appointment hari ke-12 awak period.

Aku: Ok Dr. Thanks.


Bermulalah episod cerita telan ubat setiap hari aku. Nak buat cam mana kan.. Semuanya usaha aku untuk dapat zuriat. Yang menentukannya, hanyalah ALLAH s.w.t saja kan. Nanti aku sambung pulak cerita second appointment aku dengan Dr. Ariza ye.




Thursday, June 6, 2013

It's About Time

Hampir setahun blog tak berupdate. Blog tak berupdate tak bermakna tak ada cerita menarik dalam hidup. Banyak yang terjadi pada hidup selama hampir setahun ni. Tapi jari ni mungkin tak ngam kot dengan keyboard ni. ^^

Last update di blog adalah mengenai kerja baru aku. Ooo nak bagitau yang sekarang aku dah berpatah balik ke company lama aku. Hmmm... Jiwa tak serasi dengan manufacturer. Nak kerja yang lasak-lasak jugak katanya..

How's life?

Al-hamdulillah... Diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk melalui fasa baru dalam kehidupan. InsyaAllah akan diceritakan dengan lebih detail pada entri seterusnya. It's all about time.. ^^


Thursday, January 24, 2013

Red Velvet Cake @ Kek Baldu Merah



..Si cantik merah yang gebu lagi menawan.. 

Kek ni recently become so famous. Everyone will talk about 'her'. I purposedly pointed 'her' because this cake looking so damn gorgeous like an elegant women. haha dah merepek.. Enough about that..

At first baking this cake it taste so bitter.. Tak tau kenapa kek ni rasa pahit sangat.. Naluri hati maybe sebab guna vinegar biasa yang jumpa kat kedai runcit Muthu.. tetiba..(-_-)
Then aku buat lagi skali but this time using distilled vinegar from Heinz.. Hasilnya sudah tak pahit..yeay.. Tepuk tangan untuk distilled vinegar.. lagi sekali tetiba.. (-_-')

Tapi overall aku belum puas hati lagi dalam pembikinan kek ni.. Sebab aku belum pernah lagi dapat color merah yang aku idam-idamkan untuk kek ni.. 


Aku nak merah cenggini..

Tapi selalu dapat merah gini.. T_T


But its okay.. I'll try until I get it.. :)




This cake untuk mother of my junior @ aunt of my bff.


This cake for a friend of my bff.

Friday, January 18, 2013

Japanese Crispy Cream Puff



I love cream puff!!!
Tapi aku tak suka cream puff yang cream dia keras.. Aku suka bila gigit cream puff tu custard cream dia pun meleleh leleh je...perghhh... memang owsom betol dapat makan cream puff yang sedemikian.. 

Japanese Crispy Cream Puff ni aku belajar kat Bzee Bakery Seremban. Kelas yang sama aku belajar buat durian crepe dulu. Kira sekali pakej la belajar Crepe and Puff ni. 

Apa yang membezakan Japanese Crispy Cream Puff ni dengan Cream Puff biasa adalah kulit puff dia yang crispy tu. Crispy dia tu ala-ala macam crispy papa roti tu ha.. Memang sedap!! Custard cream dia pula sama je dengan Cream Puff biasa.


 Tergoda tengok kegebuan Puff ni.. Geram rasa nak makan laju-laju.. ^^


 Medium Puff - 25pcs/RM30
Small Puff - 45pcs/RM40


Saturday, January 5, 2013

Carrot Cake


This cake was made for my first wedding anniversary on 10/9/2011. Ini first time aku bake carrot cake ni. Resepi ni was followed Mat Gebu punya resepi but aku tak letak pineapple cube tu. 

Kek ni bagi aku memang moist dan lemak manis. Yang aku suka ialah part kacang walnut kat dalam tu. Memang best makan crunchy-crunchy gitew..

Frosting kek ni agak fail bagi aku and aku pun tak tau kenapa.. Frosting kali ni agak melepet. Adakah sebab butter? Entahla.. Aku pun tak cukup ilmu lagi bab-bab frosting kek ni.. Nantilah aku ngaji lebih bab-bab frosting ni okay..


Sila abaikan frosting dan sila teliti rupa kek.. ^_^


Sekali lagi sila abaikan frosting yang melepet dan sila fokus pada tulisan yang cantik.. haha..

Friday, January 4, 2013

Mini Cheese Cake Seputih Salju


Mini version of cheese cake seputih salju.. Comey.. ^^ Personally, aku lebih suka makan yang mini punye version ni.. Nikmat dia lain macam sikit.. hehe.. But overall is shedapp!! The mini version ni aku tak buat satu-satu.. Aku buat the whole cake and ambik cutter bulat then kasi potong.. ^^ Yang lebih-lebihan tu mestila dah ngap dulu..huhu.. ^^

 (^____^)


RM1.50/pcs


Packing macam ni RM24/16pcs

Monday, December 31, 2012

Rainbow Cake


Rainbow Cake ni aku try guna resepi Whisk Kid.. Untuk pengetahuan kek ni tak menggunakan kuning telur sebaliknya hanya menggunakan putih telur sahaja.. Aku rasa tu saja kot beza nya dengan kek lain. Tekstur kek ni moist ala-ala rapuh skit.. Bila nak handle layer by layer kek tu dia agak sticky kat tangan.

Original frosting untuk kek ni bagi aku memang plain je. So untuk frosting aku tak follow resepi Whisk Kid tu. Aku pakai cream cheese frosting and I add a swirl of choc on every layer of the cake untuk menambahkan lagi kesedapan dan tambah lemak si pemakan kek ni. ^^

Rainbow Color

--Ombre--