Friday, December 29, 2017

Young Living Essential Oil

Aku ni sebenarnya memang suka sangat dengan produk kesihatan ni. Currently I am Shaklee Distributor. Early this year, berminat pulak nak mencuba produk Young Living. 

Kenapa Young Living?

Sebenarnya aku memang mencari produk kesihatan yang natural untuk kesihatan kami sekeluarga. Bukan nak kata Shaklee tak natural. I am very confident with Shaklee. But besides of supplement yang ditelan, I need something untuk luaran.

Apa Masalah?

My husband selalu sangat pening kepala. I really hate a fact that he is depend on a panadol actifast to cure it. My 1st son is 3 years old this year and I really worried about his speach. Belum ada proper word yang dia boleh sebut and his eye contact also tak ada. Bila kita cakap dengan dia, he always mengelak dari bertentang mata dengan kita. I never brought him to autisme assessment. I assest sendiri je pakai google. Aku yakin dia bukan autisme, cuma got speech delay problem. My 2nd son pulak got a severe eczema. Kulit dia a bit sensitive sikit.
Then I came across to this Young Living. Perkara yang paling menarik perhatian aku is in Young Living, they have oil that can improve Speech Delay problem on kids. REALLY? Aku agak skeptikal di situ. Then they said they have oil for Autisme also.. WHAT? This is INSANE..! I really need to study about this Young Living. Korang pernah dengar pasal Essential Oil tak?

Essential Oil

Bila aku start kaji pasal Young Living, I learn about essential oil. What exactly is essential oil. What oil can do to our body, to our health, to our beauty, to our environment and much more. Then aku try pulak compare most of pengeluar essential oil di dunia ni. Most of the time I google, mesti akan keluar Young Living Essential Oil. I really impressed with their logo, seed to seal. Maknanya, dari benih tumbuhan tu lagi Young Living dah jaga naturally supaya oil yang akan terhasil nanti organik, bebas dari chemical berbahaya. Interesting kan?
Then Young Living is the only one that have the biggest farm and they open their farm to those yang tak percaya diorang punya logo seed to seal tu. Siapa-siapa yang tak percaya tu, sila beli tiket and go visit their farm okeh..

Young Living Member

Dipendekkan cerita, aku pun register lah jadi member Young Living. Time tu aku ambil Premium Starter Kit + Vetiver + V6 Oil + Kidscent Toothpaste. My silver leader yang baik hati bagi free oil Orange + Cedarwood.
Setelah hampir setahun menjadi pengguna Young Living, alhamdulillah banyak peningkatan pada keluarga kecil kami. Yang paling nampak kesan is my son punya speech problem. Now, he is really a talkative guy despite of his pelat. Always want to say a word. His eye contact with us is improved. He even can make a simple sentence now. Oh my! Praise to Allah! Mommy really impressed.
Bila anak-anak nak demam, mommy just apply oil to them. Then demam tu pun akan malu-malu jugak nak keluar. Save duit dan masa pergi klinik. Tak payah seksa nak telan ubat pahit bagai kan. But still, kalau ada tanda-tanda luar biasa tu, pergi jugaklah seek doctor opinion. This essential oil is just one of our usaha selain ubat-ubatan moden ni.



Wednesday, December 27, 2017

Ramalan Jantina Bayi Dalam Kandungan

Mostly wanita bila dapat tahu je mengandung, mesti akan tertanya-tanya jantina anak dalam kandungan samada lelaki ataupun perempuan. Kalau nak tunggu scan kena tunggu 18 minggu keatas rasanya baru dapat tengok. Like my previously pregnancy, 18 minggu tu memang confirm dah Dr. Anita nampak 'bebird' anak-anak aku tu. Huhu..

Kalau korang jenis yang tak sabar macam aku, boleh je gunakan ramalan jantina berdasarkan kalender cina. Tak ada bukti saintifik pun yang mengesahkan ramalan jantina ni tepat. Tapi sebab kita just ada 2 choices - whether its a boy or girl - 50% dah tentu betul, ye tak? Apa pun, it is just for fun ok? Janganlah 100% percaya and then bila tak dapat apa yang diramalkan, frust menonggeng. Allah nak bagi rezeki anak pun dah syukur Al-hamdulillah.

Carta Ramalan Jantina Bayi Cina Purba


Ada 2 maklumat yang diperlukan:
  • umur mengikut kalender Cina (Chinese Lunar Age) semasa mengandung
  • bulan kalender Cina (Chinese Lunar Month) semasa persenyawaan berlaku

Klik sini kalau nak kira umur korang ikut kalender Cina.


Masukkan tarikh lahir dan tekan butang untuk kira.


Bila dah tahu umur mengikut kalender Cina, boleh gunakan kalkulator carta kuno Cina untuk meramal jantina bayi.

Klik sini untuk tahu jantina bayi dalam kandungan.

Masukkan umur mengikut kalender Cina yang korang dah dapat tadi, and masukkan bulan pertama mengandung (bulan persenyawaan).

"Contoh: Umur aku ikut kalender Cina 33 tahun. Hari pertama period last sebelum mengandung adalah pada 24 Jun 2017. Maknanya bulan pertama mengandung adalah bulan Jun (bulan persenyawaan)."

Keputusan ramalan jantina my baby is ...... TADA!!!!!



Dapat baby gegirl uolllz.. Haha.. Seronok kan? Kalau dapat memang Alhamdulillah. Sebab dah dikurniakan dengan 2 boboi, so kalau dapat seorang gegirl ni memang anak abah la jawabnya.. 😜

Meh kita tengok pulak ramalan kuno Cina ni masa aku pregnantkan Darwisy and Danish dulu.

Yang ni time Darwisy. Memang betul dapat Boy.

Yang ni pulak time Danish. Ikut chart ni patut Girl, tapi yang keluarnya is boy.

See..! Like I told previously, ramalan ni is 50-50. So aku anggap ini sekadar penyedap hati untuk ibu-ibu mengandung. 

Carta ramalan jantina bayi Cina kuno ni dikatakan 95% tepat. Kalau tak betul mungkin adalah disebabkan: 
  • Tak guna umur ikut kalender Cina
  • Salah kira bulan bayi disenyawakan

So, selamat mengira untuk sesiapa yang mencuba menggunakan carta ramalan jantina bayi Cina kuno ni. Ingat! Untuk seronok-seonok je tau.

Gender Prediction Tester


Makin canggih dunia sekarang. Jangan tak tau sekarang ni ada pula Test Jangkaan Jantina. Untuk yang tak tau, test ni sama je dengan Urine Pregnancy Test tu. Cuma bezanya kalau pregnancy test akan keluar result samada single atau double line. Gender prediction tester ni pulak result dia akan keluar line biru untuk boy dan line merah untuk girl. Best ke best? Of coz best!

Aku punyalah excited bila tau pasal test ni. Baru je tau pregnant hari tu, terus beli tester gender ni pulak. Sesiapa yang berminat boleh terjah IG @niababyworld. Tester ni seawal 5weeks of pregnancy dah boleh buat tau.

 Gender Prediction Tester


Result aku. Line merah means Gegirl.


Scan Gender di KPMC, Kajang


Appointment pertama dengan doktor favourite aku kat KPMC, Dr. Anita adalah waktu usia kandungan aku 22weeks. Bila dia scan je baby terus aku pun dengan sopan santunnya tanya dah boleh nampak jantina baby tak? Hihi.. Dr. Anita godek punya godek punya godek dan TADA!!! Nampaklah 'bunga' dia. Eh? 😂😂😂 

In Sha Allah girl katanya.

So sekarang mommy, abah dan abang-abang awak just boleh tunggu awak keluar je la ye Baby D. Apa-apa pun jantina awak, kami tetap terima dengan syukur dan gembira. Kita kan satu family. 💕💕💕










Friday, December 22, 2017

My 3rd Pregnancy. Or Maybe 4th?

It started around month of August 2017.

My period actually bukanlah jenis regular period. But 2 months before raya, period tu datang regular pulak every month. Siap boleh confident yang this year punya puasa pun dapat puasa full. But last day of puasa my period pun datang. That is the last period I got before I know Im pregnant.

Then bulan July, my period tak kunjung tiba. But aku tak ada lah rasa cuak sangat sebab I know that my period memang tingtong. Then bila August pun still my period tak datang jugak, I feel something fishy. Memang time tu sixth sense kaum wanita ni terus je confident pregnant. Aku wat lek wat pis dulu. Almaklumlah, dah berpengalaman katakan. 

Tetiba ada satu malam tu bila Mr. J balik rumah, dia belikan 2 sets of pregnancy test. Awww.. So suwiit of you hubby! Besoknya, bila test memang sah-sahla double line tu keluar. Clean n clear lagi tau. Takde blur-blur punya. So, tiada sebarang keraguan yang akan lahir lagi zuriat kami yang ketiga, In Sha Allah. 

Kali ni tak ada pun rushing nak pergi bukak buku pink. Aku tunggu lepas 1st trimester baru nak pegi bukak, which is end of September. Tapi lepas tau je pregnant, aku tanpa lengah memang terus beli vitamin Shaklee. Aku ni jenis bukanlah pemakan yang berkhasiat sangat. So, memang kena bergantung sikit la pada supplement ni untuk melengkapkan nutrisi. I consume B-complex, Vita-C, Vita-Lea and Ostematrix. Omega pulak aku ambil lambat sikit. 5 months above baru start makan.

Pregnancy kali ni actually lebih kurang sama je dengan previous pregnancy. NO alahan and NO morning sickness yang menyebabkan aku sangat-sangat lah bersyukur dipermudahkan. Bukannya apa, kalaulah aku lembik on this time pregnancy, siapa pulak nak jaga 2 hero sedia ada aku ni? Cuma aku cepat letih and mengah. Maybe tak cukup stamina. Yeke? Huhu..


1st appointment with Klinik Kesihatan Beranang. Panjang lebar nurse ngan doktor conteng buku pink tu.. 😂 Tapi paling win tang scan nya. Tak nampak apa pun. Tak tau la kalau dari sisi mata doktor tu dia nampak kan.. Huhu..


Yang ni 1st time appointment ngan Dr Anita kat KPMC Kajang. Sebaris je dia conteng buku pink tu. Tang scan pulak memang best. Dia explain tu macamlah aku paham sangat kan. Memang beza la scan gomen ngan swasta. Kata pun berbayar vs percuma kan? Tapi tu dari segi scan je. Bab yang lain, gomen memang superb and detail. 

 
Hello there my dear baby D. 
Semoga sihat dan ceria selalu dalam perut mommy. Walaupun dah anak yang ke3, perasaan time scan tu memang excited macam anak 1st jugak. 😍



Alhamdulillah diberi peluang lagi oleh Allah untuk mengandung buat kali ke-3. But if we include miscarriage yang 1st dulu, this is my 4th pregnancy actually. Semoga dipermudahkan buat aku dan my baby sehingga selamat melahirkan nanti. Aamiin..