Wednesday, June 18, 2014

Bersalin @ KPMC Kajang


Dah habis tempoh berpantang baru lah ada kesempatan nak update blog. My motherhood life was very hectic. Motherhood experience tu later I explain okay. Sekarang ni nak update about my personal experience bersalin.

Pengalaman bersalinku yang Al-hamdulillah sangat dipermudahkan-Nya. Membuatkan rasa teruja untuk mengandung kali ke-2. Hahaha..

Ahad - 4/5/2014 
Hari Ahad macam biasalah, aku akan mengemas rumah. Cuma kali ni kemas lebih sikit dekat master bedroom and bilik baby. Dah sudah mengemas tengahari tu around 12pm aku pun nak mandi. Then terkejut tengok ada darah kat underwear. Bukan sikit tau tapi memang penuh la underwear tu. Macam mana boleh tak perasan entah. Then dah cuak terus cakap kat husband suruh telefon mak tanya macam mana. Mak suruh pergi hospital terus. Dah sudah mandi tu tengok darah dah takde. Rasa sakit memang langsung tak ada. 

1.00 petang 
Bertolak ke KPMC Kajang. My parents in law pun datang sama. Macam kan nak beranak terus buat orang rasa cuak.. Hahaha.. Sebelum masuk KPMC, kami lunch dulu dekat restoran berhampiran. 

2.00 petang
Masuk KPMC then explain kat nurse ada bleeding. Nurse pun bawak masuk ke labour room. Apakah? Dah nak bersalin ke apa? Rupanya nak cek bukaan. First time nak rasa seluk ni. Mengikut kata orang, seluk ni sakit. But for me, seluk ni rasa ngilu-ngilu sikit je. Boleh diterima lagi la rasa ngilu tu. Hehe.. Nurse kata tak ada bukaan lagi. What?? Then datang pulak seorang lagi nurse tua. Diorang panggil midwife. Dia cakap walaupun tak ada lagi bukaan tapi tanda dah ada. Keluar darah tu salah satu tanda lah nak bersalin. Kena tunggu Dr. Anita sampai then dia akan cek balik. Time ni, aku dah dopasangkan dengan alat CTG untuk monitor heartbeat baby dan contraction. 

4.00 petang
Dr Anita sampai and terus cek bukaan. Dah 2cm katanya. Al-hamdulillah ada jugak bukaan. Aku risau je kalau dia suruh aku balik. Kalau boleh nak terus stay je kat wad. Malas nak balik rumah dah. Nurse tanya nak bilik macam mana. Mula-mula kami pilih bilik 2 orang tapi nan ado. Yang ada bilik single and bilik 3 orang saja. Decide ambik bilik single je lah. Dapatlah stay kat Bilik Tulip. Dr. Anita kata, pukul 8 malam nanti akan cek bukaan lagi. Rasa sakit belum jugak muncul-muncul.

8.00 malam
Dr Anita datang cek bukaan lagi and still 2 cm. Then Dr Anita kata aku akan di induce untuk cepatkan bukaan tu. Datang seorang nurse ni masukkan ubat berak kat punggung. Tak sampai 1 minit aku mencicit ke toilet. Haha. Then datang lagi seorang nurse untuk cucuk tangan aku nak masuk ubat melalui drip. Time ni belum lagi rasa sakit.

9.00 malam
Family in law aku datang melawat. Still boleh bergelak tawa sebab belum ada rasa sakit yang timbul. MIL kata kalau drip masuk ubat ni, sakit dia lagi sakit dari normal, tapi nak bersalin memang cepat. Aku pun pasrah je lah.

11.30 malam
Nurse tolak aku ke labour room. Apakah?? Aku dah nak beranak ke?? Bukaan bukan baru 2cm ke? Dah macam2 kat kepala otak ni.. Dr. Anita datang and cek bukaan. Baru 3cm.. Memang lambat benor nak bukak kan.. Aku ingat diorang akan tolak aku masuk bilik balik since bukaan baru 3cm.. Rupanya Dr. Anita terus pecahkan air ketuban aku. Terus rasa banjir katil tu.. Dr. Anita pesan, kalau boleh tidur, tidur ye.. Persoalannya, dapatkah aku tidur dengan rasa sakit??

Isnin - 5/5/2014
12.00 malam
Aku dah mula rasa sakit. Sakit yang teramat sangat. Rasa macam tengah dipulas-pulas. Memang tak ada perkataan yang boleh menggambarkan rasa sakit itu. Nama Allah memang tak lekang dari bibir. Husband di sebelah memang sangat-sangat membantu dengan memberikan tangannya untuk dipulas.. Haha.. Memang time tu setiap kali rasa sakit datang, tangan dan jari2 husband jadi mangsa.. Nurse datang tanya nak ubat tahan sakit tak? Aku terus kata nak. Then aku dengar dia suruh seorang lagi nurse untuk cucuk pethidin pada aku. Tapi bagi aku memang tak kurang pun rasa sakit nya. Serupa macam tak ambil je.. Haha..

1.30 pagi
Midwife datang nak cek bukaan. Dah 8cm katanya.. Terkejut gak aku dengar dah bukak 8 cm dalam masa 1 jam setengah.. Midwife tu kata, kalau nak teran teran je. Apakah? Nak suruh aku teran tapi doktor tak ada. Nurse pun tak ada.. Nak suruh husband aku sambut ke apa.. Huhu..

1.45 pagi
Dr Anita pun sampai. Terus nurse-nurse pun masuk and siapkan aku.. Kangkangkan kaki aku sangkut kat besi katil tu. Then tangan aku pegang kat besi tepi katil tu.. Aku rasa besi tu memang khas untuk orang pegang masa nak teran kot..Time ni aku tak pulak dengar nurse-nurse ni bersorak suruh push ke apa.. Sebab petang tadi bila aku kat labour room ni adalah orang kat bilik sebelah tengah nak bersalin. Aku dengar nurse-nurse dia bersorak macam pom-pom girl pulak.. "okay puan, push-push, 1 2 3.. Sikit lagi puan, push lagi".. Bila time aku napa tak sorak?? Boleh pulak fikir macam ni lagi kan.. Haha.. Lawak..

Sambung balik cerita aku meneran.. Proses meneran aku memang sangat senang. Sekali proses teran tu dah keluar dah anak aku.. Tepat jam 2 pagi.. Al-hamdulillah dipermudahkan-Nya.. Aku sempat lagi terdengar nurse and doktor puji aku pandai teran kat husband aku.. Macam mana boleh senang? Aku pun tak tau. Tapi sebelum masuk labour room, aku ada google skit lah macam mana nak teran. Yang aku ingat kalau time tengah teran jangan sampai nafas habis. Kalau rasa nak habis, sebelum habis tarik nafas balik dan teran lagi. Bila baby dah keluar, nurse angkat dan tanya aku baby apa? Of course la baby boy.. :)

Time baby dah keluar, proses jahit pulak. Orang kata jahit ni lagi sakit dari beranak. Tapi bagi aku, seriously tak rasa apa. Maybe time ni aku dah lalok disebabkan ubat tahan skit pethidin tu atau pun tenaga aku dah habis, so rasa sakit tu pun dah tak terasa.. Tapi husband aku cakap sepanjang proses jahit tu mulut aku tak lekang dari sebut Subhanallah, Allah, Astaghfirullah.. Bagi aku lah, bila kita ingat Allah, Allah akan jaga kita. Bila mind set aku dah set macam tu, Al-hamdulillah memang Allah permudahkan proses bersalin aku kali ni.

So kesimpulannya, klimaks rasa sakit aku adalah dari pukul 12malam sampai pukul 2pagi.. Dan rekod 1jam setengah untuk bukaan dari 3cm ke 8cm.. Bersalin di KPMC Kajang memang sangat selesa berbaloi dengan harganya yang berpatutan. Dr. Anita memang sangat cekap handle aku di sepanjang proses bersalin disamping nurse-nurse yang mesra. 

Pada bakal-bakal ibu disekitar kawasan Kajang dan Semenyih boleh lah try KPMC kalau berkemampuan. Kos bersalin aku kat KPMC Kajang was RM19++.. Tak ingat dah exact amount. Tapi tak sampai pun RM2k.. :) Harga tu untuk yang beranak normal macam aku lah untuk bilik single.. :) Next time kalau mengandung lagi pun memang aku akan pilih KPMC jugak dengan Dr. Anita jugak.. :) Bila eh next time tu? Adakah next year? huhuhu...

 Bilik Single. Siap ada sofa bed untuk husband lepak.. :) 

 Nama bilik 'Tulip'.

 Gift dari KPMC. Maternity pad, Mineral water & Toiletries.

Isi dalam beg Toiletries ni. 

Menu dinner