Saturday, November 30, 2013

First Pregnancy Check-up @ Klinik Kesihatan Beranang - #3


Ketika kandungan ku memasuki second trimester barulah aku membuat keputusan nak buat buku merah kat Klinik Kesihatan ni. Klinik Kesihatan Beranang ni memang dekat sangat lah dengan rumah aku kat Bandar Tasik Kesuma tu. 5 minit drive dah sampai.

Proses check-up kat klinik kerajaan ni biasa lah procedure dia. Isi dua buku merah, 1 simpanan kita dan 1 untuk rekod klinik. Lepas tu ambil berat, tekanan darah dan seterusnya urine sample. Then akan ada seorang nurse yang akan panggil dan cek perut dan breast kita. Kenapa nak cek perut dan breast? Cek perut tu aku tak sure untuk apa, tapi nurse tu rasa bahagian bawah perut aku dan bagitau yang kedudukan baby aku tu ok. Kagum kejap aku macam mana dia boleh raba macam tu dah tau kedudukan baby ok ke tidak.. Nurse akan tolong cek breast kita samada terdapat ketulan atau pun tidak. Ini sebahagian cara nak kesan kanser payudara. Yang ni sebenarnya boleh buat sendiri. Tapi untuk permulaan ada baiknya nurse tolong tunjukkan cara yang betul untuk kita buat sendiri selepas ni.

Then nurse akan explain pasal pemakanan, kesihatan dan macam-macam nasihat akan diberikan. Time ni tanya je banyak-banyak soalan kat nurse tu. Free tak bayar consultation fee pun.. Huhu..

Selepas semua proses tu barulah kita akan berjumpa dengan doktor. Untuk yang pertama kali buka buku pink ni memang kena jumpa doktor. Doktor akan scan kandungan. Tapi yang tak bestnya bila doktor tu semacam syok sendiri je scan baby tu tanpa berkata apa-apa pun pada aku. Entah apa lah yang dia belek-belek dan ukur-ukur kat skrin tu. Nasib baik dah pernah scan dekat Hospital Pusrawi dulu so tak adalah macam beria-ia sangat aku nak panjangkan kepala aku ni tengok skrin tu kan. Yang penting, baby ok kat dalam tu ye sayang… J Hmmmmm….

Kesimpulannya, check-up kat Klinik Kesihatan ni memang lambat sedikit dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk menunggu queue. Kata pun perkhidmatan percuma kan. Haruslah ramai orang yang menggunakan kemudahan yang memang kerajaan sediakan untuk kita ye tak??


Buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh~~~~ 
ooppsss.. buku yang ni tak ada tamat tempoh.. ke tamat tempoh time beranak nanti.. hehehe...

Saturday, November 9, 2013

Second Pregnancy Check-up @ Pusrawi Kajang - #2


Pada 6/11/2013 yang lepas, aku telah pun membuat second check-up bersama Dr. Jamaliah di Hospital Pusrawi Kajang. Setiap kali check-up memang yang dinantikan adalah untuk mengintai baby di dalam perut ni. J

Al-hamdulillah tiada apa-apa masalah pada mommy dan bila scan baby, I can hear the heartbeat dengan jelasnya. Dup dap dup dap…~~ Lajunya heartbeat anak mommy ni… J

And it happened that I was asking a simple stupid question to Dr. Jamaliah. “Kenapa kepala baby saya besar dari badan dia doktor?”.

“Ooo.. Memang la.. Stage sekarang ni pembentukan otak tengah berlaku. Kepala memang akan lagi besar dari badan dia. There is no need to worry.”


Kali ni aku dibekalkan dengan obimin selama sebulan dan next appointment adalah sebulan dari sekarang.

I saw your little head baby.. :)