Alhamdulillah syukur ku pada Mu lagi ya Allah. Sesungguhnya tidak putus-putus rezeki yang Kau beri padaKu ya Allah. Segala puji dan syukur ku panjatkan padaMu.
Semua sedia maklum yang aku baru mengalami keguguran dalam entri sebelum ni. Beberapi hari saja lagi sebelum umat Islam menyambut Ramadhan. Sejak keguguran, period aku pun mula tak teratur dan aku semacam malas nak mengambil perhatian mengenai kitaran haidku. Ku kira yang aku akan biarkan dulu keadaan haidku pulih seperti biasa. Hmmm.. First period aku selepas keguguran adalah pada 7/8/2013, sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, 42 hari selepas aku keguguran. Itu adalah kali terakhir aku period sebelum aku ambil pregnancy test pada 24/9/2013 dan hasilnya positif. Al-hamdulillah… Perbezaan tarikh last period aku dengan tarikh pregnancy test aku adalah 48 hari.
Macam mana tau diri sendiri pregnant?
Tiada jawapan pada soalan ni sebenarnya. Kehamilan pertama yang lepas ada jugak tanda-tanda hamil tu tapi yang kedua ni memamng tak ada langsung.
So kenapa buat pregnancy test?
Saja suka-suka. Huhuhu… Kalau ikutkan cycle period aku pernah lebih 50 hari so memang tak logic pulak la kan aku nak cek pregnancy pada cycle 48 hari tu. Tapi memang jawapan aku, saja je test suka-suka dan hasilnya positif. Al-hamdulillah…
Perasaan hamil kali kedua degan pantasnya selepas keguguran 3 bulan sebelum tu?
Mestilah sukar untuk aku percaya pada mulanya. Sampai aku ingatkan hormone pregnancy yang pertama tu tak habis keluar lagi dari badan aku.. Hampeh je kan.. hehehe.. Seperti biasa excited bagitau perkhabaran gembira pada Mr. J. Tapi kami ambil keputusan untuk tunggu lama sikit sebelum confirmkan pregnancy tu dengan doctor. In between that aku dah start makan asid folic.
Positive untuk kali ke-2.. Alhamdulillah.. :)